11 October 2011

Pra-review: Cheringin Hilss Convention & Spa Resort, Janda Baik

Achik baru balik dari buat lawatan muhibbah ke Cheringin Hilss Convention & Spa Resort kat Janda Baik sana. Perrrgghhh nama dia, nasib baik rupa sehebat nama. Hebat setakat penilaian pertama tadi lah. Kita tengok review achik 2 minggu akan datang. Adakah masih lagi kata dia hebat dari segi nama dan facility..

Minggu depan achik nak menetap 3 hari 2 malam kat sana..

Nasib baik boleh angkut En Ekwan ngan Pn Sri Eisya Elyssa sekali.. kalau tak silakan la hadap komen-komen meroyan achik kat wall FB tu setiap sejam minggu depan (:

Cheringin Hilss Convention & Spa Resort ni boleh achik kategorikan sebagai accomodation paling modern+best kot sekitar Janda Baik tu.. Yelah compared to other resort/chalet, dia yang paling baru. Paling besar, duduk atas bukit pulak tu. Apa tak gah.. siap ada 2 swimmimg pool.. Ada 3 bilik seminar, ada ballroom besar punya. Mestilah dia paling hebat kan..

di kawasan lobi menunggu in-charge person bawak tour ini resort

pandangan dari kawasan parking

Kami dibawa melihat setiap jenis bilik.. lupa pulak nak amik gambar sebab sibuk tanya itu, tanya ini. Biasalah, gitu gayalah kalau jadik urusetia. Nak kena pastikan semua lengkap, kalau boleh nak program yang diuruskan berjalan lancar. Tak nak ada cacat cela. Tak nak ada orang balik je bengkel, komen macam-macam. Berusaha puaskan hati semua orang..

Itulah urusetia.. achik memang suka buat keje-keje mcm ni.. Setakat ni alhamdullilah.. 


view dari kawasan lobi ke bilik kediaman nanti

Room Rates kat Cheringin Janda Baik ni, boleh lah.. Kalau aku bayar sendiri memang tak duduk la kot. Sebab ni ditaja oleh kerajaan Malaysia, achik berbesar hati je. Harga bermula dari RM 220  hingga RM 550 semalam ye. Tapi sebab ini adalah program anjuran jabatan kerajaan, dapat lah pakej RM190 semalam  dengan bekalan makana sebanyak 6 kali sehari. Camne tak membesar dengan gemilang.. 

Sape-sape yang dilantik jadik urusetia, nak buat pape kursus/bengkel/seminar.. gi lah Cheringin Hilss Convention & Spa Resort Janda Baik ni.

*nasib baik bengkel ni ramai J48 ke atas yang join, merasa la J41 dok superior king.. kalau tak harus sharing



7 comments:

  1. Syoknya, sambil2 kursus boleh holiday sekali dengan family.

    Kite pun insyaAllah kursus ke desaru hujung bulan ni, hajat hati nak bawak family sekali, harap2 bolehla....

    ReplyDelete
  2. wah syioknyer cuti2 percuma ni..dh lamer tak merasa dok hotel lah..kalo kursus asyik buat kt jabatan sendiri..xde class langsung..huh

    ReplyDelete
  3. Best! Kta dulu team building kat sana. Nyamannn.

    ReplyDelete
  4. Kelas mak dapat bilik superior.

    ReplyDelete
  5. antara yg best join gomen
    ni lah, sambil gi kursus boleh makan angin
    balik opis gelabah keje menimbun
    hahahahaha

    ReplyDelete
  6. ni kalo kursus utk N27 dh sah2 tak layang superior king tu.mmg konpem sharing lah keh keh keh.btw dayu, mintak izin kasik link entry u ni kt opismate leh tak? I nk suggestkan kt unit latihan tempat ni

    ReplyDelete
  7. eh, ad resort baru kat janda baik eh..tula, kalau resort lain tak proper cam gini..nnt blh jalan2 ke sana gak...

    ReplyDelete