06 October 2011

Lawatan ke rumah Cik Ena

Kalau tiba-tiba aku selit citer pasal open house time raya aritu korang marah tak?? Ke korang tak peduli?? Tapi boleh la eh.. dah namanya blog ni bukan blog siaran langsung (itu lg mustahil), tu yang segala entry yang disiarkan tak lah berkadar langsung dengan putaran masa.

Boleh la eh.. aku rasa macam nak gak citer pasal aku jadik orang terakhir yang datang open house Sharena. Mesti masa dia terima sms aku kata aku nak sampai lepas maghrib, mesti dia rasa nak lepuk je aku. Entah-entah dia siap sedia nak mengemas dah, boleh lak aku kata nak datang. Minta ampun la ye Ena. Achik kan ala-ala VIP gitu, jemputan sehari sampai 9-10. Ikut hati, nak layan semua. Tapi sebab sedar diri tak mampu, kena lah pilih separuh je. Tu yang rumah kamu jadik umah yang ke-5, harus la malam jadiknya.

Tu yang kena utamakan jemputan dari orang yang masa kita buat open house dia datang. Kira membalas lah. Orang jauh-jauh datang umah kita, tak kan dia buat open house kita tak nak tunjuk muka kan. Tu yang malam pun malam lah.

Cha yang sangat berkenan dengan kereta mainan Naurah. Nasib baik Naurah buat tak heran, kalau tak terjadik la lagi aksi berebut mainan

muka dah agak lesu.. tapi tetap tayang gigi berusaha memberi senyuman paling manis untuk tuan rumah

Tapi terima kasih sebab sudi bagi aku masuk dan temankan aku makan mee hoon sup kau tu. Sedap.. rendang pun sedap. Tapi sebab perut ala-ala dah sendat, tak mampu la aku nak bertambah. Kalau tak, aku mana sah gi umah orang kalau makan tak bertambah.

Sebelum aku sampai ke Bandar Baru Salak Tinggi ni, aku singgah rumah Pja kat Pulau Indah. Hebat kan. Dari Pulau Indah ke BBST. Yang pasti, laki aku yang hebat sebenarnya. Dan dia sangat baik hati mahu layan keasyikan bini dia beraya. Dia memang selalu layan kan aje, asalkan aku isi minyak kete penuh-penuh, sediakan duit tol, sebut je nak gi mana. Sampai punya...

Open house kat umah mertua Pja memang terbaik lah!! 1st time aku jumpa open house yang berkonsepkan macam tu. Siap ada gerai-gerai. Macam pilih makanan kat pasar malam pulak rasa. Western ada, nasi-nasi ada, mee-mee ada. Meriah!! Dah datang penghujung majlis pun makanan masih banyak. Tapi sebab perut masih padat, jamah wedges je lah. Tapi tak berkesempatan lak nak amik gambar. Pja kata, memang tiap tahun family in laws dia buat open house. Tahun depan aku nak datang awal.. (: Datang perut kosong, balik sendat. Datang pakai kurung pahang, jangan pakai kurung moden.



8 comments:

  1. Hahahaha..
    janji minyak dan tol kita sponsor lah kan...
    ke bulan pun sanggup dibawanya..
    memang sama betullah dengan abah haqq tu..

    padahal dia pun kenyang juga nanti..
    itupun berkira..
    eceh...
    hahahahaha... :P

    ReplyDelete
  2. en ekhwan mmg terbaekkk...wahahhahah

    nx yr mung dtg awal2...makanan tgh banyak gilos...x yh bfast...bwk perot btol2 kosong gitu...thn dpn cha n mika dh besa dh....lagi senang nk mamam

    ReplyDelete
  3. thanks sbb dtg jugak yer dayu...gigih sungguh...ekeke =p

    nmpk sgt dah malam sbb norah dh pakai baju tido..kuikui

    eisya sgt sweet..geramm!!

    ReplyDelete
  4. my hubby kureng sket nak melayan..tu yang selalu frust jer tak dapek nak join..hukhuk..

    ReplyDelete
  5. open house umah pja xde gambar ke dayu?
    org saen meriah ek buat open house..cini cm suam-suam suku jer

    ReplyDelete
  6. cha nampak mcm lg besar drpd norah lah? camno tuhhhh???

    ReplyDelete
  7. mana ada cha lg besar dr norah
    dlm gmbr ni pun norah kelihatana besar..
    kat luar pun cha tak besar mana
    kecil molek je..mcm abah dia (:

    ReplyDelete