01 March 2010

riadah hujung minggu

Sekali lagi kami tumpas dengan kepanasan dalam rumah sendiri. Entah berapa agaknya suhu bilik tu hujung minggu ni. Aku dah mengelupur dah, tapi laki aku rileks je. Maka, merengek-rengek la aku ajak dia keluar. Gi lah mana-mana pun asal jangan duduk dalam umah yg panas tu. Waktu tu dia tengah syiok layan Facebook, tp bila dia kata 'gi lah mandi, jom kuar' sepantas kilat aku bangun capai tuala. Tak tahan lah,panas sangat...

Bila masuk kete, bila ditanya 'nak gi mana ?' terus jawab 'tak tahu..org nak jalan-jalan, tak nak dok umah je' Mahu hangin laki aku dengar agaknya kan. Tapi kesian agaknya kat bini dia ni, dia layankan aje lah. Dia menghala ke Shah Alam.. Dulu masa dok Shah Alam, nak jalan-jalan mesti hala ke KL nyer. Tapi skrg rajin pulak nak ke sana. Ok gak lah, buat mengimbau kenangan. Hahhaha... dan tiba-tiba teringin nak makan sizzling hotplate kat giant. Ini dulu favorite oohh..kalau kuar makan, mesti kami akan tuju ke giant seksyen 13 tu. Dan semalam, masing2 mengharap, masih org yang sama yang menjual. Tapi haruslah tak tercapai harapan tu, dah abpe lama tinggalkan shah alam. Nasib baik, hotplate dia sedap lah gak.. kalau tak mahu aku merengek ajak laki aku gi makan ABC kat seksyen 2 pulak..

Sangat memori la kehidupan kat Shah Alam..

Shah Alam tak banyak berubah lah.. masih lagi tenang macam dulu. Bila gi duduk melepak kat tempat dating 'fasa pertama' dulu, mcm sgt best lah pulak rasa. Tergelak-gelak bila bila ingatkan balik zaman muda-muda dulu.

-perempuan rambut serabut-
terserlah kebesaran perut bila pakai baju ni. barulah seronok nak kata bila org tanya dah bape bulan ni, mesti dengan suka hati akan jawab '8 bulan' dan tiada reaksi 'keciknya perut'

Suami saya macam sangat baik semalam. Sangat rajin layan kerenah bini dia yang macam tak suka duduk rumah, macam dah tak nak balik rumah dah. Bila ajak dia carik i-City, dia iye kan aje. Bila dah jumpa, pokok-pokok masih belum menyala. Bila bini ajak tunggu pun dia kata 'yelah' Ohh, suami saya sangat memahami la semalam. Tapi puas gak aku membodek.

Aku memang teruja bila sampai kat tmpat ni.

amik gmbar pakai kamera handphone je beb, gini la hasilnya. sape ada DSLR mmg patut gi menembak kat sini la. mesti hasilnya 'terbaik'


suami aku mmg suka amik gambar dengan micro mode

tidak boleh lagi kata 'perut aku kecik je' sbb gambar ni akan segera menafikan kenyataan tersebut.

Kenapa rasa Shah Alam macam tak panas sangat hah?? Ke sebab aku jalan-jalan time dah lewat petang?? Dah redup?? Tapi nape kat Puncak Jalil tu, pukul 6.30 petang pun panas lagi??

21 comments:

  1. hehehe dh nampak besar dah la perut die...i-city tu yang kat seksyen 7 tu ke..cantik nye ada mende2 tu..tatau pon...
    jiha pon sgt suke sizzling giant sek 13...giant2 lain mang takleh lawan la rasa sizzling situ hehe

    ReplyDelete
  2. wow...dah masuk la entry i-city. me dah menembak kat sana masa CNY hari tu. giler pack la dayu. probably akan pegi menembak lagi dlm ms terdekat sbb dah ada 2 senapang. ngeee~ teruja kan nampak pokok2 bercahaya. rasa mcm nak berkelah kat tengah padang tu. ahaks

    ReplyDelete
  3. dayu..dida baru semalam pegi..best kan tmpt ni..huhuh

    ReplyDelete
  4. ibu mengandung mmg cpt rasa panas dayu...maka bersabarlah...hu... ditmbh2 dgn cuaca yg mmg sedia panas skrg...mmg ujian la bg kita yg tgh pregnant neh (-_-")

    ReplyDelete
  5. best ke sizzling kt giant tu. harus cuba ni. jom la pindah ke shah alam.

    ReplyDelete
  6. eh..nape tatau ada tempat tu kat s.alam.
    harus tarik mr sharil ke sane gak lah ti.nak balik s.alam lah weekend nie~tetiba~heheee...

    ramai org kata sizzling kat giant tu sedap.even mr sharil pun
    tp..nape kite rasa biasa je?hmmm...
    lain citarasa kot.

    ReplyDelete
  7. seronok jejalan ehh..tunggu la bila dah 9bln mcm yun skang ni konpem tak larat nk merayap dah..mengahhh

    ReplyDelete
  8. berjaya mengambil gambar perut yang membulat itu.. selama ni asyik capture perut yang kelihatan comel, dan kecik, tp bila pakai baju kain stretchable gini *yg dulu pkai waktu blum ngandung lg* baru la terserlah perut tu..

    sizzling giant 13 mmg sedap lah.lagi2 yang dulu..rasa satu tak cukup..mcm nak bertambah

    tak sangkankan shah alam ada tmpt best gini. mmg harus gi melawat..seronok..

    ReplyDelete
  9. uiii shah alam panas la syg..awak tu tgh enjoy mengimbau kenangan tu yg tak rasa sgt tu..hehe kita tinggal kat seksyen 7, kat umah pakai tshirt dgn boxer pun bole berpeluh2 laie celah2 segala area badan ni nak kata pe hehe

    ReplyDelete
  10. dayu..ibu yg pregnant bdn mmg panas lebh2 lg skrg musim panas..hehe dh terserlah kebesaran pewut dayu..nampak melebar, dlm pewut tuh cam gugurl jerk..

    ReplyDelete
  11. alia merasai ape yg hidayu rasai....sebab kita sama2 tgh peknan 8 bln...semalam dlm kul 6 ajak laki gi mandi jeram...idaknya di layan sbb jauh dan dah ptg:P

    ReplyDelete
  12. i city? tak penah dgr pun. kat mana tu? theme park ke?

    ReplyDelete
  13. hehe.. Moga dayu sentiasa gembira k.

    Utk dayu, keriangan terserlah..

    ReplyDelete
  14. dayu,
    sek 2 pn dh brubah..
    ada kfc tecongok beso..ngn deretan foodcourt..
    dlu kan kdai mkn tepi longkang yg siap ada cik siti berlari berkejaran..ahak!

    ReplyDelete
  15. hehe..suke2,perut dia dah membesar dengan jayanya...hope sumenyer selamat nanti...bestlah i city tuh...tp jau benor kat s.alam nun...

    ReplyDelete
  16. i-city ni ramai tak tau lagi rasanya, org shah alam pun ramai tanya 'mana ni??' dia kawasan lapang je,yang dihias cantik2 gini..
    bukan theme park ke apa.. tp mmg menarik la nak gi amik2 gambar smua..

    kat seksyen 7 shah alam, ada signboard kalau nak gi..insya allah bleh jumpa

    iye..perut dh kelihatan besar, sesuai dgn umur baby kat dlm, lagi2 pakai baju..tp tak rasa comel langsung..

    ReplyDelete
  17. dah pegi jugak i-city tu..mlm semalam...hubby ajak..cantek! tapi sedey sebab x bawak camera pun..haha..oh..sizzling giant 13..yum yum..dulu selalu g ngan dak2 umah time blaja.. =))

    ReplyDelete
  18. kita pun rindu sizzling kat giant tu w/pun nurul dok shah alam rasanya dah lama benar tak ke sana

    ReplyDelete
  19. oohhh rugi lah gi i-City tak amik gmbar sbb tmpt tu, smua org dtg mmg untuk amik gmbar kan..
    lagi pun lawa tmpt tu..

    oohhh..ramai rupanya pengemar sizzling giant seksyen 13 tu ye.. tp mmg sedap pun. lagi2 yang lama

    ReplyDelete
  20. wow, perut sgt nampak sehat yer ;) hehe comel jer. pernah jgk tgk gambar org lain kt sini, tp tak berekesempatan lg nak ke situ...erm cantik sgt walau jenguk dr jauh je aritu :D

    ReplyDelete