07 October 2011

korban tekak

Aku rasa dah lama sungguh tak masak pedas-pedas. Dah lama tak buat sambal sotong. Dah lah laki aku tu, kalau sotong/udang, mesti dia suruh masak sambal. Tapi minggu ni, aku asyik la buat sup sayur, sup cendawan, pastu goreng je ikan/ayam. Kalau masak kicap pun tak letak cili. Masa paprik pun sikit je aku letak cili. Dan semalam buat sotong goreng kunyit, Ekwan kata 'nape sotong ni mcm takde rasa yang?' Huhuhu.. Puas aku letak sos ikan lah, sos tiram la nak kasik sedap kononnya, dia boleh kata takde rasa. Tekak aku rasa sedap je, lagi sedap dari kedai kat depan tu.

Pastu dia cakap lagi 'awak tak letak cili skit ke?' Aiyaaa.. laki aku ni pun, lupa ke yang anak dara dia tu mana bleh makan pedas.Memang dia suka yang berempah-rempah skit, tapi kalau pedas je terus terjelir-jelir lidah.

ginilah dia bila orang kata 'cha, gigi mana cha?'
-okay gmbr mcm tak relevan-

Nak masak asing untuk Cha macam la aku rajin. Nak masak lauk untuk sendiri makan pun dah berlari-lari. Ada hati nak masak satu lagi lauk untuk anak. Maka, nak tak nak kenalah korbankan tekak sendiri. Marilah kita belajar makan, makanan tanpa cili. Yang tidak berasaskan cili kering/cili padi.

suka kutip inner ibu pastu suruh sarungkan kat kepala dia

Tapi aku rasa aku nak ajar lah Cha makan pedas skit. Kita mulakan dengan black pepper. Buat sup, letak pepper skit. Buat telur dadar untuk dia pun aku nak tabur pepper skit. Nasi goreng letak lada sulah, semua yang boleh aku bubuh, aku nak bubuh. Nak ajar skit lidah dia rasa pedas. Tak nak aku, Cha jadik budak yang tak tahan pedas. Memilih makan. Dah la ibu dia ni jenis kalau masak suka peda-pedas. Asam pedas laun favorite. Masak lemak cili padi pun menu yang sentiasa akan terhidang atas meja. Cha kena lah belajar makan pedas. 

Pastu belajar makan sambal belacan ngan tempoyak. Terbaik!!

Argghh!! Malam ni nak masak apa?? Stok dalam peti ais dah habis. Kena re-stock. Dah alamng-alang tu, kita isi perut kat luar je lah malam ni. Achik nak off masak malam ni. Tapi hari ni Jumaat dah, apa kes makan luar ari Jumaat. Esok bukan keje pun. Orang hari keje la tak yah masak. Okay cancel.. malam ni masak sardin (: 

9 comments:

  1. Comel cha pakai inner ibu tau!

    Husna pun ade gak diajar makan pedas2.. tapi taklah pedas sangat. Tgk dia okay je...

    ReplyDelete
  2. Hahaha kelakar ah kau neh tau. Hahaha

    Fahrin memang aku dari dia sebelum setahun aku tabur sikit black pepper sikit. Yang aku da blend halus. Tak cirit pon. Okay la tu hahaha

    Tak reti weh makan tak pedas. Tak mantop! Hikhik

    ReplyDelete
  3. comel nye cha! eh dayu, cha dah nak start makan eh?

    ReplyDelete
  4. hahaha lawak la dayu ni
    ee comey cha, dh macam2 ragam yer..skli tgk cha mcm ade ckit2 rupa husna ar

    ReplyDelete
  5. a'ah
    alhamdullilah
    cha dah mula nak makan. makan banyak gak lah. dulu semangkuk pun berjam
    skrg siap bertambah
    syukur
    badan dia pun dah nampak sedikit berisi

    ReplyDelete
  6. kite pon kalo masak pk psl norah. malas nk masak asing2. leceh. hehe

    sllunya utk pedas tuh kite buat la sambal kicap ker, belacan ker, tempoyak kerr...bg naik selera sket..ehh sikit ker? kahkah =p

    ReplyDelete
  7. nape tak hulur cili sos jer kt ekwan time dia tanya naper tak pedas? keh keh keh keh. urmm mya so far xleh mkn blackpepper.otomatik cirit birit.tp pedas cili dia leh tahan.walaupun dok nganga mulut dan kata dashhhhh (pedas) tp sebok mintak mkn lg.so tandanya dia suka & boleh tahan pedas la kot

    ReplyDelete
  8. Rajen btl dayu ek....kena jdkn cnth ni...huhuhu

    ReplyDelete
  9. dayu,
    mcm tomyam or sup,
    aku msk siap2 pastu asingkan sparuh dlm periuk lain,
    baru aku taruk cili api dlm periuk aku,
    if menu2 lain nak pedas, sbb aku antu pedas,
    klu xde yg pedas cpt muak,so
    lauk aku msk biase2 je,
    tp kene ade smbal la,
    sama ada smbal tempoyak,budu,kicap yg kite racik2 cili api,
    fuhh bru kua asap kut idung :p

    ReplyDelete