10 May 2012

Phuket, kami datang

Chewaahh, tajuk tak beringat. Feeling VIP sungguh. Biasalah, ginilah gayanya kalau kali pertama merasa ke luar negara. Dia punya teruja tu lain macam sikit. Biarpun ke negara jiran je pun, keluar sempadan sikit je. Tapi excited tetap bukan main. Tak sabar!! Menghitung hari. Nasib baik busy uruskan majlis hari anak bertambah umur, kalau tak mesti seminggu sebelum terbang aku dah kemas bag. Tapi sebab busy dan badan kepenatan, flight esok pagi, petang sebelum tu baru aku start pilih baju masuk dalam bag.

Tiket ni dari bulan 7 tahun lepas aku dah beli. Biasalah, tunggu time Air Asia buat jualan murah je lah baru mampu nak beli tiket. Kalau tak, tak merasa kot. Rezeki aku, dapat tiket RM 0.10 untuk return ticket. Tapi nama je tiket seposen, campur itu, masuk caj ini, jumlah nyer RM100++ gak seorang. Kalau dah ber-3, jadiklah RM300++. Memang masih murah. Anak sorang ni rasa lah murah kot, nanti kalau dah ada 2,3 anak.. Pikir panjang gak aku nak travel dengan kapal terbang. Kalau dalam negara, gagah lagi. Kalau nak berpassport bagai.. Memang kena tunggu time bonus lah jawabnya.

Kalau ada bonus, kalau tak.. kita cuti dalam Malaysia je lah ye anak-anak. Jangan la cemburu dengan Kak Cha ye. Rezeki dia.. Jangan nanti kata ibu berkira pulak ye.

Flight adalah pada hari bekerja. Maka nak tak ank kenalah korbankan cuti rehat. Nak tiket harga seposen punya pasal. Kalau hujung minggu, jangan harap. AirAsia tak bodoh lagi nak jual tiket tiket RM 0.10 pada hujung minggu. Dan haruslah flight seposen itu pada awal pagi. Waktu berlepas adalah 7.15am. Kira sendiri lah pukul berapa aku keluar rumah untuk sampai ke LCCT. Pukul 5 dah gerak dari Putrajaya. Eisya haruslah tidak mandi. Konon nak mandikan dia kat toilet airport, tapi masa sangat cukup-cukup.

 kami pergi ber-4. masuk Eisya jadik ber-5. bila ada kawan, takde lah cuak sangat nak ke negara orang. Eisya adalah baru sedar dari tidur.

Geram aku. Tapi silap aku jugak. Nak jimat punya pasal, konon semua nak hand carry. Hah, sekali amik kau.. 12kg beg aku. Berkejar-kejar aku gi kaunter semula, nak check in bag. Nasib baik boleh check in lagi, kalau tak merasalah gi carik beg plastik isi barang jinjing tangan. Dan tak pasal-pasal hilang RM65. Merasa la achik kena bebel ngan laki. Lepas ni memang aku supersize lah luggage siap-siap. Achik mana reti travel light. Semua barang nak bawak. Dengan barang Eisya lagi. Haruslah bag achik 12 kg. Itu dah sikit dah tu.

Tak pun, patut belikan Eisya trunki bag segera lah (:

Lepas kelam kelibut check-in bag, berlari lak menuju ke imigresen. Sekali lagi berdebar. Apanya tak berdebar, risau okay kalau tiba-tiba nama blacklisted dalam sistem. Harus aku meraung kat situ jugak. Biar dah check kat website imigresen kata takde sekatan, tapi manalah tahu kan. Cuak okay bila berdiri depan akak imigresen tu. Dah lah muka kerek tak ingat. Aku ni punyalah beriya senyum kat dia, dia selamba je pandang aku macam takde perasaan. Chhaaiitt!!! Takat duduk kat situ check pasport orang kau nak buat muka kerek gitu, tak payah..

Eisya excited sungguh bila dia nampak kapal terbang besar-besar, melambak-lambak depan mata dia. Siap nak melompat keluar dari buggy nak terkam kapal terbang. Seronok tengok dia teruja gitu. Bising mulut dia 'bebang!! bebang!! naik!! bebang!!' Terus rasa berbaloi bawak dia berjalan. Bila dah masuk dalam cabin lagi lah. Bukan main suka dia. Tak duduk diam langsung. Panggil ibu, panggil abah. Tapi selagi dia tak meragam, dah cukup melegakan.

 budak excited naik kapal terbang. gayanya macam 1st time je. tp masa kali pertama dulu kecik lagi, tak berapa pandai nak berekspresi. so kali ni mmg over lah dia punya keterujaan

jenguk abah kat belakang sambil jerit kuat-kuat 'abah!!! abah!!' Abah awak baru nak berlagak bujang Cha duduk kat belakang tu, dah kantoi

Tapi kesian dia, dah nak sampai baru tertidur. Harus lah masa turun dia terjaga. Bila sampai airport Phuket, dah nampak dah yang dia keletihan. Tapi biasalah anak aku ni, asalkan berjalan. Letih pun dia tak layan.

Anyway, Alhamdullilah. Semua selamat bagai dirancang. Aku memang berdoa banyak-banyak, jangan lah flight delay. Syukur, on time je terbang. Dari KL nak ke Phuket tak lama, 1 jam 20minit je. Atas sikit je dari Langkawi kan. So, tak payah lah amik meal atas plane. Tapi kalau dah tak sempat breakfast ke, lunch ke.. pejam mata je lah bayar mahal kat atas tu.

Ok, dah panjang sgt entry ni. Sambung entry lain. Bye.






5 comments:

  1. dayu cite psl imegresen tetibe terus cuak takut nama ade blacklist imegresen. dan2 tu jugak bukak website ptptn nak check. boleh? haha.. btw, trunki memang sangat comel. tapi mahal lor....

    ReplyDelete
  2. uishhh..cha naik bebang..hikhik

    ReplyDelete
  3. holiday memang best. setahun sekali macam kena je gi jalan-jalan. self re-treat. penat2 bekerja.. kenalah reward diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Dayuu...cara aku bjimat, at least arr mesti ada satu luggage unless ko konsep backpacker..cam aku last time 2/3 volume bag je mknn...dok tpt hulu la katakannn...haha...
    Tapi orang siam ni mmg greet2 org ni dia kureng sket..ko g ngan azreen eh...best kan g ngan kawan2..

    ReplyDelete