Tak nak la citer hal peruntukan kewangan. Biarlah.. Ada citer lain nak kasik story. Citer apa?? Sambung citer kenduri kawin adik saya. Boleh? *dulu-dulu ada aku kesah hal budget, ada aku terhegeh-hegeh duduk depan tv hadap PM bentang budget. sekarang?? kejap masuk bilik buat keje, kejap lagi berlari-lari masuk pantry tgk tv
Majlis di sebelah keluarga lelaki berlangsung pada 2 Oktober. Sehari selepas majlis kat rumah pompuan. Nasib baik majlis kali ni guna pakai khidmat katering. Maka, boleh lah setelah kekenyangan dan pulang dari rumah pengantin perempuan, amsing-masing carik bantal. Hahaha.. Kalau merewang macam time aku dulu, jangan mimpi lah. Mak ayah aku dah surrender. Memang takde lah lagi nak merewang kot lepas ni. Penat nak mengemas katanya. Tapi meriah tetap meriah, bila sedara mara mula tiba malam hari. Bising lah semula rumah jadiknya.
Walaupun guna khidmat katering, konsep kendarat masih diaplikasikan. Pinggan mangkuk tetap dibasuh oleh sepupu-pupu di bawah pokok nangka. Laki aku mulanya dilantik jadik ketua basuh pinggan, tapi bila tiba masanya, aku tengok dia kat bahagian basuh cawan la pula. Terror ohh mengelak dari basuh pinggan yang berminyak bagai. Pandai dia.. Tapi kesian jugak, beriya aku gosok baju melayu tajaan mak untuk dia pakai hari majlis, sudahnya tergantung sajo. Iyelah, nak basuh cawan.. apa kes nak berbaju melayu, samping bagai kan..
kesian dia kena basuh cawan. takpe lah, dulu time awak jadik pengantin, adik-adik ipar awak bertungkus-lumus sampai takde rupa orang. kali ni turn awak la pulak (:
Tapi siyes penat la kan kalau buat kenduri kawin. Ke hulu hilir aku, dengan Cha yang asyik nak berdukung je. Tak boleh ibu dia hilang dari pandangan mata. Geram jugak aku jadiknya. Tapi kesian jugak kat dia, pagi tu sebelum majlis badan dia panas, demam. Kasik makan ubat terus, mandi tempek cool fever. Hai anak aku, asal ada majlis je demam. Alhamdullilah, bila tengahari elok dah. Tapi ubat tetap kasik makan lagi. Dapat la bertahan hingga ke petang.
Asal nampak abah dia, sibuk pulak nak berdukung ngan abah dia. Manja sungguh.. rimas pulak dibuatnya.
mata berair. ni lepas mengamuk tak puas hati ibu tak amik dukung dia. abah dah dukung pun nak cebik mulut lagi, pandang je ibu
Sesungguhnya, syukur majlis kami ni berjalan lancar. Haruslah ada kelam-kabut di sana sini. Takde terkejar-kejar, tak majlis kawin la namanya. Lainlah kalau dah lantik planner, tp masih lintang pukang, memang nak kena pecat namanya. Tapi kalau dah namanya semua walk-in planner, majlis ni dah kira berjaya. Terima kasih yang terhingga kepada semua tenaga kerja,, terutamanya sedara-mara. TQ kepada makcik dan pakcik sedara yang taja macam-macam. Bawak makanan pelbagai jenis. Tolong itu, tolong ini.
TQ Pak Long taja makan malam sehari sebelum majlis. Sedap soto PakLong *walau along tak dapat rasa, tetap kata sedap, sebab apa yang Pak Long masak tak sedap kan
sepupu-sepupu saya yang comel. orang kuat ni. takde budak 2 orang ni, kosong la meja makan pengantin. takde la kek pengantin nak potong
rajin adik sepupu aku. okay Wan, Zahar.. majlis korang nanti korang pesan siap-siap kat angah Amad, amik tender basuh pinggan.
Bila difikirkan kerjasama dari sedara-mara, syukur sangat. Dah la datang jauh-jauh, buat keje pulak tu, terharu jadiknya tau. Lepas ni aku nak lebih gigih memberi tenaga untuk majlis keluarga. Kalau mampu tak nak sekadar datang tunjuk muka waktu majlis. Kalau boleh nak tido semalam, tolong mana yang mampu. Tak dapat taja apa-apa, taja tenaga pun jadiklah.
Okay, next rumah mana nak buat kenduri kawin?? Melaka?? Insya Allah..
alalalala... pengantin bergurau senda
Dan walaupun agak tak releven nak letak 2 keping gambar ni kat entry ni. Aku tetap juga nak letak. Tak kira.. tak kira.
akak pengantin (:
anak sedara pengantin
Dan tamatlah entry kali ni.
Nanti saya create entry baru lagi eh.. ingat senang nak tunggu anak tido baru nak hadap laptop. Tu belum lagi kalau tiba-tiba laki aku nak main rebut-rebut laptop. Tak mudah okay nak jadik blogger sebenarnya *motip???.. nak bgtau dah 2,3 malam aku draft entry ni*
*alamak, gambar photographer tak rasmi takde la pulak. takpe.. jasa mu tetap dikenang wahai adik sepupu yang ensem lagi hot
Cebik sungguh Cha. Tak puas hati dgn Ibu yerp.
ReplyDeleteMuka adik Dayu macam familiar tau. Macam pernah jumpa atau berurusan. Tapi serius tak ingat kat mana. Hurm..
ReplyDeletedayu, cantik la tudung kuning tu..beli kt mana??hehehe
ReplyDeletealolo..panjang nor muncung si cha..bad mood rimas orang ramai kot..
ReplyDeletemuke adik tu mcm muke dayu,
ReplyDeletehahahha dh nama adik bradik kan :|
Aishah, bukan yang penah ikut ke BGWS ke dulu?
ReplyDeleteDayu, bila sedara mara datang turun padang ni kan..
kita tak lokek tenaga kalau ada kenduri kat rumah derang..
Jangan masa kenduri kat rumah kita dia buat tatau..
tapi kalau kenduri rumah dia..
kerah kita macam orang gaji..
(kid bercakap berdasarkan pengalaman)
Eh,Cha..
meh nak pelok banyak meh... <3
wahh meriahnyeeeee sama2 merewang. :D seronok tengok
ReplyDelete