20 March 2012

Resepi: Cream Puff

Kembali kita ke sesi knowledge sharing bersama Achik Dayu. Kali ni achik nak kongsikan resipi yang achik juga google dan gunapakai kemudian syiok sendiri buat hebahan umum. Hehehe.. Alah, benda baik apa salahnya dikongsikan. Kan.. kan.. Lagipun sekali dah terpapar kat ruang maya ni, kira hak milik umum la kan. Takde pun tulis sebarang nota kaki kat situ 'Tidak dibenarkan berkongsi resipi ini. Ini resipi saya yang punya' Takde.. Maka, nah.. cepat copy, pastu paste dan print.

Senang je nak buat dia, antara gigih ngan tidak je.

Bahan-bahan untuk Choux Pastry: (anggaran: 20++ biji size besar)
  • 1 cawan air
  • 75gm butter
  • 1 cawan tepung (sila ayak dulu untuk mendapat hasil terbaik, kalau rajin sila ayak 3 kali)
  • 1/3 teaspoon garam -campurkan dengan tepung dan ayak sekali
  • 3 biji telur

Bahan-bahan untuk krim custard:
  • 200 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu butter

Cara-cara nak membuatnya:

Choux Pastry:
  1. Cairkan butter dan air dalam kuali/periuk. Pastikan butter cair keseleuruhannya dan biarkan mendidih. Tapi jangan lama sangat. Kemudian masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai adunan sebati sehingga jadi doh. Masak lagi dalam masa 3 minit dengan api sederhana. Tutup api
  2. Keluarkan doh dan sejukkan doh. Bila doh dah sejuk, masukkan telur dan pukul dengan mixer. Masukkan telur sebijik demi sebijik
  3. Masukkan lah adunan ke dalam piping bag, dan picit lah ke atas dulang.
  4. Panaskan oven 15min pada suhu 220C. Sebelum bakar, spray air pada permukaan cream puff. Bakar guna api atas bawah. 15min pertama bakar suhu 220C, kemudian turunkan kepada 190C selama 15min
  5. Boleh je nak bakar lama sikit kalau nak perangkan lagi.
  6. Bila dah sejuk, potong bahagian tengah puff tapi jangan sampai terputus kemudian sumbat la custard.

Custard Cream:

1. Campur kan tepung gandum, tepung jagung, gula dan 2,3 sudu susu. 
2. Kacau laju-laju jangan sampai ada yang berketul. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi dan kemudian masukkan baki susu.
3. Sentiasa kacau dengan api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api. Masukkan butter. Siap.

taburkan gula icing atas puff dan silalah makan

*nak membentukkan pastry tu pepandai la korang gayakan tangan. tu ikut kreativiti masing-masing. dulu 1st time aku buat, buruk giler kot. Dengan xde nozzle nya.. hahahaha..tapi makin lama, setelah melalui beberapa proses revolusi, cream puff aku makin comel (:

9 comments:

  1. ok salin salin!
    alang2 susu segar ade kt umah, hehe

    ReplyDelete
  2. blh try ni.. :-) sy suka mkn cream puff tapi tahu buat. hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnye rupa puff ni dayu..meleleh air liur org baru cabut gigi ni..huhu

    ReplyDelete
  4. terliur tengok..nak buatnya malas...boleh???

    ReplyDelete
  5. aku pun rasa nak test lagi buat cream puff ni. hari tu adunan macam tak smooth jer T__T

    ReplyDelete
  6. Pergh sedap nye,
    Mcm senang, boleh try. :-)

    ReplyDelete
  7. dayu, kayrul dah try buat, memang sedap dan mengancam...

    minta izin copy resepi ye

    ReplyDelete
  8. salam, wah.. bnyknya crmpuff.. mmg cntik-molek cam tuannya..! kebetulan ptg ni akak pun buat crmpuff, ingat nak cuba resepi ayu pulaklah..

    ReplyDelete
  9. Wa!sedapnyerrr...mesti cuba niee..

    ReplyDelete