Tapi aku tak nak menaruh harapan terlalu tinggi, lagi-lagi dengan usaha aku yang tak seberapa ni.
Adakalanya jeles jugak bila orang lain rajin+gigih didik anak. Setiap hari akan luangkan masa bacakan buku kat anak. Ajar anak itu ini.. Pastu geram jugak bila semua kata anak derang memberi kerjasama yang sangat baik. Aku bukanlah malas nak hadap Cha, bukanlah aku tak rajin nak bacakan dia buku. Tapi Cha sangat tak boleh memberi tumpuan. Bila bukak buku citer fairy tales tu, dia bukan nak dengar aku bacakan. Puas okay pelbagai kan intonasi, konon nak bagi dia terpikat. Sudahnya dia tengok muka aku, pastu dia tarik buku tunjuk-tunjuk gambar. Dia tak berminat nak dengar cerita. Dia nak tengok gambar je lebih.
Terniat juga nak belikan iPad ke Galaxy tab ke untuk Eisya. Macam sangat best je rasanya kalau ajar Cha ABC guna iPad. Sangat stylo rasanya. Tapi bila mengenangkan Cha yang setiap petang bila balik dari nursery, masuk je rumah terus hadap kad ABC yang tertampal kat dinding rumah tu. Sibuk tunjuk gambar-gambar binatang kat kad tu, terus aku lupakan hasrat nak beli iPad. Anak aku lagi berminat dengan kad harga RM6.90 beli kat Mydin tu. Dan makin rasa tak perlu nak berhabis duit belikan anak gadget canggih sebab ngan kad harga tak sampai sepuluh ringgit tu pun bila tanya 'Cha, mana bear??' Laju je jari dia tunjuk gambar binatang kat huruf 'B' tu, pastu dia sendiri bawak jari dia tunjuk gambar binatang kat huruf 'F' dan sebut 'fishhhh'
Mak mana tak suka bila setiap hari ada je benda baru yang anak belajar.
Sekarang Cha semakin mudah ikut apa yang kita cakap, sebutan dia pun makin jelas. Teruja okay aku laki bini petang semalam bila tunjuk Cha 'tiger' kat animal planet, dia boleh sebut 'tiger' dengan jelas dan betul. Berkali-kali pulak tu. Pastu tunjuk pulak 'snake' dan sekali lagi dia buat ibu tersenyum..
Ni makin ibu tak sabar nak bawak awak gi zoo ni Cha..
Anak-anak kecil memang sangat bijak kan.. semua terserah kat kita macam mana nak rangsang diaorang. Nak tengok anak membesar jadik cerdas, bijak.. tak boleh malas, kena rajin dan gigih ajar anak. Dan aku nak pasang azam, aku tak nak bagi anak aku terlalu banyak entertainment. Nak main game komputer boleh, tapi sejam je sehari. Maka, nak bentuk anak, aku kena bentuk abah dia dulu. Nak hadap PS, sila jangan melebihi had. Sila bagi contoh yang baik kat anak-anak ye. Kang kalau anak jawab 'abah boleh.. nape Cha tak boleh??' Sila jangan bagi ajaran yang salah kat anak.. rasa nak bungkus lah PS tu, dia pun macam dah lama tak hadap benda tu. Lupa dah kot (:
Ohhh.. perkara yang paling menggembirakan kini dan aku sebagai ibu rasa berbunga-bunga je. Bila ditanya 'Cha, mana telinga?' Dia akan pegang telinga dia, pastu goyang-goyangkan telinga dia. Sebut je tak reti lagi, patut aku ajar 'ears', mesti senang dia nak dapat. Setakat ni dia dah kenal 'eyes', nose, tangan, kaki dan gigi.. Dan satu lagi.. 'perut' Bila tanya perut mana, dia akan selak baju dia pastu tepuk-tepuk perut.. hahahahah.. Cha.. Cha..
I love you so much sayang!!!
Setiap hari Eisya sentiasa buat ibu bertuah, bertuah dapat anak macam Eisya. Walaupun kadang-kadang Cha suka carik gaduh ngan ibu, sibuk nak teman ibu masak kat dapur. Selalu tarik ibu suruh turun dari katil, tak kasik ibu baring-baring jap penat balik keje.. Selalu buat ibu mejerit *agaknya satu blok boleh dengar* bila punyalah seronok awak sepahkan baju yang ibu dah lipat.. Biar macam-macam kerenah awak ibu kena hadap, tapi setiap malam bila awak dah tido *kaki terkangkang, tangan terdepa* Ibu rasa macam sayu pun iye.. rasa tak puas je Cha..
Anak ibu dah makin besar.. nak masuk setahun 6 bulan dah minggu depan..
*ibu dah plan birthday party awak.. kali ni mesti jadik. ibu simpan duit dari sekarang..
Sah kembar Cha dengan Husna ni, bila tanya mata buat kenyit mata, tanya telinga tangan kaki hidung sume dah pandai jugak. Perkataan pun banyak jugakla dia pandai sebut, dan paling suka bila sesuatu perkara terjadi, dia sebut perkataan tu. contoh air tumpah, dia sebut upah, kalau hujan pun dia sebut upah sambil tangan atas kepala. Hahaha, seronok cerita pasal anak, kemain panjang komen haa...
ReplyDeletesama la dgn dani dayu. mana nak die dgr cerita2 ni, dia prefer tgk gamba. itu pun die excited tgk ball dgn car je. gamba lain dia x minat
ReplyDeleteseronoknyerr tgk mcm tu..tak sabr nk train danial..tp abah dia plak yg suka expose anak dengan gadget.maknyer beli kad2 bergambar dia tak nak tgk..huhuhu
ReplyDeletekalau sofea susah nak fokus n die cpt boring..kalau kat ipad tu, lagu abc tu lom start lg die dah tekan butang menu blk..semua pon die wat camtu..kalau flash card plak die dok selak2 laju2 pastu sepah2kan..aduhai..pening plak rase cemane nak kasi die fokus..huhu
ReplyDeletersanya budak2 mmg susha nk bg tumpuan..husna pun sama..kalo guna flash card tu 3 keping je..lebihnya die main sepah2 palk..tp mmg time die tido tu mmg rase sayu tgk
ReplyDeletearreessa pun sama.kejap je tgk lps tu entah ke mana2 sudah.tapi biar sikit tapi berkualiti.hihii
ReplyDelete