06 October 2011

Cha dah ada MakNgah baru

Alhamdullilah..

Majlis pernikahan, persandingan di kedua-dua belah adik lelaki aku telah berjalan lancar. Selamat semuanya. Syukur.. rumah je tak habis kemas sepenuhnya. Tak larat weh nak kemas sekali gus. Aku nak cuti lama-lama tolong kemas+bersihkan rumah pun tak mampu. Cuti tahunan yang diepruntukkan dah tinggal sisa-sisa je ni. Ada 3 bulan lagi nak keje ni. Semua reserved untuk anakanda tercinta. Sorry ye mak, dapat tolong kemas sehari je.. takpe, mak kerah je anak-anak jantan mak yang 2 orang kat rumah tu.

Habis je majlis, maka secara rasminya aku kini dah ada adik ipar baru.

Terus pasang niat, nak jadik akak ipar yang cool. (:

Adik ipar aku comel je. Kecik je orangnya. Dia dah pakai heel tinggi inci pun baru kat bahu adik aku. Terus rasa macam gergasi kalau diri sebelah dia. Merasa lah dia hidup ngan orang-orang kategori galah ngan family aku. Family dia pun comel-comel gak.

Tapi ada citer sadis sikit la majlis nikah adik aku ni. Boleh photographer dia datang lambat kau. Aku yang bukan pengantin, sekadar kakak pengantin pun boleh rasa nak hempuk kepala photographer tu. Tak terbayang aku, macamana rasa ngamuk pengantin 2 orang ni. Dah lah bukan sikit-sikit punya lambat. Kalau setakat lambat, terlepas masa tok kadi bagi kata-kata mukadimah, okaylah. Boleh la aku maafkan, ni lambat selambat-lambatnya. Sampai selesai majlis, sampai rombongan dah kat meja makan baru nak muncul.
Terus-terus aku tolong sound 'ni nak potong bape percent ni?? 40% boleh??' Tersengih-sengih dia, aku tambah lagi 'majlis nikah event paling utama, tu yang awak terlepas. tu yang penting. mana name card, bagi akak sekeping' Aku memang dah niat nak hebahkan satu dunia ni. Tapi dia buat-buat tak dengar, pastu terus buat-buat sibuk amik gambar. Hah.. tunggu lah masanya nanti.

Kesian weh.. orang bagi kepercayaan kat dia nak capture most importan moment in life kat dia, dia selamba je jawab 'stucked in jammed lah' Tak profesional langsung, dah tau majlis pukul 10am, tak kan pukul 9 baru nak keluar rumah dik oiii!! Ni majlis nikah kawin, bukan family outdoor photoshoot yang boleh main delay-delay. Rombongan aku terlewat 5min pun tok kadi dah pandang semacam.. kau tahu..

Takpe.. yang penting majlis tetap berjalan lancar. Semua dah selamat.

alhamdullilah.. dengan sekali lafaz sah sudah kamu berdua menjadi suami isteri.

sesi deraian air mata. aku yang sekadar akak pengantin ni pun boleh meleleh air mata. ini kan pulak mak ayah pengantin. nanti Cha kawin mesti aku teresak-esak tahap maksima.. confirm!!

Majlis nikah dan sanding kat belah pompuan berlangsung pada hari yang sama. Bagus. Aku suka. Memudahkan. Nikah pukul 10, kul 12.30pm sanding. Rombongan aku tak perlu nak tunggu lama-lama. Perut dah penuh makan lepas ni nikah tadi, pastu disuruh makan lagi. Dah la ada gear box, perrghhh.. kau jangan hidang kambing depan aku sekarang. Memang boleh hilang kawalan aku jadiknya. Dah la ada adik sepupu nak teman sama-sama sedut tulang kambing guna straw kan.. makin syiok la jadiknya.

terus lepas tu request amik gambar dari atas. pastu amik cha buat cover perut. hahahaaha!!
*malas nak pusingkan gambar ni. lambat pulak picnik tu loading nak edit gmbr*

Dan, bagi mengakhiri entry kali ini, aku tayanglah gamabr pengantin baru ni. Adik aku memang sedikit sengal. Entah gaya mana lah gambar outdoor dia nanti.



SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK-ADIK KU!!
semoga terus kekal bahagia bersama. 

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir, kepada saudara mara yang bertungkus lumus mengerah tenaga bagi menjayakan majlis perkahwinana mereka. Jasa kamu sangat dihargai. Insya Allah, nanti bila tiba amsa majlis kamu pula.. aku akan cuba mengerah tenaga pula (kalau takde anak-anak yang asyik nak berkepit je kat ibu dia ni lah)

*mood nak update tak berapa nak ada sebab byk gmbr tak berjaya diperolehi
*majlis kat belah laki, next entry la. barulah ada bahan nak update. semua humban satu entry, esok nak update apa (:

6 comments:

  1. comelnya pengantin ppn tu..

    adik dayu cam muke dayu..ekekke =p

    ReplyDelete
  2. tahniah comel pantin pempuan..

    eh geram kt photog tu..demmm!!

    ok..sy juga mahu jd kakak ipar yg cool dan beku hehe..

    ReplyDelete
  3. selamat bermakngah baru cha..HIHI..

    ReplyDelete
  4. Alahai kalau abah tu tak kena outstation haritu..
    dah tentu cha dalam pelukkan aunty tau...
    kan gadis manis...!!!
    gerammmmm <3

    ReplyDelete