09 March 2010

donut penuh kasih sayang

*lupakan kisah tak pasti yg mcm agak menyedihkan tu, ada jalan penyelesaiannya nanti*

Baik kita bercakap tentang keasyikan waktu kini. Keasyikan. Uihhh,penggunaan kata adjektif yang bunyinya seperti melampau. Tapi memang seronok dan mengembirakan aktiviti malam Ahad yang lepas. Ahhh, segala aktiviti yang dilakukan bersama En Suami saya tu mana ada tak seronoknya. Semua macam 'ohhh... gembiranya hatiku' Kecuali bila ikut dia jumpa kawan-kawan dia di kedai makan dan mereka akan bercakap hanya tentang kereta dan segala yang berkaitan dengan kereta. Ohhh, saya rasa macam nak gi duduk bersila depan tv je. Kalau kedai tu ada tv, kalau takde... pandai2 lah kau layan diri sendiri..

Selain dari itu, semua adalah membahagiakan...

Tapi hari Ahad yang lepas mmg mcm ada sikit tak percaya. Dari lepas makan tengahari hingga ke petang dia asyik kata 'yang, buat donut jom' Aku yang bukan dalam mood nak bermain tepung ni, pandang dia sambil kata 'hah?? malas lah awak' Memang malas sebenarnya. Dah la tak reti. Kang rupa pe jadik donut tu. Ye..ye.. bleh google, tp kalau dah malas, nak buat macam mana kan.

Malas sebab asyik sangat main game Facebook tu. Hahhahaha... sgt tak senonoh..

Suami saya sangat tidak berputus asa ok... dia mcm sangat bersungguh-sungguh nak menjayakan misi membuat donut. Malam tu, pukul 9.30pm dia kuar gi kedai carik instant yeast. Siap dah google resipi lagi. Seakan tak percaya je. Tapi bila dia dah balik bawak barang-barang nak buat donut tu. Haruslah aku sebagai isteri ni, tak mampu lagi nak menghampakan keinginan dia tu. Maka, bertungkus lumus la kami berdua malam tu. Aku tukang campur segala bahan, dia tukang baca resipi. Sangat bagus kerjasama kami malam tu.

Resipi kata 18 bijik je, tapi nape adunan aku jadik sampai berpuluh biji ni?? Amik kau, merasala tido pukul 12.30 malam, mengetel tepung. Ohhh... macam-macam rupa jadik donut tu. Memang tak berbakat la nak bentukkan donut tu. Kena gi carik donut cutter la lepas ni. Barulah boleh menghasilkan donut gebu yang comel.

hasil aktiviti sihat penuh kasih sayang kami suami isteri. jangan dipandang pada rupa, isi dia boleh tahan lah. kata 1st time, ok lah ni.

Suami saya kata 'yang keras smua ayang punya, yang lembut org yg buat' Iyelah...iyelah..

Rasa nak mengajar suami saya memasak lah, nanti kalau kena tinggal, takde la asyik makan kat luar je. Tapi aku tak tahu lah, tiap kali kalau dia start pegang pisau, kupas bawang smua, aku macam 'ehhh..biar orang buat lah. awak gi duduk depan lah' Bukan tak percaya, tapi... tak cukup yakin kot. Masih belum percaya nak agihkan skit tugas ni kat dia. Dia amik tugas-tugas mengosongkan sinki je lah dulu.

*lagi sebulan je nak bersalin*: tiba-tiba

12 comments:

  1. Hmmm..romantiknya buat donut sama2:)

    ReplyDelete
  2. ya allah rajinnye dayu laki bini!

    ok gua kagum beb!

    jgn lupe update cite2 pas bsalin ngan si baby comel ok.. wahh x sabar lak rase.. hihi

    ReplyDelete
  3. Ala..tomeynyer donut dia. Nampak mcm sedap tuh...air tangan pregnant mummy...kan?

    ReplyDelete
  4. tiada lah romantis mana aktiviti main tepung secara bergu ni..
    tp gelagat suami yg nak mengentel tepung mmg tak kan lupa lah.. kamu smua juga harus cuba lah

    kalau kamu dah excited..apakan pulak tuan punya badan ni. lagi tak sabar. insya allah, lepas bersalin nanti, as dh dpt kesegaran.. akan segera baby E di revealed kan
    tak yah tggu lama2.. kecuali tiba2 feeling artis kan

    ReplyDelete
  5. heheheheh comel2 donutnya..mcm2 saiz..leper gemuk smua ada..tp syabas..berjaya tu..ptt bangga dgn diri sendiri..lepas ni ank2 nk mkn, pulun sendiri jer buat..

    ReplyDelete
  6. rajinnye korang...
    nasib baik si suami tokey makanan.so takde masalah nk tinggalkan die 2 bulan ti

    ReplyDelete
  7. tulah namanya..suami mengidam..hakhak..

    bkn mommy je leh ngidam..kdg² papa lg teruk ngidamnya..

    xpe..mula² aktiviti main air dlm sinki dlu..lelama nt dh kt dapo..sng ajak nk msk..he he he

    ReplyDelete
  8. rajinnya dayu. mmg sah anak dlm perut tu nanti ikut mcm mummy dia pandai masak.

    ReplyDelete
  9. penuh kasih syg nampaknya hasil donut tu :).. dah nak bersalin bulan depan ya? cepat je masa berlalu kan. mudah2an semuanya selamat

    ReplyDelete
  10. hehe rasa sweet je buat donut sesame ngn hubby.. bestnyeeee..

    ReplyDelete
  11. wow...dayu n suami sgt rajin..gigih sungguh en ekwan ke kedai mencari bahan2...newway, donut looks cute..mcm mau cube jugak lar..;-))

    ReplyDelete
  12. suami saya ni mmg adakalanya dia punya gigih adalah diluar jangkaan..
    kalau angin malas dtg pulak.. lagilah tak terjangkau..
    heheeheh..
    aktiviti gini seronok gak..
    kamu smua harus gi cuba lah..
    seronok gak main tepung ngan suami..
    kukuhkan skill eratkan hbungan..

    ReplyDelete