29 July 2009

*****--------******

Terima kasih sebab kamu faham. Kamu berusaha, saya nampak usaha kamu itu. Saya minta maaf, kalau memang salah saya..tapi, hati masih degil. Dia kata 'kenapa aku yang nak kena mengalah?? sedangkan dia yang buat aku tido dalam tangis kelmarin'

Biasalah, ego. Sentiasa kena tinggi. Walau dah terdetik nak akhiri semua. Bukan seronok bermasam muka, tak mesra seperti biasa.

Hooiii hati, dah lah tu. Cukup la, pendam rasa lama-lama, buat parah je nanti. Pihak yang sana pun dah nak berbaik, nape pulak ko masih nak simpan lagi rasa tu. Sudahlah.. Takpe lah mengalah, bukan rugi apa pun. Tak terjejas apa.

Tapi nanti dia terbiasa..

Kalau jadik lagi, mengalah je lagi. Nanti lama-lama mesti dia sedar betapa ruginya sakitkan hati orang yang selalu sedia untuk bersama,tak kira apa situasi. Ye, adakala lidah terlajak, terkata apa yang tak patut. Suara tertinggi.

19 comments:

  1. uii tersurat dan tersirat ayat2 ni. merajuk dgn en.ekwan ke atau apakah maksud entri ni???

    ReplyDelete
  2. sayunye hati kali mbace entry ni..mgkn da nasib kaum wanita yg harus selalu mengalah..

    nk dibiarkan makin parah..tp kalau da selalu mengalah xbole juga kan..nmpak sgt mcm kaum hawa ni terlalu lemah..tp da dok serumah ni mau tidak mau ken la tolak ansur k..

    bawak2la berbincang k..x elok lame sgt memendam rase n bermasam muka..

    ReplyDelete
  3. dayu..
    sabar..sabar..
    kita pun selalu gak terasa. ni la apa yang orang kata fasa-fasa nak menyesuaikan diri dengan hidup baru.

    pujuk sendiri hati ek. lama-lama kita hadam dengan keadaan sekeliling yang sebegitu.

    alah bisa tegal biasa.

    kuat dayu kuat!

    caiyokkk!!

    ReplyDelete
  4. erm apa ey maksud sebenarnye..hehe...ciare ni lambat sket part ayat2 tersirat2 ni..



    erm apa2pon....mengalah tu langkah yg bijak utk mengelakkan terjadinye bom besar...

    yg penting bwk berbincang :) senyumlah dayu....

    ReplyDelete
  5. uik? hawat nya cheq..
    majuk2 ni.. nanti cepat tua tau..
    moh ler kita tenyum sentiasa..
    rawat lara dengan ketawa..
    semoga kita terus ceria..

    meh kita nyanyi lagu ni :

    lebih baik cinta daripada benci..
    lebih baik suka dari iri hati..
    menyanyi dan menari sesuka hati..
    janji kita.. happy~!!

    ok tak? feeling better or butter?
    ekekek.. nanok sesedih lagi kay..

    peace!

    ReplyDelete
  6. Biasalah hidup berrumah tangga memang begitu ..
    setiap manusia tu mempunyai hati dan fikiran masing-masing ..
    sebagai perempuan kita kena bersabar dan mengalah nanti mereka akan sedar dan faham jugak.

    Bila dah biasa bersama bergurau senda dan tiba- tiba bermuram mesti perasaan tu lain.

    Bawa-bawa bertolak ansur nanti mesti dia akan faham ...

    ReplyDelete
  7. dhila:
    kata tersirat yang tak bape tersirat..
    mostly smua boleh paham
    tepat la tu tekaan kamu dhila

    roy:
    kita org pompuan hati lembut
    mengalah mmg selalu akan dtg dr pihak kita lah kan..
    tp tu lah,mana kita sanggup nak duduk serumah tapi tak bertegur sapa
    suami tu.. derhaka satu hal

    khai:
    tu lah kan, even dah bercinta bertaun2, ingat dh cukup kenal
    tp bila dah duduk serumah
    hati lagi sgt mudah tersentuh
    kena kuatkan hati...

    ReplyDelete
  8. inilah dinamakan kehidupan berumahtangga...sabar yer..

    ReplyDelete
  9. apekah?

    *sedangkan lidah lagi tergigit :D

    ReplyDelete
  10. ciare: ye, kita smua sedia maklum,mengalah tu jalan terbaik..tapi tu lah,hati kan selalu tak nak bertindak mengikut kata akal..

    bell: ohhh... u are so entertaining la bell, tersengih i jap tau..
    thanks babe for trying.. ye,takmo muram2.. balik ni kena berdamai

    ina: exactly right!!! perasaan sgt rasa berbeza... rasa sgt janggal, rasa sgt lain.. hati memberontak nak kan perkara yg sama, tp masing2 degil

    ReplyDelete
  11. kekeke... cik dayu.. dah kawen lagilah over.. air mata mmg takleh nak tahan.. hati sakit jer sebab takleh nak lari dah... jiwang terbabas babas.. tapi sayangnya kat si dia tuhan je yang tau..

    kekekek sekurang kurangnya kita masih ada hati kat dia.. nak marah2.. and merajuk.. kang dah takde.. baru panic..

    p/s: men.. sgt sgt pain in the ass

    ReplyDelete
  12. bak kata org tua.. 'sedangkan lidah lg tergigit.. inikan pula suami isteri' huhu.. itula asam garam hidup.. sabar yer..:) *duhai hati saba yer..:)*

    ReplyDelete
  13. an: kehidupan yang mana dugaan dtang tak kira masa, bila2 je muncul
    td sedang elok je gurau2
    jap lagi boleh masam muka,sgt kena belajar lagi

    ayue: betul la kan...sedangkan lidah ngan gigi pun boleh berlaga
    ini kan pulak kita suami isteri
    tgh beljar idup bersama lak tu
    kena byk kan sabar

    ReplyDelete
  14. wahai hati cik dayu..mengapa entry kali ni agak sayu bunyinya...adakah perdebatan bahasa berlaku antara kalian? mengalah tak bererti kalah ok...just cool n relax...doa pada yang Maha Esa. Insya-allah.

    ReplyDelete
  15. ayat sgt tersirat. apa maknaya dayu . nape nie. baca blog nano mcm nie baca blog aziyana mcm nie. dayu pun gak ke. hepi k dayu.

    ReplyDelete
  16. mengalah adalah jln yg terbaik..tp kadang2 leh buat kita pressure kalau selalu mengalah..apepun sabar n muhasabah diri...k?

    ReplyDelete
  17. erm... dalam pulak maksud entri kali ni. apa2 pun, berbaik lebih elok. hehehe..

    amy pun ada gak duk tak bertegur sapa dengan seseorg. dia yg mulakan dulu, jangan harap amy nak say sorry n so on. lagipun, dia tak bagi apa2 kepentingan pun dlm hidup amy ni. so, baik tak yah berckp. wakakaka... jahat giler.

    ReplyDelete
  18. saba ye dayu. i tatau la ape masalah u sebenarnya, tapi kalau pasal suami isteri bertolak ansur paling penting walaupn memang bukan kita puncanya. *macam dah kawin :P

    hehe, sedangkan lidah lagi tergigit. apa pula suami isteri.

    **baru je pas tgk film p. ramlee - tiga abdul. ada lagu nie :)

    ReplyDelete
  19. fizzah: agree with u babe.. mengalah tak bererti kita kalah kan, lagi2 kalau untuk kebaikan

    nurul: ni minggu bermuram muka kot, tu lah pasal, bila masuk blog derang pun rasa 'nape smua mcm ni??'

    maria: rasa tak mau kalah tu sbb tak nak dia rasa dia betul, tu yg degil gak. tapi pompuan.. mana reti nak berdegil lama2, tak sampai sehati..lembut la smula

    amy: dalam keadaan tertentu, mengalah adalah penyelesaian terbaik. lagi2 dalam perhubungan yg amat tinggi nilainya...

    phia: yup.. rencah terbaik dalam kehidupan berumahtangga adalah bertolak ansur + sering mengalah. mari jadikan amalan,mmg aman dunia

    ReplyDelete