07 December 2010

Kehendak mengalahkan Keperluan

Sekarang ni hidup penuh dengan bahan hiburan tambahan, kalau takde macam suram lak rasa hidup. Dan sediakan je peruntukan untuk smua tu. Pasti hati akan terhibur. Pilih je apa. Asal mampu, penuh hiburan la hidup anda.

Astro, Internet, PSP.. sangat seronoklah kalau smua ni ada kat rumah.

Tapi bagi aku, takde Astro, takde XBox ke, hidup adalah akan tetap dilalui dengan normal. Tak kan terasa sangat hambar. Tapi kalau takde internet access, macam boleh tak tentu hala ko hidup. Memang bunyinya melampau. Tapi itulah hakikatnya.

Dari Maxis beralih ke P1Wimax. Dan kini kami bersama Digi pulak.

PIWimax bagi aku memang memberikan pakej yang terbaik dari segi harga juga servis. Dengan hanya RM49/sebulan boleh dapat usage sampai 5G. Provider lain ada bagi?? Nak lagi sedap, amik P1 4G, tapi mahal skit lah.Modem free. Paling best modem dia wi-fi built in. Ni yang seronok ni. Tak lah berebut-rebut seisi umah nak melayar alam maya. Dan lagi satu yang buat aku betul-betul berkenan ngan P1Wimax adalah protocol 'cuba dulu, kalau tak nak pulangkan dalam masa 7 hari' Ni yang terbaik ni. Merasa la kitaorg guna free je seminggu. Modem dipulangkan kerana umah kami adalah di luar kawasan liputan. Memang masih mendapat signal, boleh tahan speed dia. Tapi kami tak mahu membazir, speed yang diperoleh tidak di tahap maksima yang sepatutnya. Maka, ke Petaling Jaya la kami menuntut kembali wang pendahuluan yang dibayar sebelum ini.

Sehari tak boleh nak berinternet kat umah, kami laki bini dah macam sangat boring. Nasib baik anak tak sehat, kalau tak mesti dah keluar merayau dah.

Terus merisik provider baru. Macam nak cuba menyunting DiGi. Pape semak dulu kawasan liputan. Okay, kali ni memang berada dalam kawasan liputan, bukan sipi-sipi tapi memang dalam kawasan. Syarat pertama lulus. Dan bila semak pakej, okay. Di dalam peruntukan yang dibenarkan. Sebab dah ada free modem masa melanggan Maxis, tak payah la aku membayar RM100 untuk modem. Dengan RM 30 advance payment, kami kembali ber'broadband.

bil bulanan terkini

Percubaab hari pertama adalah cemerlang. Harap-harap quota 3G tu tak la habis segera mcm air. Kalau tak memang aku hangin satu badan lah. Terus merajuk. Sanggup tunggu anak dara baru Streamyx. Tapi Eisya layan Youtube ok je. Dan bila Ekwan dah menemui cara mengguna pakai kemudahan ni bagi 2 laptop, ala-ala wifi. Aku makin gembira. Tak suka beb nak rebut-rebut ngan suami sendiri.

*bila Malaysia ni, kita boleh access internet di mana sahaja, free pulak tu
** oklah skrg, pakej dah ala-ala murah.. kita tggu dia jadik mcm harga prepaid eh

13 comments:

  1. digi memang best dayu!! hahaha welkam2!!

    ReplyDelete
  2. betul dayu..xder astro ker ps2 ps3 dan seangkatan dgnnya xkisah asal internet mcm wajib..hahha..sehari xguna rase mcm xlengkap

    ReplyDelete
  3. x bleh gk..kene tggu strimik la jwbnye..hrp org kuning itu membantu...

    *anda di tag..menyumbang traffic nuff..hehe

    ReplyDelete
  4. kami anak beranak lak tak leh tanpa astro.sbb tu trus upgrade beyond baru2 promo haritu.heheee..
    sejak ada anak nie,internet hanya kat opis or bila2 mkn kat kedai yg ada wifi.broadband kat umah hanya hiasan lak.huhuu...
    tp btol lah...khidmat broadband maxis mmglah tidak begitu baik sejak akhir2 nie kan.

    ReplyDelete
  5. kite klu kt rmh malas nk ber'internet'. sbb klu ada, kompem tak buat keje rumah. Naurah pon kompem terabai. sdgkn ada TV Astro pon kdg2 terlalai buat keje. Inikan pulak klu ade internet. atas sbb itulah, internet hanya di opis. cuma boring kt opis xleh acces FB, youtube etc. tue yg layan blog jer hari2..huhuh

    ReplyDelete
  6. mun pon sama mcm dayu.takde astro ke..psp kee.takpe lagi..tapiii jangan takde internet...boleh meroyan..hahhaaa...sekarang pk celcom..tp mcm nak tukar jekk....

    *nanti watla entry psl servis broadband digi pulak yeee...

    ReplyDelete
  7. hai..salam kenal..anak kite sama la ye umo...:)

    ReplyDelete
  8. internet dh macam wajib lah
    takde..tak boleh
    kami laki bini kena ada internet
    dpt kat ekwan lagi lah
    boleh dia layan satu hari
    tapi mmg kena pastikan keje umah settle dulu la
    kalau tak mmg smua tergendala

    ReplyDelete
  9. dulu kat umah i ade streamyx boleh wifi berjemaah dengan jiran2 lagi. tp since laptop dh ilang terus cut pasal husband boleh online pakai bb je. haih, nak laptop baru ah. :(

    ReplyDelete
  10. yg penting sentiasa connected :)

    ReplyDelete
  11. digi best ek..mmg ada hati nak tukar..tension pakai celcom..lembab...

    ReplyDelete
  12. mula-mula kat rumah ni guna dial up..
    so bila nak buat connection tu..
    kena tutup dengan kain takut parents kid dengar..
    takut kantoi la...
    mana tak nya masa tu baru habis SPM..
    so ber-MIRC lah dari siang ke malam.. :P

    ReplyDelete
  13. alamak dayu promote digi pulak.
    so cintaku beralih arah ke digi pula.hahaha sebok je padahal pc/ lappy pon tak terbeli2 lg

    ReplyDelete