14 November 2009

sudip dan pisau tu kawan baik i lah

Sudah lama rasanya tiada entry masak-masak. Tapi itu bukan maknanya i malas masak ye. Hakikatnya, i semakin rajin memasak. Tiap2 hari i masak tau *jangan buat muka tak percaya* Kat opis, tengah draft report, tgh buat drawing pun asyik terpikir-pikir 'apa aku nak masak malam ni??' Lepas tu trus tak jadik buat keje, terus meng'google resipi. Ilmu memasak i kan cetek, kenalah mencilok resipi di ruang siber. Dan bukti i semakin rajin memasak, baru 2 minggu suami i beli beras 5 kg, i dah sms dia 'yang,balik nanti beli beras ye.. dah habis' Hebat tak hebat lah i memasak.

Nak kena pantau la berat badan suami i tu*juga ukur lilit pinggang dia* I punya tak payah, tiap bulan misi kat klinik gomen tu tolong timbangkan. Dan dalam fasa sekarang ni, i tak heran kalau berat naik 2 kg sebulan. I redha..kalau kena minum air gula lagi, i siap-siap bawak tupperware buang separuh air manis giler nak mampos tu *dalam hati,mati la aku nak kurus semula nanti*

Dan hari ni, pagi2 lagi i dah bangun tau. Suami masih lena memeluk bantal. Dengan gigihnya membukak peti ais. Dan bermulalah operasi menyediakan sarapan untuk kami berdua. Issskkk, i sangat failed menyediakan makanan dalam sukatan untuk berdua. Selalunya suami i akan masuk dapur dengan reaksi 'banyaknye ayang masak' sambil buat muka *aku ke nak kena abiskan smua ni??' Dan akibatnya, menu sarapan adalah juga menu minum petang. Ucapkan tahniah atas keefisenan saya ye.

Menu di pagi Sabtu yang permai dan tenang 'sangat' dengan bunyi drilling machine adalah Macaroni Goreng. Ini adalah pertama kali mengoreng macaroni. Sungguh. Tak percaya ke?? Alah,jangan lah macam tak percaya. I ni bukan berbakat pun bab memasak ni. Walaupun hanya memasak benda simple begini. Asyik2 ulang menu yg sama. Tu pasal, sebelum suami i muak, i gigih memanfaatkan kebaikan smua org yg sudi share resipi tu.

bahan memasak. daging cincang adalah tiada dalam stok. maka kita amik daging burger, kita cincang kasik hancur sudah. Daging burger cincang pun ok lah kan. Kena bijak mempelbagaikan bahan, baru lah lagi hebat.

bahan yang pelbagai sedang dimesrakan bersama di dalam minyak *yang sengaja digunakan dlm kuantiti yg sedikit, kurangkan kolesterol la niatnya* Dan setelah hampir 30min berseorangan di dapur, terus gi kejutkan suami bangun dan menghidangkan Macaroni Goreng kepada beliau.

Dengan kuantiti yang banyak begini harus lah mengulang makan sebanyak 3,4 kali kan. Selagi tak kosong kuali tu. Nak buang sayang siot. Nak kasik kat jiran, kata duduk kat construction site,mana ada jiran. Nak bagi kat jiran yg jauh sikit mcm segan, dia buat nasi lemak. Segan macaroni i duduk sebelah nasik lemak dia nanti. Nak kasik meow makan, reti ke dia makan macaroni?? Maka sendiri perabis sudah.

Dan sekarang, kepala tengah ligat pikir pe nak masak tengahari ni erk?? Husband i kata, macaroni tu tahan sampai pukul 3 je. Lepas tu dia lapar la smula. Suruh makan macaroni lagi dia kata tak nak. Minum petang takpe. Itu maknanya, dalam erti kata lain, dia hendak makan nasi. Dan maksud tersirat dia adalah 'sila lah jgn ngelat tak nak masak tengahari ni'
Ok, masa masuk ke dapur smula. Kije housekeeping dah 80% siap. Petang kang la i sambung. Mood nak main sudip, pisau smua dah dtg balik.

Pe menu?? Kita tengok je lah nanti apa yang jadik. Asal mampu mengenyangkan perut sudah..

*ni nape ni tiba2 ber 'i pulak ni?? alah, biasalah dayu tu, ada masa dia feeling jadik omputih. pastu bertukar jadik anak jawa. lantak kan je lah dia. asal dia gembira sudah.

17 comments:

  1. hehehehe.. gajinnyer dayu.. pepagi dh bersilat masak yg best2 kat dapo.. heheheh.. tabik springggg..!!!;) *bilala cikin nak jd gajin cm dayu ek..*

    ReplyDelete
  2. mana gambo mummy-to-be yg latest nih ^-^

    ReplyDelete
  3. wa....mahu resepi ini...sejk kebelkngn ni pon saya asek buat western je..maka..i loikeee lah puan dayu

    ReplyDelete
  4. sekali masak terus sha rasa nak bfast. lainkali buat macam nieh selalu ye. jarang2 letak gambo food...sekali letak semua org terliur:)

    ReplyDelete
  5. dayu.. nampak sedap tu.. hehe.. rajin cik kak ni masak pepagi.. :)

    ReplyDelete
  6. 2minggu abih 5kg beras??waaahh berbaloi2..hehhe..teruskan usaha ya dayu

    ReplyDelete
  7. amy lagi dasyhat bab-bab masak. masak nasik goreng pun masin semacam... tak rela nak berkawan dengan pisau n sudip. wat malu je. hahaha....

    ReplyDelete
  8. rajinnya masak..maria gak yg malas..huhu..

    ReplyDelete
  9. 5kg beras leh tahan 2minggu je? woww hebat.tp tula walaupun penat memasak ni tp rasa hepi n puas ati kalo tgk husband berselera mkn kan

    ReplyDelete
  10. dayu..cedapppnye negok makaroni goreng tuhh..

    btw, nad nak tanye dayu..dayu ingat lagi tak ape checklist untuk bakal pengantin yang nak submit borang kat johor..nad kene submit borang kat pej agama batu pahat.

    thanx.


    :)

    ReplyDelete
  11. pantas sungguh dayu reply..nad tgk checklist kat belakang borang tu..rase macam simple sangat..hehe..ngade je kan. yg gambar IC tuh bile ye nak kene sediakan..

    ReplyDelete
  12. alaahhh.. i takde la rajin mana uols
    saje je uols lebih2

    alah,macaroni goreng je pun,benda simple je. uols mesti lagi terror..takde apa nak dihebatkan
    ni smua usaha membuat yg terbaik untuk suami kan
    selagi dia masih memiliki sepenuh perhatian ni, cuba lah penuhi..
    kang dah ada baby, dia terabai skit, takde la terasa hati sgt

    ReplyDelete
  13. cayalah dayu! bunting2 pon turun dapur... syukur la ye. masih ada kekuatan ke arah tu... kite mcm allergic sket bau masak² ni.. huhuhu.. dh rezeki masing²kan... tkpe la.. tk baik komplen. redha je la. harap2 suami faham situasi mabok tk tentu arah ni kan....

    ReplyDelete
  14. dayu..
    me pun kdg2 ada mslh budget masak utk 2 org. kdg2 lebih, kdg2 tak cukup. kalau lebih..hubby ckp, "ni ada kenduri ke ni?". kalau kurang dia cakap, "aii..nak makan sorang ke?". ahahahaha..solusinya, marilah makan di kedai. *giler pemalas punye statement*

    ReplyDelete
  15. gigih ko masak dayu..msti anak ko kang rajin masak gak..hahahah

    ReplyDelete