11 July 2009

semangat dtg tak kira masa

I'm sick on Friday. Tapi bila jumpe doktor dia kata 'awak tak demam ni' Ohhh, saya hanya sakit perut dan pening kepala. Dapat MC dah separuh hari. Maka, berbaring la di dalam surau sesuka hati. Balik umah, jalan adalah sgt jammed. Biasalah KL kan kalau jumaat, jammed dia lain macam skit. Bertambah pening kepala lah aku dibuatnya.

So,arini tak larat nak masak. Awal2 dah bagitau En Ekwan nak tapau nasi kukus ayam dara depan simpang umah. Dia kata ok. Bagus...terima kasih suami. Sedap...tapi nasi adalah sgt banyak. Memang sah la tak habis kan. Dan secara ajaibnya,lepas makan je. Pening kepala pun hilang. Dan bertambah ajaib, siap je basuh2 pinggan, dayu terus gi amik hand mixer, butter, telur semua nak buat kek. Entah dari mana dtg semangat dia pun tak tau lah. Siap rebus telur nak buat sandwich lagi...

kek yang sedap. sgt senang la membuat kek sebenarnya. singgah la selalu ke Bake With Yen, dari tidak reti membuat kek, anda pasti menjadi profesional. ada tepung untuk tiramisu, bila nak cuba buat erk...

Hari ini mahu pulang ke Maran. Mau mengutip buah durian dan juga rambutan. Dan mahu mencari cempedak. Saya macam sgt teringin nak makan cempedak secara meriah. Rancangnya nak balik pagi. Tapi ko tgk dah kul bape ni, dan laki saya masih syiok menonton tv. Alahaiii laki aku...

Ok, sudah. Dan sisi VIP dayu dtg kembali. 2 keping cukup kali ni.

ini namanya upacara menjahanamkan bunga tangan bersama sepupu-sepupu.

ini pula sesi bermanja secara berlebihan bersama suami di khalayak ramai

10 comments:

  1. tomey je pic yg bermanja secara berlebihan tu
    ihiksss
    so sweet...!!
    eeh...nak cempedak gak..
    dayu goreng, balik keje lyza singgah umah dayu
    ahaksss

    ReplyDelete
  2. kekadang kita nie,bila datang semangat tue...tetiba je...kalau macam kiree,dari ofis tetiba terpikir nak masak sesuatu..memang tak sabar rasa nak sampai rumah nak memasak...heheheh...
    saja nak kongsi cerita,tunang kiree tya tak buat kuih raya ke thn nie..bengang je rasa dgn soalan tue..dgn pantas jawab nak suh saya bakar atas lidah ke..?oven pun takde..suh buat kuih pulak..sabar je la..tapi,bila di tanya soalan tue, ada la peluang untuk merengek suh belikan oven..hehehe.. :)

    ReplyDelete
  3. relyza:
    tomey?? tapi ada org sakit ati tgk *refering tu annoying guest tu*
    cempedak...dtg lah..jom tolong perabiskan

    kiree:
    hehehehe..ayat kamu buat kita gelak la
    bakar atas lidah..
    pe lagi,mulakan misi membodek
    alah oven yg murah2 pun ok dah

    aemi+nurul:
    kawai dan comel
    heheheheh...jgn puji lebih2

    ReplyDelete
  4. pergh pergh
    dapor tak berhenti berasap. way to go dayu!

    ReplyDelete
  5. rajin wat kek...akak pun dah lama xwat kek nih...cam dah datang jer mood nak buat kek nih...wuwuwu...

    ReplyDelete
  6. wah pandai cik dayu masak kek ye..
    akak dah 8 tahun kawen tapi sebijik kek pun tak pernah buat ..

    Oo sungguh tak malu akak membuka pekong di dada he he he

    ReplyDelete
  7. erk? dayu pon buat kek kah??i just made a choc cake last friday..egegege..tp tak sesedap kek dayu kot...keras plak..x moist lgsung..wakakakaka =D

    ReplyDelete
  8. ya allah akak! akak ni mmg sumpah sweet dengan uncit akak! yonna lak rasa nak menangis tgk bahagianya akak! :) ishh best kan? heee

    semoga kebahagiaan akak ngan uncit akan melimpah ruah lepas ni :)

    ReplyDelete