10 June 2009

ko ingat, ko bujang lagi ke dayu

Hari ini telah berjaya menyediakan sarapan untuk suami kesayangan. Walau sebelum ni dia ada kata 'tak yah lah yang, awak nk bgn kul bape kalau nak buat breakfast' Dan isteri dia ni dalam hati dah kata 'yay...boleh aku tido sampai 5.30'

Tapi pagi tadi, alarm hp belum menjerit2, terpekik terlolong lagi dayu dah bangun. Tanpa rasa takut, terus gi dapur. Bukak peti ais, keluar kan apa yang patut. Ohhh, tengok sinki sudah kosong. Laki saya sudah basuh pinggan, dapur juga sudah berkemas. Makin bertambah sayang i kat u gini tau cit...
Terus gi on iron, gosok uniform ultraman, laki nak gi membunuh raksasa jap lagi. Kena la ensem2. Tengok ada cawan kosong kat tepi laptop en suami. Ohhh, mesti dia buat air sendiri td malam. Sedangkan dlm kete sebelum tu dah janji 'nanti org buatkan milo je lah' bila dia ajak stop beli air kat Shell. Ohhh,mintak maaf ye en suami..

Inilah gara-gara kalau terbawa-bawa perangai bujang kat rumah tak bertangga ni. Entah apa hangin semalam. Astro la ni punya pasal. Beriya balik try nak tgk CSI, sekali tak activated lagi. Terus masuk bilik, berbaring. Dah baring terus terlelap. En suami kejut suruh bangun mandi pun malas. Sedar2 dah kul 5 am.

Dan usaha mengambil hati suami bermula dengan terus bersetuju bila dia suruh drive gi keje arini. Dia kata 'biar awak biasa skit ngan jalan'

ya allah,gelap gelita lagi kami dah bersiap nak gi keje

sudah lama tidak memandu di pagi hari di Kuala Lumpur. En suami kata 'pening paler la yang duduk sebelah kiri ni' dan degan pantas Pn Isteri menjawab 'org dah kata, tempat awak mmg kat sebelah kanan ni' Maka, sila lah amik semula jawatan tetap yang mmg milik anda ini ye en suami.

Hari ini ada 'event of the month' bagi bulan 5 & 6. Buat birthday party, farewell dan juga majlis penyampaian hadiah untuk si pengantin baru ini.

Terima kasih banyak diucapkan atas sumbangan anda semua. Saya memang sgt inginkan hadiah ini. Malah dah siap request lagi kat AJK kebajikan. Mentang2 pengapit sendiri yang jadik tukang kumpul duit. Ikut sesedap rasa je request hadiah.

amik cepat bawak lari.. nanti en boss minta semula *eheheheheh*

Ohhh, malam ni boleh buat photoshoot ngan barang2 pemberian yang diterima minggu lepas. Kena ajak en suami sekali la. Kena la ada tukang amik gambar kan.

*kalau astro tak activated gak lagi malam ni, siap sedia la korang aku bambu
*malam ni kita makan udang masak cili padi nak sayang...

18 comments:

  1. dayu, u mcm muka darling ngasri pulak dlm gambar tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. mesti syok kan dengan kehidupan baru..:)

    selamat meniti alam berumahtangga..best..best..hehe

    ReplyDelete
  3. dayu,
    activation astro kite 1/2jam jer..
    tak lah sangap sangat asik tgk tv free jer..kekeke
    apesal lambat sgt dayu punye?

    ReplyDelete
  4. hurmhh.. crite dayu buat x sabar nk kawen.. heheheheheh

    ReplyDelete
  5. bestnya korang deduan somi isteri.jelesss.yun saket sket la.pinggan mangkuk ngan baju2 semua kena basuh byk.seisi umah uhuu

    ReplyDelete
  6. darling ngasri??
    oohh terlalu ramai yg kata begitu
    31.5.09 aritu pun ramai yang kata, tp kat sini ramai lak kata mcm ziana zain

    tang mana yg sama ngan darling erk??

    ejen astro ni mmg pemalas la
    siap lah dia, kalau takde ptg ni
    tahan je lah telinga tu

    dan sesungguhnya
    kehidupan berumahtangga mmg seronok
    indah je smua benda
    harap kekal lama la begini

    ReplyDelete
  7. Rajin nyer dayu bgn kul 5.30am…aduh!!!! pagi sgt deyh!!!

    ReplyDelete
  8. wweeeewiiittt..dayu dh berada dlm alam rumah tangga..dayu, cepat2 bagi Afieq Najmie kwn yer..ewahh

    ReplyDelete
  9. puan.. kehidupan sekarang sudah berubah ya..

    ReplyDelete
  10. rasa mengantuk+tak cukup tido harus diabaikan
    suami tetap di dulukan

    *kalau en suami buat perangai, siap sedia lah dia
    harap2 pe yg kita buat ni dihargai la kan...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.

    dayu tak dapat masuk blog sy ke?
    sy nak tunjuk pic wedding warna turquoise tu.
    minggu ni je sy dah tengok 4 ke 5 couple guna warna tu.
    warna tu cantik sgt..
    ehhhehe.
    ni link sy.
    syahirasyahira.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. waaaa da lama tak jenguk sini......hehe....best nye dapat adiahhh....nk jugakkkk~!....hiks...;p

    ReplyDelete
  13. hak...mmg gile babas pagi...x pelah dayu...yg pntg hati bahagia dan gumbiraaa...

    ReplyDelete
  14. mcm mana life sbg wife? seronok kan dayu :)

    ReplyDelete
  15. :)

    satu kompeni ngan suami yek?

    ReplyDelete
  16. paginyer dayu.. tgh syok tdo tu.. huhu..

    bestnyer bacer dayunyer citer.. ni yg xsaba nak kawin nih.. hehehe..:P

    ReplyDelete