Bugis Street ni umpama arked-arked kat Jalan TAR lah. Cuma yang beza dia tak jual kain. Kat Bugis Street ni memang tempat untuk memborong souvenirs kalau ke Singapore. Fridge magnets, keychain, baju adalah melambak-lambak. Pilih je lah nak memborong kat kedai mana.
Duit aku habis kat sini je kot.
Bugis Street. Best Street in Singapore
Tapi jangan lupa tawar menawar. Kebanyakan kedai yang jual fridge magnet akan bukak 4 for 10. Silalah minta '5 for 10, can?' Kalau dia tak bagi, cakap je 'ok, TQ' sambil melangkah membawa diri. Melambak lagi kedai lain. Sebelah menyebelah pun ada. Tapi mesti dapat punya. Aku siap mintak 'aunty, 6 for 10 okay?' Aunty tu kata boleh tapi kena amik lebih 20. Huhuhu.. nak 10 bijik je. Maka, terima lah 5 bijik 10 dollar.
Sila pilih mana yang berkenan. Yang best, fridge magnet dia adalah jenis yang plastik tu, bukan yang batu. lagilah aku jatuh hati kan. terus amik 10 ketul
Baju pun banyak. Mostly 3 for 10. Tapi ni jenis kain low quality lah. Kalau nak yg kain best sikit, amiklah yang 2 for 10. Tak pun amik yang sehelai belas2 dollar. Sebab kepala otak aku sibuk asyik nak convert mata wang je, aku pilih yang 3 helai S$10 je lah. Walaupun ayah aku offer suruh amik yang S$10 sorang, aku tak sampai hati nak suruh ayah bayar. Niat nak bawak mak ayah jalan-jalan, tak best lah nak suruh dia belanja pulak.
Kebanyakan kedai jual baju yang sama, design sama je semua. Display price pun sama. Cuma discount je lah yang beza. Ikut nasib lah kalau dapat kedai yang bagi most best price. So kalau nak harga paling terbaik, kenalah jalan 1 Bugis Street tu. Tapi tak larat okay. Dah lah panas.
duit kami habis kat kedai ni.
price variation. ada yang sehelai S$6, 4 helai S$10. Bukak wallet tengok duit. Rasa ada banyak keping singapore dollar, boleh masuk dalam tengok yang sehelai S$16.90.
pilih baju untuk Eisya. memang rambang la mata aku. rasa nak amik 4 helai untuk dia saja. tapi Ekwan kata tak payah. maka amik sehelai je, lagi 2 helai untuk aku ngan Ekwan.
mengira bape dollar nak kena bagi kat tokei kedai. kat kedai ni kami habis S$30++
*jgn convert..jgn convert*
Banyak je benda lain yang jual kat Bugis Street ni. Handbag, kasut, korean blouse pun banyak. Tapi itu kat Malaysia pun melambak kot. Kita carik apa yang takde kat Malaysia je. Manusia memang sangat banyak. Mungkin sebab hari Sabtu kot. Jalan TAR pun hari Sabtu penuh orang. Panas sungguh. So bila nampak kedai jual fresh jus, terus serbu. Nikmatnya la sedut fresh jus sejuk-sejuk. Dah lah murah, S$1++ je secawan.
kedai jus S$1++. memang heaven la minum lepas berpanas-panas kat dalam tu.
Kalau lepas keluar dari Bugis Street duit masih banyak, boleh sambung shopping kat bazaar seberang jalan, depan Bugis Street pulak. Boleh lah cuba naik beca Singapore.. Ekwan kata aku gedik, kat Melaka pun tak naik, sibuk nak naik beca Singapore.. *peace yo* Disebabkan tak niat nak shopping, terus lah tuju ke MRT Station. Kalau nampak shopping mall pun, lalu je lah.
bazaar depan bugis street.
Destinasi yang dicari-cari adalah Bugis Station. Bila nampak je MRT Station, memang super lega. Mula-mula tu macam 'betul ke ni?? mana tren dia??' Terus kena lepuk dengan Ekwan 'ni MRT lah, bawah tanah semua, bukan LRT lalu atas kepala' Aiyakk, macamana boleh lupa ni. Penat sangat kot. 200m okay berjalan dari Rochor Road. Belum lagi campur tawaf Bugis Street. Badan letih otak lembab sikit.
yeay!! sampai pun akhirnya. kaki achik dah penat nak berjalan lagi ni
Cha!! Kita kat mana ni??
*kalau amik gambar gini gaya kat LRT Masjid Jamek mesti kena cemuh kan, maka aksi begini hanya boleh dilakukan di negara orang. jangan buat kat Malaysia*
Dari Bugis Station, kami tuju ke Raffles Place. Sasaran seterusnya adalah Merlion Park dan Esplanade Park. Kalau datang Singapore, selagi tak pergi Merlion Park, tak boleh balik. Wajib pergi.
Sejak2 ade kamera mahal ni,kemain sarat lagi entry Puan Dayu kite dgn gambo lawa2. heeee
ReplyDeleteBest pulak jalan2 kat Singapore town. Nak tirulah! :P
Kalau dah pegi negara orang yang punya mata wang lagi besar dari kite mmg jangan convert je... terus set dalam kepala otak sama je macam RM, kalau tak PITAM!...hahaha
ReplyDeletedayu, sebenarnya ada lagi murah kat china town.. kite masa g bugis street ni beli lah, sekali bila g china town macam menyesal adoi haii..... banyak beza oooo
ReplyDeleteekekeke trylah snap kat lrt masjid jamek camtu
ReplyDeletebugis street memang tempat belanja untuk oleh-oleh
ReplyDeleteinformasi menarik terima kasih