13 March 2012

Pinjaman Pelaburan ASB

Rasanya ramai yang dah sedia maklum dan tahu pasal pinjaman pelaburan ASB kan. Buat pinjaman ngan mana-mana bank yang terlibat untuk long term investment. Pinjam 20K kat bank dan melabur dalam ASB. Benda ni dah lama ada kat pasaran kan. Aku rasa dari zaman aku sekolah lagi dah wujud sebab mak aku adalah salah sorang yang meminjam kat bank dan invest kat ASB. Mak aku buat ngan RHB.

Dulu lepas aku dah ada keje tetap je, mak aku suggest gak suruh aku join pelaburan ni. Tapi aku ni kan tahunya nak meng'enjoy je lebih. Duit gaji mana tahu nak simpan. Shopping je kejenya, bila nak kawin lagilah. Terus aku rasa dut gaji tu cukup-cukup je. Takde dah peruntukan aku nak sediakan nak bayar kat bank tiap-tiap bulan. Cukup-cukuplah dengan hutang sedia ada. Bila dah kawin, dah ada anak. Harus lagi aku rasa tak mampu nak join pelaburan ni. So aku tumpang gembira je lah bila mak ngan adik aku bergembira dengan keuntungan derang setiap hujung tahun.

Tapi adik aku dah stop dah. 2 tahun je kot dia join. Kenapa, aku tak tanya la pulak kenapa. Tapi maybe kewangan dia pun tak mengizinkan kot. Ngan housing loan lagi.. Mana lagi nak cekau nak bayar kat bank.. Bukan sikit. RM200++ jugak sebulan nak kena tolak dari gaji.

Dan pagi ni terbaca pulak kat blog kawan aku, Jong. Dia pun baru dipromosi oleh staff Maybank. Dia pun tengah berfikir-fikir sama ada nak join atau tidak. Baca apa yang Jong tulis mengikut kefahaman dia berdasarkan apa yang staff Maybank tu terangkan kat dia macam menarik. Aku tunjuk kat Ekwan, terus pakcik tu 'cuba kira betul-betul, sure ke bleh untung??' Biasalah laki aku, bab hutang ni memang dia kira habis-habisan. Bagi dia senang je 'Kalau dah namanya loan, ada bank interest, celah mana nak untung' Yelah, bank mana yang berbesar hati sangat nak bagi kita untung senang-senang je kan.

Dan pakcik tu tanpa disuruh rajin pulak dia buat calculation. Pakai excel je pun. Siap nak buat graf tu.


Maybank ASB Loan 20K 10years



Year Base Interest Profit New Balance after Interest Annual Rpymnt (216*12) net return per year
1 20000.00 6.00% 1200.00 21200.00 2592 -1392.00
2 21200.00 6.00% 1272.00 22472.00 2592 -1320.00
3 22472.00 6.00% 1348.32 23820.32 2592 -1243.68
4 23820.32 6.00% 1429.22 25249.54 2592 -1162.78
5 25249.54 6.00% 1514.97 26764.51 2592 -1077.03
6 26764.51 6.00% 1605.87 28370.38 2592 -986.13
7 28370.38 6.00% 1702.22 30072.61 2592 -889.78
8 30072.61 6.00% 1804.36 31876.96 2592 -787.64
9 31876.96 6.00% 1912.62 33789.58 2592 -679.38
10 33789.58 6.00% 2027.37 35816.95 2592 -564.63




Total Payment 25920




Absolute net Return 9896.95

Jadual di atas adalah pengiraan untuk pinjaman 20K dalam tempoh 10 tahun dengan Maybank. Ikut jadual ansuran bulanan yang Maybank keluarkan, untuk pinjaman 20K selama 10 tahun, setiap bulan kena bayar RM 216. So jumlah bayaran setahun adalah RM 2592. Dan selama 10 tahun, jumlah yang dibayar kat bank adalah RM 25,920. Jumlah dividen + jumlah pinjaman = RM 35,816.95. Memang seronok lah tengok buku akaun kan. Nampak banyak je nombor dalam buku. Tapi kalau dah ditolak dengan duit yang bayar tiap-tiap bulan kat bank, tak lah banyak mana untung sebenarnya.

RM 35,816 - RM 25, 920 = RM 9,896 (kira mudah lah, RM10K)

Ni kalau kita tak amik dividen hujung tahun tu. Kalau amik, takdelah dapat profit macam dalam jadual tu, balance pun tak lah sebanyak tu.

Ye, ye 10K tu pun  banyaklah jugak. Sape nak bagi kan. Tapi cuba kalau kita buat saving sendiri. Tiap-tiap bulan, buat potongan gaji siap-siap untuk simpan kat ASB. Jom tengok, macamana perbezaan dia. Mana lagi untung dan berbaloi.


Year Saving Per Year New Bal Include Interest Earn for 2nd year above Interest Interest Earn for Current Year
1 2592 2592.00 6.00% 155.52
2 2592 5339.52 6.00% 320.37
3 2592 8251.89 6.00% 495.11
4 2592 11339.00 6.00% 680.34
5 2592 14611.34 6.00% 876.68
6 2592 18080.03 6.00% 1084.80
7 2592 21756.83 6.00% 1305.41
8 2592 25654.24 6.00% 1539.25
9 2592 29785.49 6.00% 1787.13
10 2592 34164.62 6.00% 2049.88

Merujuk kepada jadual yang laki aku buat ni, after 10 years, dalam akaun kita akan ada RM34,164. Ni pun kalau kita sangat disiplin, tak usik, tak kacau duit dalam akaun tu. Sesak macam mana pun, tetap juga tak bawak buku ASB gi bank. Kalau tidak, jadual di atas adalah tidak boleh digunapakai. Sila maklum.

Kalau tengok memang macam kurang sikit dari jumlah kalau buat loan, buat loan bleh dapat RM35k. Simpan sendiri, lepas 10 tahun ada RM34K je dalam akaun. Tapi yang seronoknya, tak perlu nak tolak apa-apa dah. Takde bayaran bulanan nak kena buat kat bank. So kira bersih la kita dapat RM34K. Betul tak? Ke aku silap..

Tapi sebelum korang berbunyi, aku dah sound Ekwan siap-siap 'jangan harap lah kita boleh self saving, mesti selalu ngelat. kalau buat loan dah memang potong siap-siap' Dan merasalah aku kena sedas ngan pakcik tu 'sama je lah weh!! potong gaji siap-siap jugak la. tapi awak tak bayar ke bank, awak simpan direct ke ASB' Geleng kepala pakcik tu tengok bini dia macam susah sangat nak paham. A'ah kan, sama je lah konsepnya kan.

Insya Allah, sempena pengumuman kenaikan gaji kepada kakitanga awam ni, aku nak mula menyimpan secara tegar. Tak dapat simpan banyak, sikit pun jadiklah. Aku nak potong siap-siap dari gaji masuk ASB. Dan InsyaAllah, nak buat jugak potongan terus ke akaun SSPN/ASD cha. Kan orang selalu cakap 'duit banyak mana pun tetap tak cukup' Maka, duit gaji tu kalau naik 50% kalau aku tak asingkan untuk saving siap-siap, cukup bulan habis jugak. Semoga kesedaran ini bertahan lama. Maka, silalah jangan tangguh-tangguh, esok jugak aku gi admin mintak borang.

Eh, akaun ASD dah boleh tukar ke ASB kan.. tak payah tunggu budak umur 12 tahun.. Hari jugak aku uruskan ASD Cha..

Anak ibu lagi banyak saving dari ibu..

37 comments:

  1. saving dlm tabung haji pon ok;)
    dapat bersih tolak zakat segala..
    ma kte cdgkan aritu:)

    ReplyDelete
  2. siryes dayu asd blh tukar asd umo diorang skrg????? harus aku suruh laki aku g tukar heheheh

    ReplyDelete
  3. ainul pun buat loan asb dgn maybank.so far ok je kot.tp better ko beli dinar emas dayu.bila nk guna duit blh cagar.abis bayar blh dapat emas balik.lagi untung sbb emas makin naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainul amik loan dgn maybank mana? kalu berminat dah tmbah lagi boleh hubungi saya.asb ainul tu under islamic tak?

      Delete
  4. Kalau macam company aku, dia takdek buat gaji masuk bank, dapat cash. Aku sendiri yang bank-in duit gaji aku. So, cemane ek nak buat saving camtu?

    ASB neh mane2 bank boleh ke? Kalau bank terdekat ngan aku, bank rakyat, boleh ke agak2 aku nak buat ASB setiap bulan kat depa?

    ReplyDelete
  5. suami anah ada buat jugak ngan RHB untk 50K 20thun..kalau nak menabung sendiri bnyak ngelat kot, cara tu la yg terbaik..cumanya kalau terdesak mmg xleh nak korekla duit tu..huhu

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. citer bab saving ni byk method kan. byk tmpt boleh buat saving

    ngan public mutual nya

    Ekwan buat thru publc mutual guna kwsp. akak iapar aku pun public mutual. aku je xde konsisten saving lg ni. harapkan kat insurans je

    ReplyDelete
  8. tumpang lalu, boleh tak nak bagi pencerahan sikit...

    macam ciksusu cakap,
    better kalau nak saving, buat pilihan ke tabung haji...dah tolak zakat..secara tak langsung menyucikan harta..kalau dpt dividen pun dah tak ragu2...
    lagipun tujuan kita sbg manusia, bila dah saving selain utk pendidikan, harta benda...dan akhir sekali tentunya utk tujuan ibadah juga kan spt umrah dan haji...jadi tabung haji adalah terbaik...wlupun div tak tinggi, tapi setara lah dgn siap2 dah potongan zakat tu kan :)

    ASB ni ikutkan dividennya kita tak boleh amik, sebab tatau punca mana...boleh amik tapi bukan digunakan utk diri kita sendiri..buatlah benda lain..sedekah contohnya...

    maaf kalau ada tak sependapat, cuma nak menyampaikan utk fahaman dan amalan kita juga..lega rasa...fuhh..

    saya banyak rujuk kat web ustaz zaharuddin, beliau pakar muamalat dan perbankan islam...ceramah beliau membuka mata umat Islam...wallahualam..

    ReplyDelete
  9. Pelaburan yg mendatangkn keuntungn yg maksima adalah masa.
    jadi untuk mmbuat apa2 pelaburan ambil masa yg paling maksimun.
    Cth nye ASB,ambil masa yg ditawarkan paling maksimum 25 tahun,ASB ni lock in period selalu 2@3 tahun,selpas waktu ni boleh quit dn keluarkan baki yg ada,
    Satu lagi keadah pelaburan adalah OPM (others people money cth duit Bank)
    Untuk lihat kaedah OPM dgn asb boleh tgk link kat bwah,boleh lihat cara mereka kurangkan masa pembayaran duit rumah dgn asb
    Maaf komen disini,sekadar berkongsi ilmu
    http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=224608

    ReplyDelete
  10. kalau pinjam sikit ada nampak ruginya
    tp cuba kira pinjam 100k utk 20thn dan xyahlah nak bayar sampai 20thn 5@10thn jual ler balik, da bolehla makan dividen tu.lain org lain pendapat kan? my hubby pinjam tuk dpt dividen tuk renovate rumah sebab xle tunggu lama, nanti brg binaan makin mahal.

    tul ker ASD da leh tukar? mcm mana dpt info ni?
    nak tukar tuk shifa jugok!

    ReplyDelete
  11. jue pun bt loan ASB... potongan gaji bt gak, tapi tu la tak tegar sbb bila sesak nak renew insurance kete, buku ASB tu jugak la dicarik hahahhahah

    ReplyDelete
  12. Haha...tq dayu.dan aku masih berkira2 lg nieh.huhu...

    ReplyDelete
  13. aku pun xde saving betul2 sangat. Cume baru2 ni je, asal ade duit je aku beli emas sikit2. pastu buat pelaburan. pegi ar-rahnu cagar kan.

    ReplyDelete
  14. thanks for the info dayu. and ekwan (bagusnye! rajin buat kira2 :))pernah terpikir jugak nak buat loan utk simpanan asb ni. tp bila pikir 2x, cakap ekwan tu ade betulnya jugak...siap2 potong gaji kan...

    ReplyDelete
  15. pz buat potong gaji masuk tabung haji...sebab nanti dah tolak zakat siap2 dah

    plan karang nak buat tolak gaji jugak masuk asb plak..senang potong gaji ni..duit balance dari potong dah siap saving siap2 dah

    ReplyDelete
  16. hmm...aku dah 2 tahun gak la buat asb loan tuh. Alhamdulillah ade saving. Aku tolak gaji bulan2 tanpa keluarkan dividen tuh..so dividen akan diberi berdasarkan kematangan simpanan.Let say ko loan 20k, dividen ko base on that 20k. Kalo ko simpan monthly, dividen akan dikira berdasarkan tempoh matang. lagi lama duit dlm akaun, lg tinggi % dividen. yg aku paham la. emas pon beli gak, tp aku suke beli brg kemas yg kos upah kurang. Bleh pakai, nnt nak gune duit jual la...

    ReplyDelete
  17. nk simpan sendiri tu yg masalah sbnrnya..husband maria pn srh buat asb tp masalahnya belum ada kemampuan..tunggu gaji naik bila nth..huhu..

    ReplyDelete
  18. hanie pn bt loan asb.br start thn lepas hihi.byr sikit dpt byk sikit.ok la kan.ASD tak leh join sebab asik full je :( klu invest dlm pru bsn tu kira ok jugak la kan.dari tak de lgsg.tabung haji akan datang.memang anak selalu kaya dari mak n ayah nye hihi

    ReplyDelete
  19. dayu... aku baru baca buku published by AKPK. buku tu cakap no such thing pinjam duit buat saving macam kebanyakan bank buat kolaborasi dengan ASB. mana bank tak nak buat untung? kita je yang tak nampak.

    tapi itu la, nak saving sendri kena betul2 tekad, tak leh nak draw kalau terdesak. tp mampu ke? hihihi aku sendiri pun ada akaun loan ASB.

    apa pun selamat menabung. aku baru belajar menabung kat tabung aji secara potongan gaji... biar pun sikit, tapi menabung juga...

    ReplyDelete
  20. yang penting cari pelaburan yang berlandaskan shariah, itu yang penting.......

    ReplyDelete
  21. bagus info ni...yg takutnyer bulan2 ni bayar kalau jadi apa2 dah satu hal...simpan sendiri lebih berbaloi...hutang2 ni bahaya

    ReplyDelete
  22. hai. saya search info pasal loan ASB. and found ur blog :) i follow...

    4-5 tahun lepas aida da tau pasal loan ASB ni. kat maybank. that time executive dia explain direct dgn aida. antara kata-kata dia yg aida sgt ingat ialah :

    "puan jgn risau. interest yg bank caj puan boleh bayar dgn keuntungan asb puan. tu pun tak semua keuntungan tu, puan tetap dpt sikit untung. maksudnya, puan tak perlu keluar duit sendiri utk byr interest bank."

    saya agak terkejut dgn kata-kata tak cerdik dia tu. tapi saya tak komen la, just senyum. da le interest nyer base on BLR yg berubah-ubah. kalau BLR tu bank negara naikkan? pendapatan asb baru 7% plus plus...

    ReplyDelete
  23. sesiapa kat sini minat wat investment dengan bank(unit amanah)... modal tidak diperlukan..Hanya perlu akaun KWSP atw EPF..Sesuai untk pekerja swasta yg dah lama bekerja .. Paling penting ROI(return of investment) average atas dari 10%(10-17%)
    T&C. dan lagi satu xpayah nak pinjam2.. buang masa ja n kayakan bank dengan bayar interest..
    click here

    ReplyDelete
  24. baik wat pelaburan ASB.mmg dia paksa kita tuk menyimpan.nk saving sndri mmg 99% la ssah

    ReplyDelete
  25. Keuntungan(Profit)adalah
    RM 35,816 - RM 25, 920 = RM 9,896 tapi sebenarnya tdk rugi maknanya sekarng ada RM RM 35,816... Perumpamaan dia mcm ni la sy bagi kat awak RM1 , awk bg blik kat saya RM3 jadi berapa yg saya ada mestilah RM3..untung adalh RM2(3-1).. Klau rugi pulak sy bagi awk RM1, awk bg balik .5osen maknanya sy dh rugi .50sen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mcm kata kak dayu tdi. Tak ruginya. Coma tpulang pada kita mcm mana nak pilih cara utk simpan duit. U nak secara paksa iaitu loan spt u byar hutang or u hendak scr sukarela utk menyimpan. Sekian...

      Delete
  26. hi dayu,
    saja nak kongsi tips. saya bila masuk gaji, duit dah siap2 agih masuk savings and bayar utang terus. lepas tu yg tinggal baru buat blanje.. mcm tu, bole belajar utk berdisiplin. insya'allah, lepas satu jangka masa, dah terbiasa, takyah disuruh2, confirm bole budget utk bulan yg seterusnya..

    ReplyDelete
  27. Hai kak dayu .. Saya ada nak tambah. Yg simpanan sendiri tu pada tahun ke10 kan simpanan ada rm 34164.62. Then interest dia rm2049.62. maka jumlah keseluruhan tambah interest kita akan dapat pada tahun ke 10 ialah rm36214.50. Jadi mmg lebih byk amaun duit kita dpt sekiranya buat saving sendiri dari kita nak buat cara loan.
    Saya memang stuju dgn cadangan suami akak yg kata buat simpanan dgn auto payment ke asb. Lebih kurang saja konsep dia dgn loan. TAPI KENA INGAT!!! Laon bmakna kita buat pinjaman. Sekiranya kita kesuntukan bajet pun kena bayar hutang. Jika tak bayar trima akibatnya...
    Trima kasih jgak kak dayu sbb kongsikan tips yg sgt bguna ini.. ;-)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum....
    Ini hanya pandangan peribadi saya. Kita orang melayu nie memang susah nak disiplin untuk menyimpan. Almaklumlah kadang2 tu duit tak cukup terpaksa keluar duit simpanan. Melabur dalam ASB menggunakan pinjaman pada saya agak kurang menarik. Antara sebabnya kita akan terbeban dengan hutang yang perlu dibayar setiap bulan. Ini serba sedikit sudah mengganggu perbelanjaan bulanan kita. Kalau kita menyimpan cara biasa pun sama juga. Perbelanjaan bulanan akan terganggu serba sedikit sebab sebahagian yang nak disimpan tu sudah tentunya diambil dari gaji. Bukan saya nak kata kita tak boleh nak simpan. Boleh... tapi cuma kekadang tu tahap disiplin yang agak suam-suam kuku tu yang menyebabkan ada ketika kita ter"miss" nak simpan. Ada tak cara untuk atasi masalah nie.

    1. Masalah rasa terbeban untuk menyimpan sebab gaji dah cukup2 je. Kalau ambik sikit simpan dah kacau cash flow bulanan.
    2. Masalah disiplin menyimpan sendiri dengan cara agihkan dalam 10% - 30% dari gaji dan simpan.

    Saya ada penyelesaian untuk masalah di atas. Saya bukan nak promosi produk atau perkhidmatan. Tapi cukup sekadar nak berkongsi ilmu sahaja. Saya ada penyelesaian bagaimana kita boleh menyimpan dengan selesa sehingga melebihi 50% dari nilai gaji malah berbelanja bulanan seperti biasa tanpa beban kekurangan duit gaji sebanyak 50% yang disimpan tu. Dalam masa yang sama masalah disiplin menyimpan secara tidak langsung hilang tanpa kita sedari. Namun demikian tidak mampu saya nak berkongsi di sini memandangkan ruang dan masa yang terhad. Jika berminat boleh hubungi saya dan saya boleh kongsikan apa juga ilmu yang saya ada dengan lebih tenang dan mudah untuk difahami.

    Sekali lagi saya jelaskan saya tidak berniat menjual apa-apa tetapi sekadar berkongsi ilmu. Dan biarlah ilmu yang diajar tu dapat difahami dan diaplikasikan untuk kebaikan semua.

    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Cerita Aku:
    Aku tidak mampu untuk menyimpan walau RM200 setiap bulan. Walau bagaimanapun aku telah menjual sebidang tanah di kampung dengan harga RM15,768. Jika aku masukkan duit tersebut dalam ASB, dalam jangkamasa 20 tahun nanti aku akan ada sebanyak RM65,058.00 (Andaian ASB bagi 7.75% setahun).
    Pilihan kedua, sekiranya aku membuat pinjaman ASB sebanyak RM200,000, aku diberitahu oleh pegawai bank, aku kena bayar RM1,314 sebulan atau RM15,768 setahun bersamaan dengan duit jualan tanah aku. Katanya lagi, tahun kedua nanti boleh gunakan duit dividen untuk bayar. Tak perlu keluar satu sen pun duit gaji. Dan masih ada lebihan dividen sikit-sikit. Bagus juga sebab aku memang tak mampu pun nak menyimpan. Aku risau takut kena bayar lebih. Katanya setakat 23 tahun kebelakangan ini, % dividen memang lebih tinggi dari % faedah yang kena bayar dan selalunya pinjaman ASB akan guna kaedah BLR-1.65%. Maknanya faedah jadi lebih rendah dari BLR. Jadi aku tak rasa terbeban pun sebab tahun-tahun berikutnya nanti aku boleh bayar pakai duit dividen aje. Katalah tiap tahun masih ada lebih lepas bayar hutang ASB, aku keluarkan semuanya, tak de la banyak tapi lepas la nak buat bayar road tax dan insurans kereta motor cabuk aku. Kalau aku bersabar (bukan pakai duit gaji aku pun sebenarnya), 20 tahun nanti aku akan ada RM200,000 berbanding kalau aku simpan je RM15,768 aku tadi terus dalam ASB.
    Moral of the story : Pinjaman ASB ni ada baik dan ada buruknya. Jika kita tersalah strategi, pinjaman ini boleh menjadi satu beban sukar ditanggung. Ramai orang dah menderita kerana salah strategi. Oleh itu, kena tahu berapa pinjaman yang harus dibuat serta tempoh bayar baliknya (paling penting) supaya pada tiap2 tahun kita tak perlu tambah duit kita sendiri nanti dan akhirnya kita boleh memaksimakan keuntungan.

    ReplyDelete
  30. sy nak bertanya berkenaan loan asb..sy ader wat loan asb..tersangkut bayar..smpai satu tahap dapat surat peguam..mcmner nak terminate loan asb?

    ReplyDelete
  31. Tak de surat surat peguam, bank terus terminate jer bila sangkut dua tiga bulan, lepas tu baki/lebihan dari pelaburan tu akan dipulangkan kepada anda.....

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum.

    Nak komen sikit, pengiraan kat atas tu base kepada assumtion dunia ni tak berubah dari segi ekonomi dan sebagainya. And certainly tak mengambil kira faktor Masa dan event2 yang boleh berlaku didalamnya eventaugh pengiraan sampai 10 tahun.

    Klau boleh pengiraan mesti mengambil kira beberapa faktor yang penting
    inflasi, kadar perubahan blr setiap tahun and so on...

    Aku hampir sure bayaran bulanan akan meningkat setiap tahun disebabkan BLR yang semakin meningkat setiap tahun, klau tahun ni bayar 2500 tahun depan mesti slightly higer than that, hehe kena jaga2..



    ReplyDelete
  33. Salam semua,

    saya ada jumpa blog yang jual tentang PAKEJ GANDAAN ASB - OTAIASB.COM...

    saya try amalkan teknik no.3 dan ia berkesan bagi pelabur santai mcm saya.

    Cuba try & praktik - saya jumpa di otaiasb.com

    ReplyDelete
  34. Mcm mn nk bt potongan gaji.bank ckp xblb.sy penjawat awam.sy nk bt potongn gj dr angkasa.masuk pay slip

    ReplyDelete