Akhirnya...akhirnya kami mengaku kalah.. kami tewas..
Setelah berfikir tak berapa nak panjang, kami suami isteri nekad. Kami dah tak larat nak tido dalam kepanasan. Duduk dalam rumah sendiri pun rasa tak selesa, berlengas semacam. Kami perlukan bantuan pengudaraan. Kami perlukan pengaliran udara dingin dalam rumah. Maka, kami perlukan penghawa dingin *ok, kena guna kata ganti diri 'kami' sebab kalau keinginan ni hanya dipersetujui oleh satu pihak, mesti tak berjaya*
Nak aircond!! Nak aircond!!!
Dan semalam, keinginan rasa hati dah tertunai. Setelah hampir 2,3 minggu tidur tak berselimut. Comforter smua campak tepi. Semalam, tengah-tengah malam mengagau carik comforter. Siap main rebut-rebut lagi. Hahaha.. dah lama tak rasa tidur dalam kesejukan. Nikmatnya lah tido semalam. Dan tak pasal-pasal pagi ni masing-masing lambat bangun. Hahahah...penangan angin sejuk punya pasal.
Oleh yang demikian, saving mode pun bermula *iye ke dayu?? yelah, sungguh2 punya ni* Semua peruntukan perbelanjaan dah pergi kat penghawa dingin tu.
edisi tambahan
Kaya lah tokei kedai-kedai electric 2,3 bulan ni kalau ramai yang akan mengaku kalah macam kami. Masing-masing dah lah rancak buat promotion macam-macam.. 'Air-cond Fair' lah, beli aircond dpt percutian percuma lah.. saje je buat org tewas dengan cuaca panas ni..
Tapi bagi kami yang mempunyai peruntukan terhad ni, kenalah membeli mengikut kemampuan. Tak daya nak menambah hutang lagi. Cukup-cukuplah hutang sedia ada tu. Nak tak nak, amik yang murah je lah. 1 h.p sudah, asal tak mengelupur kepanasan sudah. Murah tak murah, abis gak RM 1k siap pasang smua..Ohhh, sesak nafas lah nak tunggu gaji akan datang. Ni brand biasa je ni. Salesman tu kata 'amik ini lah, german punya barang' yelah kau..pandai lah nak suruh aku amik yang mahal skit...
Brand Midea je kitaorg beli.. itu je yang mampu. Nak amik National, Panasonic.. smua RM1200+++..tu blum masuk harga pasang. Maka, bawak sedar ke diri.. kalau tak nak rasa makan megi je bulan ni. Baik jangan ngada2 nak pilih yang tu.. Dan sila puas hati dengan prestasi barangan tersebut ye, sesuai dengan perbelanjaan yang dikeluarkan. Alah, 1 h.p pun cukup dah setakat nak membekukan satu bilik, cukup la nak buat aksi rebut-rebut selimut..
akhirnyer kan...hehehe...
ReplyDeletemmg xselesa kalo org ngandung dalam keadaan panas skrg nih...
org yang xngandung rase panas...ape lgi org yang mengndung...betul x??
bersungguh2 la membajetkan belanja..ehehe...xpe, rezeki anak mu bakal melimpah ruah...
wah dah ada aircond..;)
ReplyDeleteaircond cap apa dayu? and how much did you spend? if menarik, boleh gak i keutarakan kepada encik suami saya untuk menewaskan diri seperti "kami".. hehhee
ReplyDeletetry to comment lagik skali..yg tadi tu mcm ada error jer..tp if berjaya comment abaikan yg ni ek..
ReplyDeleteberapa perbelanjaan memasang aircond tu dayu? aircond cap apa? bukan apa..if menarik, boleh la saya mengutarakan proposal ini kepada encik suami.. ingin juga bersejukan mcm "kami" tuh..
dayu... I jeles.. jeles...
ReplyDeletetakper... kena masuk budget next year...
Tu la.
ReplyDeleteAbah saya pon cakap Malaysia panas gila sekarang. Sini tengah hujan je sehari suntuk everyday. Tetiba je cuaca berubah mendadak. Sebelum ni panas terik cam nak terbakar kulit.
huaaa nk jugakkk!! hehe
ReplyDeletebape dayu harga econ eh?
skrg mmg panas sgt..ari tu sy g kedah lagi panas gile! peluh meleleh2 pdhal dok dlm umah..sabo je la
ReplyDeleteish.yonna tgh bodek ayah ni suruh pasang ekon! hahaha x tahan owh akakkkk!
ReplyDeletetakkan tido je kot.hikhikhik...skang ni wife aku tiap malam memang kepanasan, apakan daya belum tiba masanya untuk 'tewas' jugak.hehe
ReplyDeletetak pe keselesaan utk baby gak kan
ReplyDelete::huhu..takper aslkan selesa..::
ReplyDeletemmg tak tahan dugaan kami berdua ni, mudah sgt tewas..baru berpanas 2 minggu, trus gi kedai carik aircond..
ReplyDeletedemi keselesaan bersama..
demi ibu yg sedang sarat bawak perut besar ni..
malysia mmg sedang sgt panas..
kaya lah tokei2 kedai electric..jualan aircond mesti laris. kipas gak.. yelah, ingat aritu nak tmbah kipas je, tp akhirnya aircond gak kitaorg sapu..
ish romantikkan tido ada aircond?
ReplyDeletelbh rapat gituhh..
hehheee...pasnie dah malas nak kuar umah ek.
ReplyDeleteadik ai yg tgh preknen tu pun baru beli ekon dayu sbb kepanasan. smlm dia beli satu pastu tup2 ptg tadi dia msg dah beli lagi satu. veri d kemaruk nih
ReplyDeletekita pun bila dh pregnant ni asyik panas je. tido mesti buka aircorn & kipas.hahaha teruk kan.kesian husband kesejukan :)
ReplyDeletekami amek yg 2nd je..cap topaire..he2..alhamdulillah lah dh byk bln pkai ok lg..
ReplyDeletenk jimat..time pnas tu onn...klu dh sjuk sgt..kami tutup..cover ngn kipas lak..hakhak...bil nek skiiitt je dr biasa...
tido dlm econs..feeling mcm kat hotel lah tiap malam *hikhikhik*
ReplyDeletemmg dok dlm umah je la lepas ni, layan dvd, tgk tv..golek2 dah tak rasa rimas..tp siap sedia la terima bil bln ni..jgn nk ngada2 buat muka terperanjat beruk smua...
satu unit cukup lah..dia still mampu nak sejukkan ruang luar gak..
tp bila dah ada econs ni asyik lambat bangun je..
apa kes???
Alah, kalau tak pasang econ pun dah bangun lewat. Cam tak biasa adik aku tu. Ayu tgk sikit, takut ada simptom nak kena sakit biasa dia tu.
ReplyDeletebro: hahahahah..kantoi.. yelah, takde econ bgn kul 12 time wiken, ada econs, rasalah kul 2,3 br sedar..
ReplyDeleteperkara nk dpt serangan ni dr awal dh diamik kira dah..
setakat ni ok lagi la...
tp langkah berwaspada akan sentiasa dilakukan
kak...kT pn pnah ckp..kali ni msti tokey kdai jual air cond kaya..memg sgt panas ye..
ReplyDeletebestnya dah ada aircond. nanti baby pun tak nangis2 lah tido malam. ;)
ReplyDelete