22 May 2012

Kategori warna

Warna orang tua?? Warna-warna apa yang dikategorikan sebagai warna orang tua hah?? Yelah, sekarang kan semua tengah sibuk carik kain nak hantar kat tailor untuk baju raya. Risau tailor tak nak amik dah tempahan. Siapa yang takde stok kain lagi macam aku ni, waktu ni lah nak berpusu-pusu ke Jalan TAR tu carik kain. Kalau dah ke Jalan TAR, memang pening kepala la nak buat pilihan. Tengok tu lawa, pegang yang ni berkenan. Seronoknyalah kalau boleh amik je mana yang berkenan. Nak itu.. amik. Nak ini, amik.. Perrgghh!! Memang heaven sungguh.

Disebabkan siapalah diri ini, duit gaji pun cukup-cukup je. Dah la baru balik dari melawat negara orang. Peruntukan yang ada sangatlah minimum. Dapat grab 2 pasang pun dah lebih dari gembira.

Tengah-tengah pening tak tahu nak pilih kaler apa, member kata 'dayu, ni kalau kalau bagi mak kau boleh lah, kau pakai tak sesuai, kaler orang tua ni' Hhmm.. Kaler orang tua?? Macamana nak kategorikan mana kaler orang tua, mana kaler untuk orang muda. Kalau mata aku, macam ok je kaler tu. Takdelah aku rasa akan membuatkan aku rasa atau akan kelihatan macam orang tua kalau sarung baju kaler macam tu. Tapi menghormati pandangan sahabat, dan kebetulan warna tu bukan pilihan pertama, terus ketepikan corak dengan warna tersebut.

Tapi macamana nak kategorikan warna orang tua ngan warna orang mudia, belia remaja hah??

Kalau aku memang aku lebih berkenan warna-warna yang terang, colourful. Konon bila baju warna-warni, bolehlah datangkan mood ceria kepada si pemakai. Lagipun Ekwan memang cukup tak berkenan kalau baju aku kaler malap-malap.. kaler coklat/hitam/kelabu tu semua memang dia tak kenan sungguh. Tapi aku teringin lah pulak nak bertemakan warna kelabu untuk raya tahun ni. Tapi memikirkan nanti laki aku tak nak pakai baju melayu kaler kelabu, aku tukar lah kaler lain. Kelabu tu jadik persalinan ke-3 ke, ke-4 ke.. Amboi, sampai 4 baju raya kau.. Alah, baju raya achik simple je. Habis raya, buat baju keje.

Baju Eisya pun dia suka pilih kaler terang benderang, kalau aku pegang baju warna coklat ke, hitam ke mesti dia kata 'issskk, janganlah tua kan anak awak sebelum masanya' Uwweekk, macam teruk sangat je selera aku ni. Tapi ye kot, budak-budak apa masalahnya pakai baju warna terang-terang. Senang nak eyeing dia.

Hah, sila tolong jawab pertanyaan aku, kriteria macamana kah yang boleh digunapakai dalam penentuan jkategori sesuatu warna sama ada ianya adalah warna orang tua atau pun warna budak muda??

*tengok sutera batik rasa teringin sangat tau
*kain dah selamat sampai ke tangan Cik Ani. Cik Ani kata lepas kenduri nanti dia jahit. siap dia call. semoga aku tak sarung baju tu sebelum raya. kalau tak memang naya

6 comments:

  1. ehehehe!!!saya pn setuju klsu ksler2 tersng2 tu boleh buat kita nampak lebih muda :)

    ReplyDelete
  2. sama la ngan laki aku dayu..dia lemas betul tengok aku pakai kaler dull _kelabu, coklat cukup tak suka..dia ckp mcm makcik.

    ReplyDelete
  3. kdg2 kain kaler gelap2 ni mmg nmpk suram tp bile dah jadi baju.. cantek jer...

    ReplyDelete
  4. warna org tua eh? kalau kt ofis lylie nie, byk yang keje ngan warna, designer-designer kat sini kalau yang tua pun pakai warna ceria, so x de erti warna org tua lah kan?

    tp org kt melaysia nie selalu refer pada warna tanah n warna2 kelam sebagai warna org tua.

    tp utuk kite nie dayu, Warna ceria dan warna-warna lembut paling sesuai untuk raya!

    ReplyDelete
  5. KAN..KAN..
    org tua pun pakai shocking pink skrg
    (:

    okay..cancel pakai kelabu untuk raya. will go for blue or yellow or purple or red
    amboi byknye pilihan

    ReplyDelete
  6. amik merah beb aku plan nak kaler merah atau hijau atau electric blue

    ReplyDelete