20 March 2012

Baking Mega Project: Cream Puff

Sape yang terbaca status aku weekend lps mesti dah sedia maklum apa projek besar-besaran aku. Sampai amik cuti bagai. Yelah, achik ada komitmen nak dipenuhi. Dah berjanji kena tepati. Sebab khuatir termungkir janji, kenalah korbankan cuti. Yang penting misi tercapai.

Aku kena siapkan 400 bijik cream puff. Tapi tiba-tiba aku terniat, nak buat 500pcs. Hadiah untuk pengantin.

Ye, ye.. aku tiba-tiba berani amik tempahan sampai 500 bijik. Tak menyempat, 500 terus. Huhuhu.. nak buat camne, dah itu yang datang dulu. Rezeki namanya ni. Tak kan nak tolak. Dengan lapang dada achik terima. Tapi taklah lapang mana sebenarnya, risau adalah. Terfikir jugak 'boleh ke buat ni?" Entah larat entah tidak. Payment dah amik ni. Maka, larat tak larat.. kena jugak siapkan.


Seawal 9 pagi aku dah bertungkus-lumus kat dapur. Siapkan custard dulu. Sejuk je terus sumbat dalam peti. Dan bermulalah agenda utama membancuh adunan untuk choux pastry cream puff ni. 1st adunan aku bancuh 5 adunan terus. Tersenguk-senguk mixer aku. Kesian dia, kena keje kuat last week. Banyak sungguh jasa dia. Tapi.. tapi, aku ada new item dalam wishlist ni. Terus duduk no.1. Achik nak mixer berkuasa tinggi!! Dah lah semalam jalan-jalan kat Alamanda ada promosi oven, mixer segala ni. Terus rasa nak je peluk sebijik. Tapi tengok harga, achik terus membawa diri. Tak mampu...

Masuk 300++pcs tangan aku dah mula sengal-sengal dah.. pinggang pun dah mula sakit. Errkk..camne orang yang buat beribu tu hah?? Apa kaedah korang guna? Ekwan yang simpati kat bini dia ni, cuba nak membantu. Tapi aduhaiii, habis pecah piping bag tu dia kejekan. Tenaga orang laki katanya. Maka, dia tolong sumbat custard je lah.

tersenguk-senguk achik tapi demi janji, teruskan jua

menunggu sub-con untuk sumbat custard

assisstant yang lebih banyak menyibuk dari membantu (:

Alhamdullilah, pukul 1 pagi projek mega dapur aku berjaya ditamatkan. Sinki pun berjaya dikosongkan. Settle je sinki, terus aku campak badan atas katil, perrghh.. heaven giler rasa. Tak tunggu lama, terus nenyak. Sedar-sedar subuh. Bangun-bangun terus check cream puff 3 kotak atas meja. Alhamdullilah, semua selamat. Takde serangan semut berlaku. Dan sambung tabur icing sugar atas cream puff.. tapi macam tak memberi kesan je. Siap 1 kotak, 1st kotak hilang dah gulanya. Sudahnya aku tabur lebih kurang je, pastu susun dan wrapped
.
Aku janji nak hantar cream puffs ni pukul 11am ke Dewan perdana Penjara Kajang, tapi 10.30am aku dah sampai. Risau kau, biar awal. Jangan lambat. Sanggup keluar rumah tak breakfast, teguk air je. Terus zass.. Nasib baik Ekwan pun memahami. Laju je dia bawak kereta, sebab macam dah terlambat. Risau. Tak tahu tempat kan, base on google maps je. Risau la kalau tersesat. Kalau datang makan je takpelah. Tak jumpa balik je. Ni bawak bahan makanan orang, nak rasa kena sumpah ngan orang ke?? 

muka org control letih, control mengantuk.. hakikatnya 'katil..katil'

Bila sampai penganti tengah mekap, tak sempat nak bergambar dengan dia. Anyway, TQ Siti dan keluarga sebab beri kepercayaan ni kepada akak. Dan tak lupa kepada sepupu ku, yang memberi peluang aku menambah rezeki ni. TQ CharmBakers. Lain kali ada job lagi, mana dah tak mampu nak buat boleh la pass kat akak awak ni (;

Percaya tak kalau aku kata, resipi yang aku guna untuk projek mega ni adalah resipi cubaan kali pertama. Terus bancuh 5 adunan lak tu. Nasib baik menjadi. Nak resipi?? Nanti achik share eh..

*size agak tak konsisten, so mmg patut aku buat lebih.

15 comments:

  1. Haishh ni aku xsbr nk grab oven gabak gak sbijik ni, blh la grab projek2 mega gak pasni, hihi syabas dayu!

    ReplyDelete
  2. wah sybas dayu...500 biji bukan mudah nak buat tue..hhehehhee

    ReplyDelete
  3. achik jgn lupa kongsi resepi tau
    ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah babe
    buat cream puff mmg perlukan tulang tangan yg kuat
    btw permulaan yg baik
    :)

    ReplyDelete
  5. gila kentang ah dayuuuuuuuu

    Congrats !! Permulaan untuk bisnes ni :)

    ReplyDelete
  6. walaweihh..
    gile hebat ar dayu...
    kompem masyuk pasni..dh de side income....terbaeekk!

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah
    rezeki cha ni. buat tambah-tambah smentara tunggu hari gaji (;
    lagipun memanfaatkan oven baru tu
    kang laki aku perli kang, payah jugak
    meh lah guna sehabis baik

    ReplyDelete
  8. hebat betu dayu..first buat terus 500 biji...

    ReplyDelete
  9. kagum laaa....
    nnt org nk try jugak
    makcih dayu

    ReplyDelete
  10. perghh ! selut kn kak dayu . cubaan yg terbaik . negok creampuff akk tu pon d leleyh nie . pk kal jek jauh . lau x da order da . hehe :)

    ReplyDelete
  11. lehla pasni order kat ko jek...

    ReplyDelete