Tapi aku memang bangga giler sebagai warga Johor sebab kat Johor ada bangunan best macam ni. Rasa macam kat airport pun iye. Sangat teratur pintu keluar/masuk pengangkutan darat JB ke Singapura sekarang. Memang bertaraf antarabangsa. Kalau signages ditambahbaik, lagi bagus. Takde lah aku termangu-mangu tak tahu mana nak pergi bila keluar dari parking. Nasib baik polis bantuan bersepah. Peramah pulak tu. Ada lah jugak tempat aku nak bertanya.
Bila google, katanya size JB Sentral ni 2 kali ganda dari KL Sentral. Memang iyelah kot. Penat okay berjalan dari parking nak ke CIQ. Parking kat JB Sentral adalah RM1.50 sejam. Maksimum RM12 sehari. Motor RM3 je. Dari parking naiklah ke atas tuju ke Custom, Immigration & Quarantin (CIQ) kat atas. Agak jauhlah nak berjalan. Alah exercise sikit. Pe de hal, fully air-condition..
bila sampai buat pertama kali, aktiviti ini adalah wajib
Lepas kastam, turun bawah amik bas. Ikut je lah signboard yang tersedia. Boleh pilih nak naik bas ekspress atau bas awam. Tambang cuma RM2.50 seorang dari JB hingga Rochor Road. Transaksi adalah dalam ringgit Malaysia. Atas cadangan sepupu aku, kami pilih untuk naik bas ekspress. Sampai kat immigration Singapore, semua kena turun. Sila simpan tiket bas anda. Nanti dah lepas dari immigration, beratur semula kat SJE Ekpress lane untuk tunggu bas, dan terus kan perjalanan ke Kota Singa. Jangan lupa bawa pen, senang nak isi 'white form' masa kat imigration Singapore.
Tak lama pun dari JB ke Singapore. Tak sampai setengah jam pun kot. Kalau tak jammed kat Tambak Johor, mesti lagi cepat.
Samapi je Rochor Road masing-masing dah lapar. Mana nak makan ni? Dalam kepala aku terfikir Arab Street je. Tapi dengan takde petanya. Memang hilang arah lah kan. Lagi haru, puas carik peta. Boleh pulak takde kedai yang jual. Kat JB Sentral tadi lupa nak beli. Maka, jalanlah ikut suka kaki dengan berpandukan signboard menuju ke MRT.
nampak bangunan dengan nama Bugis Village, aku rasa macam dah tahu hala tuju sikit. terus rasa macam yakin kini berada di sekitar Bugis Street.
dan iye.. saya memang betul. Bugis Street di depan mata.
Terus lintas jalan dan join lambakan manusia kat dalam tu. Peerghh!! Bugis Street memang best. Sesuai dengan jolokan 'Bugis Street.. Best Street in Singapore' Tapi siap sedialah dengan keadaan super sesak dan siapkan tisu. Peluh akan mengalir keluar secara maksima. Tapi Eisya selamba je tidur. Hebat anak aku. Kitaorg berhenti makan kat Burger King kat Bugis Street. Lapar sangat dah. Sebelum redah lautan manusia kat dalam Bugis Street tu, kita makan dulu. Bila tengok ada cop halal, terus tolak pintu.
Harga dia sama je macam kat Malaysia, tapi dalam Singapore Dollar lah *jangan convert..jangan convert*
Harga dia sama je macam kat Malaysia, tapi dalam Singapore Dollar lah *jangan convert..jangan convert*
sorrylah ye mak.. sorry ye ayah, ikut along berjalan dah tak dapat makan nasik sehari
*jus-jus kat dalam Bugis Street sangat best.. S$1++ je *jangan convert..jangan convert*
Dayu, berapa kos nak ke singapore dari jb sentral tu kalau naik bas express?klu nak g USS cukup sempat tak balik hari mcm dayu pegi ni?
ReplyDeletedari JB Sentral tiket dalam rm6++ je sorang. tak baper ingat
Deletedan kalau nak gi USS sempat je rasa, kena gi pagi-pagi dan check siap2 last bas kul bape
lagi satu, dayu makin slim lah. cun.
ReplyDeletehahaha
ReplyDeletesokmo fikir supaya jangan convert ye cik dayu
kalau convert mmg sure rasa mahal gila
tp takpe, sesekali jalan negara orang
kutip pengalaman
:)
wahh bestny.. sy tak penah lg g singapore..:(
ReplyDeletekalau berpeluang pergi lah, best jalan tmpt org sekali sekala ni
Deletegiveaways singapore??
ReplyDeletealahai tak terfikir lah. kalau tak boleh beli FM lebih sikit
next time lah ye
makin selim??? OMG!! OMG!! Celah mana?
Waa.. Boleh jd guide ni nk g singapore bln dpn ni..
ReplyDeletei luv singapore! :)
ReplyDeleteHi sist, from JB to Singapore naik ape ye? Ada direst bus terus ke USS tak? Plan B if tiket bas dari Tune Hotels JB habisss... thank you
ReplyDelete