28 December 2010

Taska Temanku

Ramai ye yang macam berminat nak antar anak ke Taska Temanku itu.

Rate dia bagi aku amat berbaloi la. Rasanya tak dapat dah kat mana-mana harga gini. Tu yang terus tak melepaskan peluang. Terus daftarkan Cha. Walaupun aku hanya akan berpindah keMenara PJD tu next year, dalam bulan 3. Aku tak kira, nak gak antar Cha ke sana by Januari. Tak mahu lambat-lambat, nanti penuh.

-gambar selingan-

pegang pen, tekan kalkulator.. perrghhh!! engineer baru ke ni?? bila masuk cik?? ganti puan hidayu ke? tapi apsal muka macam sama je ni? puan hidayu jadik baby ke??

Hasil dari lawatan tapak semalam, aku memang puas hati la. Tapi bak kata Ekwan 'tempat baru, memang lah smua lawa, barang semua baru' Okay la,betul la apa dia kata tapi sekurang-kurangnya, lega gak la hati ni. Nanti kalau berkesempatan, aku amik la gambar baby area kat taska tu. Ada ruang aktiviti untuk baby lagi. Suka aku. Setiap pagi akan ada sesi membaca buku cerita untuk baby. Teruja jap aku dengar owner dia explain semalam.

Harga bagi bukan warga JKR berbeza lah skit. Tapi nak compare dengan yang lain, memang tak dapat lah harga gini.

Untuk lokasi, korang klik je lah kat link ni. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Zannat. 017-6255980. Sementara quota untuk non-JKR ni masih kosong, kalau rasa memang berminat. Boleh lah daftar. Ni aku bagi sekali jadual harga. Kalau call jangan lupa mention nama aku ngan Cha eh, mana tau aku bleh claim diskaun nanti. Hehehehe..

Yuran Bulanan Taska

Umur

Yuran Bulanan

Yuran Bulanan

( Separuh Hari)

Sehari

Sejam

2 bln – 2 thn

RM210.00

RM130.00

RM28.00

RM5.00

2 thn – 4 thn

RM200.00

RM120.00

RM26.00

RM5.00

4 thn – 6 thn

RM190.00

RM110.00

RM25.00

RM5.00

7 – 12 thn

RM120.00

RM80.00(Transit)

RM22.00

RM5.00

OKU (7- keatas)

2bln – 2 thn

2 - 4thn

4 – 6thn

RM250.00

RM230.00

RM220.00

RM150.00


























Yuran Pendaftaran Taska


Perkara
2 bln – 2 thn
2 thn – 4 thn
4 thn – 6 thn
7 – 12 thn
OKU
Pendaftaran

40
50
50
50
50
Program Perkembangan Linguistik
20
30
30
30
30
Alat Tulis dan Worksheet
-
10
10
10
10
Insurans

6
6
6
6
6
Buku Rekod Kanak - Kanak
6
6
6
6
6
Penilaian Perkembangan Kanak- Kanak
10
10
10
10
10
Kesihatan Dan Keselamatan
5
5
5
5
5
Jumlah
RM87.00
RM117.00
RM117.00
RM117.00
RM117.00

aku boldkan apa yang aku bayar je lah ye

*makanan bayi adalah disediakan. lepas ni kalau aku malas nak masak bubur Cha, boleh la ngelat :) kan ibu nak kena bangun lebih awal lepas ni
** Cha juga tak perlu dimandikan. baby akan dimandikan jam 9 pagi..

19 comments:

  1. wahhh!! tapi reen nak masukkan payin by end of may kot.. rase2 kene book awal ke cemane?

    ReplyDelete
  2. reen, kalau rasa nak booking
    call je lah trus owner tu
    tanya dia trus

    ReplyDelete
  3. murahnye dayu.. tapi sayang.. jauh nun disana

    ReplyDelete
  4. seronoknya..murah la tu dayu..yna hntr bs 250..tu jg jer..mner ader nk ajr aper2..biasa la klo kt umh org..

    ReplyDelete
  5. ehh..murah lah dayu
    kat ipoh nie org jaga pun 200.kalau taska,mmg lagi mahal lah.

    ReplyDelete
  6. murah nya beb. kalah harga bulanan nurul byr utk babysitter raina. kalau murah mesti ramai yg berebut2 kan

    ReplyDelete
  7. rm210 di tgh bdr kl, dekat dgn ofis ibu, & ade mcm2 aktiviti? mmg berbaloi lah dayu.

    tp satu nanny jage bape org baby dayu? mcm best jek tgk. rate pon ok..

    ReplyDelete
  8. mmg berbaloi2 lah
    kata nursery gomen, mmg lah rate lain skit. sewa murah skit
    jkr dah tolong cover skit
    sbb tu diutamakan staff je dulu
    so kalau rasa mmg berminat
    bleh la daftar
    kang penuh lak kang

    ReplyDelete
  9. murahnyer dayu..untung betul.kt shah alam mahal giler.rm380 tau "(

    ReplyDelete
  10. RM210 adalah murah. sgt untung. dekat opis kita pun dah RM250. mungkin akan naik lagi. ish ish.

    ReplyDelete
  11. waaaahhhh!!cheap maaa!!
    sakit hati pk pasal yuran taska anak...sebulan je da 400++(campur yuran tahunan,yuran tahunan je da 600++)
    grrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  12. ok sgt lah tu dayu....tapi syg jauh plak...mar klu tidakkat opis pon same rege camtu gak...tapi sbb de masalh ritu tepakse lah anto tempat lain...nak dekat tepakse gak...

    ReplyDelete
  13. ala dayu, kalau lah dekat mau jer letak najla kat sini. tenang hati tengok anak dijaga org yang terlatih. tempat pun bersih.

    ReplyDelete
  14. Hi dayu,
    New reader here...;)
    wow gud to here dat menara pjd have nursery. Senang la pekerja jkr kt situ! Anyway my ofis pon area titiwangsa, plaza pekeliling jer! Hiks :P

    ReplyDelete
  15. hihi dayu.. ada tag ye..sila terjah

    ReplyDelete
  16. macam ni senang hati la ibu cha nak tinggalkan kat sekolah baru tu ya..
    berbaloi dan dekat pula tu..

    tapi kid harap jangan ramai sangatlah budak kat sana tu..
    takut tak cukup kakitangan je..

    ReplyDelete
  17. cam best jer....bukaklah kat jb juge...hehea

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum Dayu.. Nak tanya.. taska ni okay ke? dari sudut pengalaman dayu.. saya tgh survey taska n taska ni ada dlm list saya..ada yg kata taska ni teruk..
    mohon kongsi pengalaman kalau ada..tq

    ReplyDelete