20 December 2011

Lawatan sambil belajar: Zoo Negara

Dah lama sebenarnya berhajat. Sejak Eisya berusia setahun agak lagi aku dah pasang hajat nak bawa dia melawat Zoo Negara. Tapi asyik je tertangguh. Ada je yang menyebabkan perancangan aku gagal dilaksanakan. Kalau tak sebab kesihatan Eisya yang tak mengizinkan, ibu abah dia ni yang sibuk megalahkan menteri. Sudahnya, di usia 20 bulan baru Eisya merasa melihat pelbagai binatang secara 'real'

Seronok anak aku tengok rabbit.. Tapi bila suruh pegang kuda takut pulak. Selama ni kalau nampak kuda dalam tv, asyik la tepuk muka aku suruh tengok.

Beratur beli tiket. Bayaran masuk adalah RM20 bagi pemegang MyKad. Boleh la, kang murah-murah, binatang kat dalam Zoo ni nak makan apa pulak.

Disebabkan kami 'check in' ke Zoo pukul 2 petang, dengan keadaan Eisya yang baru bangun tidur. Awal-awal dia agak moody lah. Tunjuk monkey pun dia buat muka 'apa kena ibu ni??' Nasib baik monkey memberi kerjasama, elok pulak dia bergayut-gayut dalam sangkar tu depan anak aku. Seronok la budak tu, merasalah aku kena tepuk muka disuruh tengok 'monkey' Layan je lah kerenah anak, dia tak meragam sudah.

budak baru bangun tidur. tengok monkey peluk abah kuat-kuat. bila tengok monkey makan pisang, tepuk muka ibu 'nana..nana' Banana lah sayang..

hahaha..Eisya takut bila kambing ni datang dekat. kambing PakLong kat kampung tak pulak awak takut..

Secara keseluruhan, aku rasa memang berbaloi lah bawak Eisya ke Zoo Negara. Sangat bagus untuk sesi memperkenalkan binatang kepada dia. Selama ni tengok gambar je, tak pun tengok kat Animal Planet. Bila dapat tunjukkan binatang sebenar kat dia, aku sebagai ibu memang rasa puas hati. Biarpun aku tengok dia adakalanya macam boring je. Buat muka pelik bila aku tunjuk 'bear' Mungkin dia sibuk pikir 'bear ke ni?? apsal buruk sangat ni?? bear kat umah kaler pink, kaler coklat, ni apsal kaler hitam ni?" Hahaha..kesian anak aku nak kena pikir..

Sesiapa yang belum berkesempatan, aku rasa boleh lah cari masa dan bawak anak-anak ke Zoo Negara. Bagi anak-anak bermesra dengan alam (:

Eisya teruja tengok Zirafah (:

Mula-mula Cha takut bila gajah tu datang dekat. Tapi bila tengok ibu dia ni bagi gajah makan anggur, terus hulur anggur kat tangan dia nak bagi gajah makan.

Tips ke Zoo Negara 

1. Yang penting: Bawak bekalan air yang mencukupi. Juga makanan ringan nak mengisi perut. Payung juga jangan lupa. Tapi masa aku datang melawat, cuaca adalah sangat memuaskan hati. Redup je. Berangin pulak tu. Maka, tak la merasa sangat keletihan. Tapi tu pun berpeluh ketiak kau. Nasib baik Eisya sporting nak duduk dalam stroller. Aku yang beriya, tiap kali berhenti depan cage, dukung keluarkan dia kasik tengok binatang yang sedang berehat dalam sangkar tu.

2. Animal show ada 2 kali sehari, pukul 11am sekali. Dan ulang tayang sekali lagi jam 3.00pm. Dan walaupun mula jam 3.00pm, pukul 2.30pm seats dah penuh. Maka, sila datang awal. Baru boleh pilih tempat duduk menarik.

jom tengok animal show!!!
ibu ngan abah yang teruja nak tengok sea lion

3. Beli lah peta zoo yang berharga RM2 ni kat kaunter masuk tu. Sangat bermanfaat, kalau tak merasalah jugak melilau sana-sini.

Pemandu pelancong kami. Aku hanya tahu 'yang, tiger belah mana?? ni nak gi kanan ke kiri ni??' sambil teguk air mineral.

4. Pergi awal pagi. Supaya tak sakit kepala melayan jammed nak masuk ke zoo. Dah, tu je tips yang boleh aku share kan.. Takde apa-apa lagi kot.

Tamat sudah lawatan sambil belajar kita kali ni. Next kita pergi Aquaria pula ye Cha.. Ibu kasik awak tengok pelbagai jenis ikan. 

*gambar melambak-lambak, tapi upload kat FB Cha jelah, sebagai kenangan. nanti dah besar boleh jadikan bukti ibu ngan abah dah bawak dia gi jumpa kawan-kawan(:

7 comments:

  1. tak tercapai lg nk pegi zoo..aquaria juga..huks
    *tetiba teringat kes budak kene gigit siamang kat zoo...*sedih

    :|entri baru|: Bersama ustat glamor hok kelaka..

    ReplyDelete
  2. bwk mya pegi zoo aritu mostly dia wat muka blur. tp time kt cage beruang dia paling excited.mmg ternyata ank dara ku sukakan bear.insyaallah plan ujong bln ni nk bwk mya pegi aquaria tgk pishh plak

    ReplyDelete
  3. seronok kan?
    excited sbb tgk anak seronok jumpa kawan kawan dia
    hahaha
    tp kenapa ms kami pergi dulu x de pun animal show????
    huhuhu


    *berangan nk bawa p aquaria juga. :D

    ReplyDelete
  4. ahad aritu pon kite bwk eryna pegi zoo. ekspresi die lebih mcm amaze. mcm terpana la tgn hewan2 live besar gedabak sume hahaha

    ReplyDelete
  5. wah dah 20 hingget sekarang nie ek.. nampak sangat dah lama tak jumpa kekawan kat sana (:


    In conjunction of my 4th Blog anniversary … Nak RM40?

    ReplyDelete
  6. serius rs klaka bila dayu buat ayat Cha tepuk muka ibu suro tengok sama. Hahahaha. Cha..Cha..mcm2 kerenah kamu :)

    ReplyDelete
  7. bestnya g zoo. tahun depan ni, saya berangan2 nak bawa anak ke taman burung/rama2....

    ReplyDelete