Bila dah memegang status 'ibu' ni, macam-macam kena pikir. Banyak benda, biar orang lain rasa remeh tapi tetap boleh buat kita jadik stress. Boleh tak lena tido dibuatnya. Lagi-lagi kalau hal anak. Segala benda berkaitan anak adalah boleh mengundang kerunsingan berpanjangan. Terutamanya hal pengurusan pengisian perut anak. Bila anak tak nak makan, pastu orang sekeliling mula mengajukan soalan-soalan berbunyi 'kenapa anak kau ni kurus je aku tengok' Kalau tadi stress baru nak mula muncul, terus jadik kronik kau..
Aku pernah lalui fasa tersebut, bila berat Eisya hanya bertambah 200gm je dalam masa 2,3 bulan. Stress mak dia tengok jarum weight scale tu tiap kali check-up kat klinik kesihatan. Nasib baik nurse kat KK Tanglin tu berbudi bahasa, kalau dia pun jenis sound tak reti jaga hati ibu-ibu, memang makin haru biru la hidup aku.
Selepas berusia setahun, Eisya memang makan segala benda. Manis, masin semua benda dia bedal selagi tak pedas. Tapi kuantiti dia makan sangat sedikit. Sedikit yang memang sedikit.. kalau nasik tu 2,3 sudu je kot. Pastu puas lah aku paksa dia bukak mulut.. tapi tetap dia katup rapat-rapat. Sudahnya nai berterabur atas lantai je lebih. Lauk pun dia tak berapa nak layan. Eisya tidak aku kategorikan picky eater, dia makan je smua yang orang bagi. Tapi dia tak nak makan banyak..kalau bai nugget.. 1/4 je kot dia makan. Sehingga umur dia 16bulan, dia lebih banyak bergantung kepada susu. Paling dia berselera pun, buah. Anggur je pulak tu *kelas anak kau dayu..
Latest weight Eisya adalah 9kg, mas check-up setahun 4 bulan.
Start bulan lepas aku rasa macam kena lakukan sesuatu. Tak daya aku nak bergaduh dengan dia setiap kali nak kasik dia makan. Dan solution yang aku terfikir time tu hanyalah dengan memberi dia makanan tambahan. Nak bagi dia supplement yang boleh buat selera makan dia bertambah. Masa tu yang terbayang Appeton with lysine je. Terus aku terjah farmasi nak beli. Tapi bila sampai farmasi, melambak-lambak la pulak multivitamin dengan pelbagai fungsi. Harga pun semua lebih kurang.
Bila pharmacist tu tengok aku dok belek-belek botol vitamin tu, dia pun datang approach tanya aku nak beli vitamin untuk apa.. apa tujuan aku nak bagi anak vitamin.. Aku terus terang je lah, aku nak tambah selera makan yang penting. Yang lain-lain tu.. aku tak kesah sangat. Vitamin A ke, B ke.. aku tak peduli. Aku nak dia jadik pemakan je. Pharmacist tu senyum je okay bila aku jawab gitu. Dan dia cadangkan beberapa vitamin kat aku. Antaranya Robovites dari Vitahealth ni.
Selamba aku tanya 'appeton ni tak elok ke?' Dia kata boleh je kalau aku nak amik appeton, tapi dalam robovites ni ada zinc, dalam appeton takde. Harga robovites lebih kurang je, murah sikit kot dari appeton. Aku tanya lagi 'yang ni boleh tambah selera makan ke??' Terus dia bagi aku flyer vitamin ni *ntah mana aku letak dah* Dan ia, dia juga ada fungsi yang sama. Maka, bawaklah aku balik botol vitamin ni, Dan mula bagi Cha makan sehari sebijik. Budak tu mana reti cukup sebijik, menangis-nangis depan fridge mintak botol vitamin. Tapi sorry lah ye anak.. terlebih vitamin dalam badan pun buruk jugak akibatnya.
Alhamdullilah, dalam masa seminggu aku boleh nampak perubahan selera makan Cha. Dia mula makan dengan banyak. Sebelum ni tak pernah nasi bertambah, selalu membuang. Tapi lepas makan vitamin ni, merasa lah aku tengok dia marah bila nasi dalam mangkuk dah habis. Gembira sungguh aku tengok dia makan banyak. Dan pernah satu tahap aku ngan Ekwan naik takut bila dah habiskan nasik semangkuk, pastu ibu abah makan, minta lagi nasik. Sebelum tu dah balun anggur 7-8 biji. Pastu habiskan pulak susu 7oz.. perut dah bulat dah. Tapi bila hulur koko krunch, pun dia sebat gak..
Tapi sila bagi dia suap makanan dia sendiri.. kita boleh tolong pegang tangan dia bawak sudu ke mulut saja. Sila jangan pegang sudu dia, nanti dia marah.
abaikan keseksian anak dara saya makan
abaikan juga tilam itu. tu port kami anak beranak nak berguling-guling petang hari
Bila dia dah makin berselera makan, aku pun kenalah rajin sediakan makanan untuk dia. Paling crucial, untuk makan malam dia lah. Balik keje, sampai je rumah. Letak bag terus bukak peti ais. Terus masak nasik dan masak lauk. Seboleh-bolehnya aku tak nak bagi dia susu dulu, nanti kalau dah susu dia kurang makan. Selalu tunggu laun nasik masak, aku bagi dia buah je dulu. Paling tahap pemalas, aku akan masak lauk makan malam siap-siap untuk esok. Sorry la ye Cha, tak larat ibu nak sediakan fresh meals setiap hari.
Tapi takpe.. Cha selera makan, ibu sanggup terkocoh-kocoh masak..
bila tengok pipi anak makin bulat, makin tak larat nak dukung lama-lama. puas rasa hati
Memang tembam ah! Mane aku nak carik vitamin gini?
ReplyDeleteeeee nyampoh!
ReplyDeleteorg dr pg tertunggu2 entry dia yg lain, grrrrrr
eh nak carik gakle vitamin nie..mirza mkn ok jee.cuma dgn mun je die takmo mkn sgt...huhuh..
ReplyDeletenampak chubby dh pp cha...
ReplyDeletesedap dh tu pelok2 bdn dia kan..^_^
nak cari vitamin ni jgk lah untuk qistina..qistina pon kurang mkn nasik.
ReplyDeleteOh dah lama tak jumpa pipi Cha pun dah tembun!
ReplyDeletewow ketara betul naik selera makan die eh. seminggu je pun.
ReplyDeletetq for the info k dayu! boleh suggest kat SIL. anak die susah sikit nak makan. kene tambah vitamin rupenye.:)
kalo anak jenis susah makan ubat gane? lagi pening mok
ReplyDeleteCha makin chubby la..geram tgok pipi montel tu..huhu..tp jeles sbb aleef x mcm tu,sobh..
ReplyDeleteXpe2..nnt auntie nk beli gak vitamin yg ibu cha bg cha mkn smpai pipi cha leh jd tembam ni..hhihi..
pipi cha dah berisi la~
ReplyDeletekaisya kita nk bagi vit sokmo tak nak. appeton ke, scotts ke seme tolak tepi. tp makan still 4x sehari ms kat rumh bbsitter. :)
nk try kasi yg tablet pula mcm yg cha makan kot2 kaisya nak pulak. boleh la lawan dgn pipi cha nnt. :D