Aku tengok ke atas, takde pun belon. Yang ramai-ramai ni semua buat apa ni? Sudahnya, aku ajak lah Ekwan balik. Tidur lagi seronok. Badan dah lah memang letih, maka tak kuasa aku nak sibuk-sibuk tengah panas tu. Tapi esoknya pergi lagi. Konon pasang niat nak pergi awal pagi. Tapi pukul 10 gak baru sampai. Melepas lagi. Tengok je lah belon bulat. Belon kek, belon monyet semua entah mana.
ibu: mana belon ni Cha? ibu nak tengok belon kek
Cha: tu kat sana tu..tak nampak ke bu
ni belon bulat Cha, ibu nak tengok belon bentuk monkey
apa yang ibu sibuk sangat nak belon monkey, belon kek.. tu hah, melambak-lambak. dora ada, BoboiBoy pun ada. lagi best. suruh la abah amik 2,3 bijik.
Giler frust aku tak dapat tengok belon yang pelbagai bentuk tu. Bila check jadul pukul 7am rupanya. Dan siaran ulangan adalah di waktu petang. Entah kenapa, sanggup lak kami ni nak menunggu. Tapi sebelum tu, pusing la tapak karnival ni dulu. Tengok apa yang ada. Tapi panas giler okay. Berpeluh-peluh. Nasib baik ada payung, tapi payung warna-warni size XXL tu sangat memikat hati tau. Terus rembat sebijik. RM15 satu, rasa macam pembelian yang berbaloi-baloi.
model payung pelangi *silamuntah*
model payung junior
sian model junior ni kepanasan, peluh tak ingat. muka pun merah. risau aku kalau dia demam. nasib baik suhu maintain je malam tu.
nampak signage ni. terus 'yang, nak amik gambar kat sini' tapi laki aku macam tengah leka amik gambar apa entah, dia tak dengar. ada lak sorang budak, tiba-tiba dia yang snap gambar aku. pastu tersengih je sambil berlalu pergi. huhuhu..apakah??? Mungkin dia kesian kot kat aku, dah posing beriya tapi laki buat tak layan.. mungkin..mungkin..
Bila dah tak mampu bertahan dengan keadaan cuaca yang sangat terik, ke Alamanda lah kami. Nak isi perut. Tapi Alamanda adalah sangat padat dengan manusia. Pastu boleh pulak food court dia renovate kan. Semua tempat makan adalah penuh. Perghhh!! Perut aku dahlah dari tadi merayu-rayu minta diisi. Nasib ada orang Putrajaya boleh tunjuk arah membawa kami ke foodcourt kat Presint 16 tu. Eh, foodcourt ke erk nama tempat tu.. Situ pun penuh ngan manusia, tapi Alhamdullilah dapat juga meja untuk kami. Sedap makanan dia, harga pun berbaloi. Tapi kalau takde orang bawa, memang jangan harap nak jumpa kot.
Bila lah Perbadanan Putrajaya nak memperbanyakkan signages tunjuk arah kat Putrajaya ni hah?? Aku kalau dtg Putrajaya memang haru-biru.
belon bentuk simkad ni je lah yang aku dapat tengok yang tidak berbentuk bulat. jadiklah dari takde langsung
budak seluar belang-belang tu suka betul tengok 'beyon' besar bagak depan dia. siap nak panjat pagar nak pergi kat 'beyon' Alah, mak dia yang pakai cardigan belang-belang tu pun sama je. Terlebih juga excited dia.
Next year kalau ada lagi pesta belon panas ni kat Putrajaya memang tanpa segan silu lah aku minta menumpang umah sape-sape kat Putrajaya tu. Senang esok pagi nak gi tengok belon. Ni dari USJ je pukul 10, harus sampai Putrajaya semua belon dah siap bungkus.
*macam kesian je kat orang yang beratur lama-lama tunggu nak naik belon tu, tapi kejap je. nasib baik bayar RM10 je..
Cha ikut tema belon la. Pelangi! hehehe
ReplyDeletegigih giler ko g sana..ahah aku ngn adil ni duk putrajaya pun malas sebab gila sesak!! kami lari dr putrajaya ehehe..next year meh lepak umah ktiaorg..sonang naik bas je xyah bawak kete gheheheh
ReplyDeletebest nya... selalu berangan2 nk pergi, tapi rasa tak rela nk bersesak
ReplyDeletecantik gambar dah pakai kamera best kah dayu. wahhh kurus sudah slim tu. jeles aku. hik hik hik
ReplyDeletesmart gila belon tune talk tu ye.. best ar ek dpt tgk belon panasa tu..jeles btol la tak dapat gi..hehe
ReplyDeletehttp://aizatbest.blogspot.com
dayu... ada pegi ari ahad tu eh.. tak jumpe pun..hihihi mmg kene p pagi2...elly aritu pun nampak belon2 kat bawah2 tu je..hihi
ReplyDeleteaku suke tgk ko dress up gini dayu =)
ReplyDelete