26 March 2012

aktiviti menambah bil elektrik

Mem'baking macam dah jadik rutin mingguan. Kalau hari minggu tak membakar macam tak kena je rasa. Dari hari Jumaat lagi dah terfikir 'apa nak buat erk esok?' Dan kebetulan adik aku datang rumah Sabtu tu, terus aku bukak buku resipi. Carik yang simple dan yang semua bahan dah tersedia kat rumah.

Dan Vanilla Muffin menjadi pilihan.

Ada 2,3 resipi dalam buku, tapi pilih yang paling mudah. Yang tak payah kuarkan mixer. Sebab aku memang sedikit malas nak membasuh pemutar tu. Maka, pilihlah resipi yang sekadar gaul-gaul, pukul-pukul guna whisk je pastu campur bagi sebati. Aku memang suka benda yang mudah. Tu yang kalau jumpa resipi super mudah macam ni. Memang aku simpan baik-baik dalam buku resipi tu.

ni namanya Vanilla Muffin terlebih masak. aku saja masak lama sikit sebab risau tak masak. yelah, aku kan isi penuh. resipi isi 3/4, bakar 20min mungkin cukup. tu yang aku extra kan lagi 10minit tu. dan inilah hasilnya

Kalau tengok gambar dari resipi asal, muffin ni tak la garing macam ni. Dan tak lah membukit macam muffin aku ni. Tu lah, memandai lagi tukar resipi, tak ikut arahan. Ginilah jadiknya. Patutnya isi adunan tu 3/4 cup muffin tu je, tapi aku isi kasik penuh. Nak cepat punya pasal. Ikut resipi dia kata bleh dapat 12 bijik.. tapi aku dapat 10 je.. Takpe, jimat muffin cups.. Hahahaha..

Nak resipi.. seperti biasa no hal. *dah aku pun selamba amik resipi org apa kes nak kedekut share resipi*

VANILLA MUFFIN

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum (diayak) -tapi aku nak cepat, guna superfine sajo
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 2 table spoon baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 teaspoon esen vanilla
  • 8 table spoon butter -dicairkan *aku masuk dalam microwave je*

Cara-cara membuatnya:
  1.  Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula, baking powder dan gula. Gaulkan.
  2. Dalam satu mangkuk lai, whisk telur, susu segar dan butter yang dicairkan. Kemudian campurkan ke dalam adunan tepung.
  3. Gaulkan sampai sebati
  4. Masukkan dalam bekas muffin. Bakar 20minit pada suhu 180C
Mudah kan.. kalau aku kata senang tu. Memang betul-betul senang lah..


Bab hiasan pepandai la korang. Aku memang failed. Tu pun main tabur je rainbow rice atas dia. Aku bakar sekali, tu yang macam hampeh je jadiknya. Kena letak kemudian eh patutnya.. ok, next time aku nak try hias guna buttercream topping.. (: *cita-cita kena tinggi*


*ni patut diaplikasikan untuk projek birthday Cha ni..

9 comments:

  1. serius looks great muffin ni
    geram dgn kegebuan dia tu
    hehehe

    ReplyDelete
  2. rajin je ko ye dayu. aku nk beli oven pon pk2 berbaloi ke tak? takot aku buat hiasan aje haha

    ReplyDelete
  3. takdelah rajin mana
    tapi ada org datang rumah, kenalah jamu makanan selain dah bagi makan nasik kan

    heheheh..minat ko kat tmpt lain kot ena..

    ReplyDelete
  4. aku pun 2,3 minggu ni rajin membaking..nak2 klu laki keje..xtau nk buat pe kt umah..terus baking..
    nasib baik de share partner byr bil elektrik ;p

    ReplyDelete
  5. kan dh kate..kalo kite addict ngn samting tiap masa rase nk buat jer..siap satu terpkir plak nk bt yg lain..hahahhaa

    ce kalo berenti, nk strt smula tu susha ckit ar..baik jgn berenti..kihkihkih..

    cantik gmbar, guna dslr ek

    ReplyDelete
  6. hoho, nanti kalau weekend je aku g Mydin, leh lajak ke umah ko.. gerenti ada kek or muffin..hahaha

    ReplyDelete
  7. perggghhh gebu nye cik dayu ooi..

    ReplyDelete
  8. Wahhh sedapnyee tgk muffin dayu..
    gebu..geram je nak makan..haha

    ReplyDelete