05 March 2012

Flare Jersey Maxi Skirt


Sedar akan figura diri yang kembang sana, kembang sini dah rupa buah pear. Kini saya lebih suka mengayakan  skirt berbanding seluar jeans. Yelah jeans lama semua dah hampir tak boleh sarung, nak beli baru macam dah takde hati. Tu yang hati terus beralih arah ke skirt. Pastu tengok orang pakai maxi skirt macam lawa je. Cantik terletak. Walaupun orang-orang yang dirujuk gambarnya itu berbadan ramping. Tidak seperti saya. Yakin tetap yakin. Terus klik 'add to cart', bayar dan menanti penuh debaran. Nasib baik barang yang ditempah memenuhi kriteria.

Tersengihlah, kalau tak meraung. Yelah, bukan murah kan.. boleh beli susu cha 3 peket (:

Flare Jersey Maxi Skirt  dari Pop Selection Poplook

Dah lama beli. Dan ini kali ke-2 gayakan skirt ni. Yelah, tak semua keadaan sesuai kot nak pakai skirt. Dengan nak mengejar anak dara sorang tu. Seluar lagi selesa. Tapi kalau memang dah niat nak biarkan dia lepas bebas berlari sana sini, pe lagi. Sarunglah skirt kan. Kang ada pulak yang berbunyi 'tu skirt tu beli nak buat penuh almari je ke?' Sebelum ada yang berbunyi dan achik pun sentap, pe lagi. Meh lah melaram.

Pandangan belakang

bila berdiri.

Material memang best lah. Jersey cotton. Sesuai dengan harganya. Bila pakai, kain dia jatuh terletak. Bestlah, tak kembang je. Maybe cara jahitan jugak kot. Oleh itu, kalau di tanya harus kah membeli, ye. Anda patut cuba. Pembelian yang berbaloi. Alah, RM66 je pun. Korang semua kan gaji riban-riban. Tu belum lagi yang dapat bonus ke, increment ke.. Gi lah pilih nak kaler apa..

Next month ingat nak cuba Chiffon Maxi dress, tapi sold out la pulak.

Takpe, tunggu je lah stok baru. Kang dapat lah email yang mengoncang jiwa. Mengeram je. Cubalah restock time orang gaji,. Ni restock tengah bulan, peruntukan habis dah.. tahu..

7 comments:

  1. Cantik lah dayu.org tinggi sesuai lah kan

    ReplyDelete
  2. sesuai sgt dayu ko pakai skirt. sbb ko tinggi. mmg molek aje jatuh huhuh...sukerrrrr

    ReplyDelete
  3. saya mau chiffon maxi dress Green....org pendek seswaikah gegege

    ReplyDelete
  4. owh..poplook mmg best setakat yg alynn pernah beli mmg x mengecewakan..maxi merun yg dayu berkenan tu mmg cantik puas hati..alynn dah beli pun..mmg sold tp xper tunggu dgn penuh sabar nanti akan ada stok baru..maxi polkadot itam pun not bbad gak..lawa..

    ReplyDelete
  5. hi dayu
    oooo skirt dr thepoplook yerk...chantek laaa!!!nmpak terletak jer(@____@)

    i pun taw brand thepoplook tu pun dr wife kwn sek i...dia yg rekomenkan...ml2 ingat ada butik,rupanya kne purchased online (xsilap i,brand ni ada kat melaka),correct me if im wrong:(

    sbb menarik+tertarik,bdezup google...than trus tsentap 4helai bj,ha3

    ReplyDelete