Kalau gi Phuket, perkara pertama adalah decide dulu nak stay area mana. Sama ada Patong, Karon atau Kamala. Kamala kat atas, Karon bawah, Patong tengah-tengah. Dan seperti yang diketahui umum, Patong adalah kawasan yang paling happening. Tu sebab kami pilih duduk di sekitar Patong. Lagipun hotel kat sini lagi menimbun. Harga pun macam murah sikit. Pastu pilih, nak duduk dekat ngan pantai ke jauh sikit. Hotel yang dekat ngan pantai, yang kawasan dia attach dengan laut, haruslah mahal kan. Semua stok RM200++ dan ke atas. Bagi low budget tourist macam kami ni, haruslah terima je hakikat duduk hotel yang jaraknya 500m dari laut.
Hasil bantuan Google Maps, hotel ini akhirnya menjadi pilihan. Iye, itulah cara aku carik hotel. Bila bukak Google Maps boleh nampak terus lokasi kedudukan hotel ni. Boleh agak berapa jauh dengan laut, dengan bandar semua. Lagi mudah.
Night view of San Sabai Patong Resort by En Ekwan
view dari balkoni bilik
bilik yang telah disepahkan dengan jayanya.
bergambar di balkoni.
Wifi disediakan dengan percuma. Dahlah pantas, seronok update FB. Lagi 1 yang best adalah TV dia. Channel adalah sangat banyak. Tinggal paham tak paham je. Sport channel je ada 3,4 channel kot, cartoon pun melambak. Layan kartun je lah kat sana, sebab cartoon in english. Yang lain semua bahasa Thailand, dah la takde subtitle.
gambar di sekitar hotel. view from lobi (sebelah kiri)
view to the right. padat sungguh la bandar dia. kalau memang duduk sini, sesak nafas kot. datang 2,3 hari oklah, seronok tgk gelagat orang
bukan main seronok lagi budak ni mandi kolam
swimming pool adalah terletak di rooftop. dibuka sehingga jam 7pm. tp 2 beranak ni selamba berendam dalam gelap
view dari rooftop. hujung sana Patong Beach. Tak lah jauh mana. Malam ke-2 tu kitaorg jalan kaki je sana. Sambil tolak buggy Cha. Jalan slow-slow, singgah gerai ni, singgah gerai tu. Tau-tau.. dah sampai (:
view dari rooftop. hujung sana Patong Beach. Tak lah jauh mana. Malam ke-2 tu kitaorg jalan kaki je sana. Sambil tolak buggy Cha. Jalan slow-slow, singgah gerai ni, singgah gerai tu. Tau-tau.. dah sampai (:
Setakat ni je lah review hotel aku.
#TIPS
Kalau plan untuk ke pulau, tak payah la amik hotel dengan breakfast. dapat murah sikit hotel. Sebab van akan datang amik dari hotel seawal 7 pagi. Lagipun, breakfast roti ngan jus je. Baik makan dalam bilik je.
#TIPS 2
Power point dia tak sama macam kat Malaysia, dia guna plug yang 2 lubang je. Bawak la charger 2 kaki siap-siap. Tak pun beli converter
ai nak stay kat sini esok
ReplyDelete