22 October 2011

Tips: Meringue

*perrrgghhh... kuarkan entry tips macam dah cukup handal

Hakikatnya masa 1st time buat meringue, failed. Pukul punyalah lama, tapi tak jugak kembang putih telur ngan gula aku. Sudanhya buang saja 6 biji telur putih itu. Bila meringue dah gagal, haruslah kek pun gagal. Tapi hasil tunjuk ajar dari sifu-sifu, aku kini yakin nak buat segala jenis kek atau desert yang guna meringue ni. Bermula dengan Pavlova dan semalam aku buat Karamel Kek.. Hasilnya sangat memuaskan hati.

Apa itu MERINGUE?? *nak tau jawapan sila google (:

Kalau orang tanya 'meringue tu apa dayu?' aku akan jawab gini je kot 'meringue tu putih telur ngan gula, pukul guna high speed sampai dia kembang dan gebu yang bila kita tonggeng kan mangkuk dia tak tumpah' Dan seperti biasa, penerangan beserta gambar adalah lebih jelas dan mudah untuk difahami.

meringue adalah bersifat fluffy *betul ke ni?* dia kelihatan padat tapi gebu sebenarnya

ciri penting meringue: tak kan meleleh, tak tumpah bila mangkuk adunan diterbalikkan

Meringue ni akan terhasil dalam masa maksimum 15min.. tapi kalau 5min pertama, putih telur ngan gula tu macam tak mengembang.. okay, boleh amik tisu dan redha je bahawasanya meringue anda adalah gagal. Atas dasar pengalaman sendiri yang tak seberapa dan hasil pembacaan aku nak share sikit tips camne nak pastikan meringue tidak akan gagal.


  • Gunakan telur yang telah disejukkan dalam peti sejuk. Telur yang dah disejukkan lagi senang kita nak asingkan. Bila asingkan putih telur dari kuning telur, pastikan takde setitik pun kuning telur tercampur. Langkah keselamatan yang aku selalu amik, aku akan pecahkan telur dalam bekas asing-asing. Tak sanggup aku kalau tiba-tiba telur yang last tu mensabotaj.. nangis achik..
  • Biarkan putih telur yang telah diasingkan pada suhu bilik. Biar senang nak pukul, putih telur suhu bilik akan lebih mudah gebu.
  • Pastikan mangkuk adunan dan perkakas mixer betul-betul kering. Takde minyak, takde air.
  • Penggunaan mangkuk besi adalah lebih afdal
  • Gunakan gula superfine macam gula kastor atau gula icing
  • Jangan pukul putih telur dan gula sekaligus.
  • Pukul putih telur pada kelajuan tinggi, masukkan 2 sudu gula setiap satu masa.
  • Jangan matikan mixer separuh jalan, nanti meringue mudah melekat dan melekit masa bakar
Meringue kena bakar guna api sederhana dan agak lama, nak pastikan dia rangup. Lagi satu, kalau nak potong kek/biskut/desert yang guna meringue, sila gunakan pisau yang telah dicelup dalam air sejuk. 


*serius, sampai ke sudah tak reti nak sebut 'meringue' ni
* makcik aku kata kalau nak meringue yang lagi tip top, kena guna telur segar dr ladang.. mana nak dapat??

13 comments:

  1. wahh..best la...nnt nk try buat..feeling masterchef..hehe..

    ReplyDelete
  2. Dayu, first try buat pavlova tadi kan, apsal la meringue aku tu tak menjadi... cair jek... pastu dah bake dah setengah jam, baru baca blog ko ni haaa... terus buat adunan kedua.. Hahaha, rupanya kena lama masa memutar putih telur tu ngan gula tu ek.. hahaha, tak reti sabo aku ni...

    adunan kedua baru jadik..hahaha...
    bagus info entry ko nih! =p

    ReplyDelete
  3. oo patut la aritu meringue aku cam melekit. sebab aku tak larat nak hayun mixer tu. so aku buat benti kejap2

    ReplyDelete
  4. ptt le daku punyer macam xgebu aritu..kaco separuh berenti pastu kaco lg..

    ReplyDelete
  5. wah dayu kerap buat pavlova...
    daya ke nk mkn selalu..hiks...

    btw, good tips..:)

    ReplyDelete
  6. Tengkiu for the tips dayu....mesti berguna bilatergerak nak buat nanti... :)

    ReplyDelete
  7. baru aku tau kenape meringue aku melekit. psl suka stop mixer check adunan. cisss. tq for the info.

    ReplyDelete
  8. Dayu,
    malam td Masterchef kena buat meringue. syok je aku lekat depan tv. haha so skang dah faham :)

    ReplyDelete
  9. Pergh. Semua kemaruk buat meringue nih. Sekarang jugak aku nak pergi beli kat Delicious! *umah sewa takde oven*

    btw, sebutannya 'meh-rank'.

    sebut 'meh' tu sama macam kite sebut 'mereka'. inipun member kat Twitter yg ajar nak sebut camana. hehehe

    ReplyDelete
  10. oh baru tahu merigue tu apa pernah tgk cara pukul telur pastu tonggeng tak tumpah ni dalam rancangan masterchef versi malaysia

    ReplyDelete
  11. sis . gule tu nk masuk brape kali pde tiap mse tu ?

    ReplyDelete
  12. saya cuba buat biskut meringue tapi hangit sedangkan suhu dan masa sudah tepat...mungkin saya pakai gula biasa..mungkin sepatutnya kena gula kastor

    ReplyDelete
  13. Uhuhu.... 3x buat gagal... Feedup doh rasa... Br terbaca blog ni... Anyway tq

    ReplyDelete