06 December 2010

pengalaman terhebat

2 hari ini adalah sangat mencabar, baik dari segi fizikal juga mental. Eisya mula demam malam Khamis. Tengah malam dia mula cirit dan muntah. Malam tu hanya introduction, dia dah mula rasa tak sedap badan mungkin. Merengek-rengek, dia tak boleh tido.. aku lagi la. Lelap kejap, lebih banyak terjaga melayan rengekan anak.

Pagi Jumaat dia cirit lagi. Aku amik keputusan tak payah keje, walau cuti dah ciput. Memang reserved untuk jaga dia je kalau dia sakit. Bawak gi klinik. Sementara nak jumpa doktor pun dia cirit lagi. Bontot dah start merah. On the way balik umah, dia muntah dengan banyaknya dalam kete. Habis baju, tudung aku disemburnya. Takpe.. muntah anak kan perfume baru bagi mak-mak *amik kata-kata Chika. Sambil muntah, sambil cirit. Tapi lepas dia muntah, dia macam sangat kelegaan, terus lentuk tido. Landing atas muntah sendiri pun jadik.

Macam-macam jenis ubat doktor bagi suruh bancuh bagi dia minum. Tapi seperti biasa, anak aku mana suka ubat-ubatan ni. Probiotic tu je lah dia telan. Air garam tu semua habis aku paksa dia telan.

Badan mula panas semula. Cirit makin menjadi-jadi. Aku tak tahu la bape banyak diapers dia pakai Jumaat tu. Habis setengak pek aku rasa.

Bontot makin merah, dah melecet dah. Tiap kali basuh cirit, dia menangis. Pedih mungkin. Yang paling aku kesian, setiap kali nak terlena. Time tu lah tercirit. Tak kan nak dibiarkan. Terpaksa lah ganggu dia tido. Siang hari aku larat lagi. Tapi bila malam, aku rasa betul-betul tercabar. Badan dah penat siang hari. Malam pulak memang tak bleh nak lena. Dengan anak cirit sepanjang malam. Asal menyusu muntah. Sampai aku rasa tak nak bagi dia susu je sebab tak sanggup tengok dia muntah.

Cadar, sarung bantal, baju semua dah bau muntah..

Satu tahap, aku dah tak larat sangat. Tengok anak makin lembik, nak tido tak boleh. Aku tak tahan tengok dia macam tu. Sambil bersihkan bontot dia, sambil tu aku menangis. Dia menangis bontot pedih. Aku nangis tak sanggup tengok anak sakit. Serius.. aku dah boleh tahan. Dulu masa dia kena tahan kat hospital, aku tak rasa selemah ni. Tapi kali ni aku betul-betul tak tahan. Aku passed dia kat Ekwan, sebab dah tak sanggup sangat tengok dia.

Luluh hati.

hilang segala lemak di badan.

Dan aku jadik makin sayu bila cirit dia seakan tidak mahu berkurang bila dia menyusu dengan susu ibu. Bila dia minum susu khas cirit birit tu, Alhamdullilah cirit dia berkurang. Nak tak nak, sepanjang Sabtu aku bagi lah dia minum susu Novalac tu. Petang tu bila breast dah padat sangat, aku sumbat je lah. Dah la malas nak gi buat susu kan. Sekali malam tu dia cirit balik, kerap pulak tu. Petang tadi dah elok je, poo-poo dia dah pekat balik. Rasa bersalah sangat. Dan malam tu merasalah aku bangun pukul 2 pagi bancuh susu tepung, tak berani nak amik risiko lagi.

Alhamdullilah. Ahad dia semakin segar. Bangun pagi seperti biasa. Tapi aku yang lemah. Badan sakit-sakit, rasa macam nak demam. Terus la telan panadol, makan vitamin. Tak nak sakit selagi anak belum betul-betul sihat.

Eisya semakin baik. Cirit dah kurang. Tak muntah lagi. Tapi dia sangat demanding, nak berdukung sepanjang masa. Ohhh, ibu ngan abah dah sangat penat. Tak berapa larat nak melayan kerenah anak. Dengan tak sengajanya aku terbiarkan dia main sorang-sorang sampai tertido kat hujung comforter. Kesian lak aku tengok, terus amik dia. Dan selagi mampu, layankan saje segala kehendak dia. Orang sakit baru sehat katakan.

senyuman yang hilang selama 2 hari

budak baru baik dari cirit, sehat terus nak main.

Terasa ringan je badan dia. Mesti dia kehilangan berat badan. Dah la memang sedang meringankan badan sebab nak merangkak, kena pulak cirit-birit. Entah berapa berat dia agaknya. Takpe lah.. asal dia sehat, tak sakit lagi sudah.

Lepas ni aku kena lebih prihatin dalam pemakanan Eisya. Walau doktor kata, itu mungkin bukan penyebabnya, tapi aku tak nak amik risiko. Dan nanti nak amik vaccine rotavirus untuk Eisya. Bak kata Zatie, nursery tu bukan kita tahu tahap kebersihan dia kan.. Baju Cha tiap2 hari memang kotor sungguh. Mengelap lantai je keje anak aku agaknya. Maka, kenalah bagi extra protection untuk dia.

*Doktor kata, mungkin sebab nak tumbuh gigi. Tiap hari aku tengok, takde pun.
** jaga anak sakit mmg betul-betul mencabar, tak percaya sila rasa dulu

19 comments:

  1. pengalaman berharga menjadi ibu..

    dayu, nt dah cucuk rotavirus update k..nk tau RM brapa...

    Pneumococcal sudah...

    ReplyDelete
  2. dayu maybe dia kena gastroentritis macam azryl jugak.Most probably childcare tempat dayu hantar kot dia dapat simptom tu.Dulu waktu my son kena, lin tak boleh bagi susu breastmilk.Mungkin sebab apa yang kita makan masih tak boleh diterima oleh perut dia.Last sekali kena bagi susu soya.takpe slow-slow....untuk bontot merah tu sapu krim elomet.insyaalah ok...

    ReplyDelete
  3. teruknya cha cirit ek.kesian dia.
    mmg tu lah risiko yg perlu kita hadapi bila hantar anak bg orang jaga.huhuu...

    dayu,cha dah reti jalan sambil pegang2 ke?cepatnye cha...

    ReplyDelete
  4. masa makbed jaga Oni xirit birit, gitu gak. doc kate nak tumbuh gigi gak. tapi sebulan pastu kot baru gigi kuar. berak2 sampai bontot merah. 3 hari makbed cuti jaga dia. tak kasi dia pakai pampers bila siang. biarkan je dia tak pakai pampers, masa tido lapikkan dgn lampin. anginkan bontot dia. taruk depan kipas angin lagi. wahahahahaa.... nak bagi kering bontot dia punyo pasal.

    ReplyDelete
  5. bab montot merah tu yg sedih sgt tuhh..huk huk...

    seb baek cha da ok. anak sakit mmg blh jadikan kite pon sakit..

    ReplyDelete
  6. eLOMET??
    Okay akan dicarik tengahari ni
    tak mahu bontot anak merah2 lagi

    failed lah bab pakaikan lampin ni
    try gak
    tp asyik bocor je
    pakai je lah diapers

    ReplyDelete
  7. risaunya mesti rasa kalau boleh nak take over kesakitan anak kn.mudah2an cepat sembuh n kembali ceria eisya

    ReplyDelete
  8. alahai luluhnye tengok cha!!! sian dia.. da ok da dia dayu? aduuu kenape eh? pasal nursery x bersih ke @ pemakanan cha?

    ReplyDelete
  9. entah la kan
    tak pasti lah apa faktor dia cirit birit ni
    nak kata pemakanan
    menu terakhir adalah bubur nasi+bayam
    selalu ok je
    nak kata nursery kotor
    tak tahu lah..

    tapi mak kata, mmg normal budak by age 7-8 bulan kena cirit

    ReplyDelete
  10. humm dugaan kn dayu.
    ssh hati dibuatnye.

    ReplyDelete
  11. itu ank sakit..klo ank nangis pun mmg kita pun akn rase nk nangis..jiwa seorng ibu mmg halus..xsanggup tgk ank susah apatah lg sakit..xkeruan rasanya

    ReplyDelete
  12. SALAM kak dayu..anak sulung saya selalu gak bontot merah,melecet klu die berak cirit or lmbt tukar pampers.mcm2 krim pki.tp xberkesan.mase tu saya duduk kt madinah ikut suami study.p farmasi doc suggest krim SUDOCREAM.baru je pki skali..alhamdullilah..mmg sgt2 berkesan.jd lani sy dh blk msia sy tetap pkikan krim sudocream kt anak2 saya(2org).caranya sy kirim dgn kwn2 yg tggl kt madinah@yg p umrah.krim tu besar hrga dlm rm38.boleh tahan dkt setgh tahun klu pki hari2.klu jrg pki bole smpi setahun.klu berminat nk try krim tu bole inbox sy..umiabicyg_1925@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. mmg mcabar.dan itulah pengorbanan.
    dayu,mmg bkn rotavirus kah?
    mcm ramai je kena...*rijal sudah kena aritu*

    ReplyDelete
  14. ermm dayu.. elly dah rasa dah 10 hari.. memang mencabar kan..putry lagi la..kene tahan wad.. lagi manja sangat2... nasib baik la elly tak demam walaupun tdo tak menentu..huhuhu janji anak sihat kan

    ReplyDelete
  15. hi dayu, lama tak jenguk blog dayu, rindu kat dayu+cha.. sedih dengar cha sakit, hope she's getting better.. i nk kasi nasihat takde pengalaman pulak, take care ok u both!

    ReplyDelete
  16. dugaan
    ye mmg mencabar menjaga anak sakit
    mintak sgt tak perlu lagi nak tempuh ni semua
    dan kena lebih berhati2 bab makan
    ibu makan, anak yg kena

    ReplyDelete
  17. huhu, kita dah rasa dah Dayu. luluh sgt hati bila anak menjerit sakit. merah bontot tu smapai bertanda lah.

    Alhamdulillah Cha dah baik. yeahhh!!

    ReplyDelete
  18. alahai kesianya cha..
    demam nak dapat akal ya sayang.. :)

    ReplyDelete