Tak kronik macam tu kot. Tapi memikirkan anak, kesian dia terperap je dalam rumah. Aku usahakan la idea mana nak pergi bawak dia outing. Outing yang super jimat.
Terus aku terfikir kolam renang kat Presint 9, Putrajaya tu. Bangun je pagi, aku terus siapkan lunch. Konon nak berpiknik anak beranak tepi kolam renang. Pastu aku google lah mana lokasi sebenar kolam renang ni. Hampeh.. Maklumat tak berjaya diperolehi. Ke aku yang tak pandai nak memanfaatkan google..tak tahu lah. Maka, redah je lah. Apa-apa, kita tuju dulu ke Presint 9, Putrajaya tu. Nak ke Presint 9, tak jadik masalah. Siganages di Putrajaya memang terbaik. Bila dah ada dalam kawasan jajahan Presint 9, tak tahu dah nak hala mana. Tetiba nampak signboard 'Kompleks Kejiranan Presint 9' Dengan yakin je rasa kolam renang tu akan ada kat situ.
Nasib baik betul, kalau tak mesti kesian.
Waahhh, giler seronok tempat ni. Macam-macam fasiliti ada. Ada gym, tennis court, skuasy, bowling.. Perghhh!! Kalau aku duduk area Putrajaya, muka aku sesaje kot kat sini. Rugi oohhh tak manfaaatkan kemudahan yang ada. Dah la murah, gym RM2 je sejam. Dari buang duit ke True Fitness segala tu. Tak pun, balun swimming je. Isskk, nasib baik lah jauh dari USJ tu, kalau tak gigih lagi kot muncul setiap minggu. Tapi rasanya akan muncul dalam kadar yang kerap juga kot, demi Eisya.
Aku datang ni pun sebab nak bagi dia mandi-manda. Sebab masa kat Phuket dia macam tak puas main air laut. Kesian ratu air sorang tu. Dah lama aku berhajat nak bawak dia ke sini. Tapi baru ni termakbul hasrat seorang ibu *aiceh*
budak kegembiraan tengok kolam besar-besar. masuk je dalam air sengih tak ingat dunia.
Seronok bukan main dia. Kami sampai dalam pukul 3 lebih, around 6pm baru balik. Almost of the time Eisya kat dalam pool. Kalau kuar pun, nanti dia gi turun semula. Turun sendiri okay. Mentang-mentang tepi kolam tu tak tinggi, kaki dia boleh jejak. Ibu abah tak turun kan, no hal. Turun sendiri. Kolam luas, ramai pun tak rasa sesak.
Kelas renang bersama abah.
ibu duduk tepi kolam makan coklat, makan kacang.. habiskan segala bekalan. (:
Ramai jugak yang datang memenuhkan kolam. Eisya pun makin seronok ramai kawan dalam pool. Tapi kebanyakannya budak besar. Dia paling kecik kot kat dalam tu. Tapi seperti biasa, tak sedar diri. Serata pool dia redah. Bila tengok dia macam selamat untuk dibiarkan main sendiri, Ekwan apa lagi. Terus join aku lepak makan kacang tepi kolam.
tak hirau dah kat ibu ngan abah kalau bermain. tahu-tahu tengok dah kat hujung kolam sebelah sana. bangunlah abah dia panggil anak main depan mata semula.
Orang mesti pelik tengok aku ngan Ekwan selamba biarkan Eisya main sorang-sorang dalam kolam tu. Ada akak sorang tu macam tercarik-carik 'manalah mak bapak budak ni' bila dia perhati takde orang dewasa jaga dia dalam/berdekatan kolam tu. Dah la main ngan budak besar. Bukannya kami tak perhati langsung, kami ada je kat tepi kolam ni. Mata tak lepas pun pandang dia. Mak bapak lain semua diri siap-siap tepi kolam, kitaorg je yang makan kacang, amik gambar, lepak-lepak. Bukan apa, saja beri dia kebebasan. Explore kolam tu. Bersosial ngan orang. Kalau ada abah dia dalam kolam tu, perhati je dia main..tak bestlah.
Kasik dia develop social skill (:
Dia pun seronok terlompat-lompat dalam air tu. Kadang-kadang dia yang rendam kepala dia, bila cuba nak baringkan diri dan berenang. Bila nampak dia macam pandai jaga diri, yakinlah nak lepaskan dia sendiri. Kalau tak, aku pun tak berani.
Tengok anak ketawa kegembiraan macam ni. Alahaii, seronoknya rasa.
*next gathering buat kat sini pun ok gak.. ada playground kat sebelah pool (:
*banyak sungguh jasa baju mandi pemberian Aunty Reen ni kan Cha. Tapi dah hampir tak muat ni. Kena beli baru je gayanya.
port wajib aku tiap kali turun sane, hikhikk...
ReplyDeletebila nk buat gath kt sni??
comfirm aku turun, sbb jalan kaki je dr umah abg ke sni, xyah nyusahkan org suruh antar, kehkeh :p
swimming pool ni yg sebelah dia ada food court tu ey?open area kan??penah tengok tp belum berkesempatan nak pergi..
ReplyDeletenice pic of eisya..terpancar keriangannyer..
ReplyDeletebila masa p nie? umah adam sebelah tuh jer...klu tau leh join cha mandi manda...ehhehe..
ReplyDeletewah macam best jee....teringin gak nak bawa mirza ke sini..tapi hari cuti sabtu ahad yang ader pon laki mun keje....huhuhu
ReplyDeleteyg ni masuk bayar berapa?
ReplyDelete