16 June 2009

rezeki

Hari ni 16.6.09, maknanya baru 15 ari kami bergelar suami isteri. Tapi ramai pulak yang asyik bertanya 'dayu, dah mula pening2 belum??' Haiyaa..terlalu awal je rasanya soalan tu diajukan. Dah lah minggu pertama pernikahan tu dayu amik m.c. Maka, mmg sgt2 terlalu awal untuk ditanya 'dayu, dah berisi ke??'

Mengunyah mangga setiap kali lunch tidaklah bermakna saya dah berbadan dua ye.

Tapi hasrat di hati memang mahukan segera. Siapa yang tak nak, sila lah jangan berani kata 'nanti lah dulu, tak sedia lagi' Menolak rezeki tu namanya. Belum sedia?? Ngada lah korang. Pe yang belum sedianya. Mungkin ada yang risau dari segi kewangan. Tapi anak tu kan rezeki.

Dulu pernah gak terpikir, zaman muda remaja dulu 'nanti lepas kawin tak nak anak cepat2 lah, nak hidup berdua je dulu' Konon nak hidup ala-ala bujang tapi dengan ikatan yang sah la. Memang la seronok kan, tapi bila dipikirkan balik. Dah la kawin lambat, ada lagi niat nak beranak lambat. Ada nanti anak, orang ingat cucu. Tak ke naya tu.. lagipun tak puas lagi ke menatap wajah lelaki kesayangan tu. Dah lah bercinta bertahun-tahun.. cukup2 lah. Nanti timbul pulak rasa bosan... lagi kes naya.

Dan terus tukar niat 'sah je, terus proses' Hahahahahah... Yelah, buat pe nak menangguh, nak merancang. Tiada apa yang menghalang untuk menerima kehadiran org baru. Tidak terikat dengan apa-apa komitmen. Bukannya sedang sambung belajar atau sedang duduk di perantauan org. Sedangkan yang dalam keadaan tu pun, ramai je yang mengendong nyawa. Inikan pulak ko dayu, yang suami sentiasa di depan mata *bila pregnant, boleh ngelat..tak yah turun site selalu sgt*

Bila tanya suami pujaan hati sampai mati itu 'awak dah sedia ke kalau kita dpt baby by next year yang??' Dia juga kata 'anak kan rezeki sayang' Dan kini saya sering berdoa, agar rezeki itu jadik milik kami segera *amin*

Dan sebelum tu. layan la gambar manusia sorang ni

sian dia, tewas dengan EG. suami kesayangan menemani EG tukar kasut, dan biarkan isteri dia main tenet sorang2. sedangkan td dah ngadu lapar dah..*setuju la kalau aku nak jeles sama kete, biarpun nmpak mcm tak betul*

18 comments:

  1. assalamualaikum dayu.

    semoga kalian murah rezeki yer.
    amin =D

    ReplyDelete
  2. setuju! rezeki jgn di tolak
    kang tak beranak langsung lg ssh

    semoga cepat dpt baby amin..

    ReplyDelete
  3. rezeki.. akak kita berserah je la :)



    dik ko beli cd bola tu kat mane?

    ReplyDelete
  4. hehe.. btul tu.. sah je trus proses..:P klu lmbat2 nnti anak br masuk tadika kiter dh nak pencen lak..:P

    haha.. layankan je la pn dayu ni jeles ngn SEBUAH KERETA.. :P:P:P

    ReplyDelete
  5. tak kahwin org sibuk tnya bila nk kahwin?
    dah kahwin org sibuk tnya dh berisi ke belum?
    lps dh ada anak 1 org akn tnya bila nk tambah lagi?

    dan seterus2nya....

    ReplyDelete
  6. saya pnh baca gak dlu..
    Siapa lah kita ni nak rancang2 itu ini kan?
    Yg beri Rezeki itu DIA..

    rancang2 ni mcm kita ni tuhan..

    kan?

    ReplyDelete
  7. ada rezeki ada la kan ;)

    tabarrrrrrrr :P

    ReplyDelete
  8. dayu...nurul doakan dayu cpt2 pregnant ye. mudah2han ye.

    ReplyDelete
  9. lelaki dan Dunia kereta xboleh dipisahkan :)

    hehe..jgn tunggu dayu..proced je..hehe..nnti dok rancang2 lambat pulak dpt baby...

    best ada baby nih..;p boleh berjaga malam2..hehe

    ReplyDelete
  10. betul lah kan, rezeki tu kan ALLAH yang tentukan
    nape kita nak sekat2 kalau mmg dia nak bagi kan
    lagi pun kalau dia nak bagi, kenapa nak tolak pulak
    oohhh...sesungguhnya saya akan terus berdoa agar saya segera dpt mengendong nyawa
    teringin benar nak rasa cmne

    ReplyDelete
  11. wish dpt cepat cepat rezeki anak..

    sapa yang tak nak cepat..

    cantik inai...

    ReplyDelete
  12. Benda bek kan Dayu...wat ape nak delay lg.pape pon semoga berjaya..hehehe

    ReplyDelete
  13. mudah-mudahan tercapai lah hasrat nak ada baby. amy yg tak kawin lagi nih pun teringin nak ada baby jugak. tapi nak adopt je boleh tak? hehehe...

    ReplyDelete
  14. dayu,
    majlis tandang saya 27/6, seminggu lepas dayu nyer...

    tapi la ni badan asik x sedap je...huhuhu...

    congratzz tau..n moga cepat2 ada isi...hehehe

    ReplyDelete
  15. Ala dayu..
    no worries about that.
    Kalau ada rezeki x ke mana pun...

    FA doakan moga dayu cpt2 TERISI...huhuhuhuuhu

    ReplyDelete
  16. wah...
    dah ready ekk nak ada bb...
    tui2...anak tu rezeki.
    dayu nak bape org???
    sweet kan kalo blh dpt twin...ahaksss

    ReplyDelete