24 January 2011

Aktiviti Sosial di Hari Minggu

Aku sungguh berbesar hati bila dapat jemputan dari Noe untuk sama-sama meraikan majlis harijadi Sabrina. Yelah, blogger macam Noe, dapat sama-sama kongsi kegembiraan dengan dia. Sungguh seronok rasanya. Tapi dalam masa sama rasa segan dan malu. Bila tahu Reen dan Nurul juga akan turut serta, lega skit hati aku. Ada muka yang aku dah selesa bersua, barulah boleh berjimba tahap maksima.

Terus update kalender laki aku. Dia setuju je. Ohh, terima kasih ye En Ekwan sebab sanggup je layan segala aktiviti isteri kamu ini. Dan terus 'I love you most!!' *senyum sampai telinga*

Seperti dijanjikan, mahu bertemu dengan Nurul dan Reen di lokasi yang dijanjikan pada jam 1.45pm. Niat mahu hadir awal ke majlis Harijadi Pertama Sabrina, tapi biasalah kita kan hanya merancang. Belum tentu segala apa yang kita rancang akan jadik macam yang kita nak kan. Ehhh, but this time i manage to be there earlier okay. Tak mahu dicop 'always late' Wa nak gak jaga status wa beb. Hehehe, but still lambat 15 minit * :) * Tapi bila Nurul sms dia akan lewat, terus aku sengih. Dan bila Reen pulak macam tengah sesat barat, terus Ekwan ajak basuh kete dulu sementara tunggu derang sampai.

Bila dikenang kejadian petang tadi, dengan korang yang kehilangan arah. Ohh, syukur suami saya yang selalu kata dia ada buit-in GPS tu sungguh membantu kali ni. Tapi bila Eisya muntahkan baju dan seluar aku, hampir-hampir aku nak balik je. Tapi semangat nak jumpa kawan-kawan punya pasal. Selamba ya-ya aku gi birthday party ngan baju berbau muntah. Dan selamba juga aku memeluk dan berlaga pipi dengan tuan rumah, tapi sound siap-siap la.

Biarpun akhirnya kita tiba jam 4.00pm bukan 2.00pm seperti yang dijanjikan. Yang penting, dapat gak join private party ni.

Sabrina, the Birthday Girl

Cha selamba kodok rembat topi Sabrina. sape punya keje :)

mari bersosial!!
tapi Cha yang mengantuk adalah manja maksima. aku kena ada depan mata dia. bangun nak amik air pun dia teriak macam kena cubit. Nurul pegang nak alihkan tempat duduk dia pun dia bantai teriak. manja tak ingat.


Cha: uuihhh belon!! menarik untuk dimasukkan dalam mulut!!

semua nak masuk mulut!!

Seronok tengok budak-budak ni main dalam pool ni.

Dan aku juga kagum dengan Noe. Rajin dia design segala macam hiasan untuk birthday Sabrina ni. Segala benda ada identiti birthday party Sabrina. Mesti berbulan gak dia plan smua ni. Tapi tulah, kegigihan seorang mak demi untuk anak. Biar pun orang selalu kata 'alah, 1st birthday, bukan budak tu tahu apa pun' Tapi sape kata dia tak tahu, bila aku tengok Sabrina yang tersenyum, gelak-gelak, tepuk-tepuk tangan time bukak hadiah tu. Aku tahu dia tahu apa yang tengah terjadi. Orang tengah meraikan dia. Dan paling penting, bila dia besar nanti mesti dia berbesar hati sebab mak ayah sanggup buat semua ni untuk dia.

Dan tak pasal-pasal, otak aku terus jana macam-macam untuk majlis Cha nanti. Tak confirm lagi, tapi dah pikir itu ini. Kaler theme, kek mana nak tempah, nak sediakan menu apa?? Sambil mandi pagi tadi pun aku dah terpikir, nak beli ke buat sendiri cupcake, hah sampai ke situ otak aku buat keje. Biasalah orang perempuan kan :)

Seperti biasa, aktiviti sebelum meninggalkan majlis. Harus la amik gambar dengan penganjur majlis. Eh, Anna Rafali pun ada. Ingat nak gak mintak bergambar, tapi segan lah pulak.

Sabrina sungguh sedap badannya.

dari kiri ke kanan:
aku yang gemuk dan Cha yang pakai baju pinjam gi birthday party orang, the SuperMak dan Sabrina the Birthday Girl, SueAnnaJoe yang super duper comel *i jeles* dan mak angkat Cha yang baik hati serta Payin. Nurul dah balik time ni. Raina melasak. Tak sempat dia nak laga-laga pipi, tahu-tahu hilang dah dia.


*nak tak nak kena la pinjam baju Payin. ibu bleh lak lupa bawak baju spare Cha. time ibu bawak tak pulak berlaku eksiden mcm ni. lepas ni tak kira gi mana, harus bawak baju spare untuk aku dan Cha sepasang.

12 comments:

  1. waaaa..bestnya.
    ari jumaat siap mimpi g birthday party sabrina.kahkahkah..verangan kodok betul..hihi

    ReplyDelete
  2. cute tgk babies masuk toys dalam mulut..hehe..baby baby..

    ReplyDelete
  3. baru nk tanye,
    apsal cha pkai baju cm baju laki tuhh??
    heheh rupenye baju pinjam :p
    na pun kuar xpenah bwk baju spare,
    tp stakat ni budak tu xpenah muntah2,
    kt umah pun xde muntah,
    sbb tu xpelik, hehe kuar bwk pempes je

    ReplyDelete
  4. best =)
    bile tgk masing2 dok buat besday party anak, rase mcm nk buat jugak. tp tuelah. x cukup kreatif pulak mak naurah nie. masih pk2. ptg nie nk tnya pendapat MIL camne nk celebrate besday naurah next month =p

    ReplyDelete
  5. sian cha, bju kotor, terpakse sarok bju bby boy,
    as pon setakat ni belum ade poblm gitu. bwk la hendbeg pon pmpers ,bju suar ank. bukn pe die kuat membery. hihi.

    ReplyDelete
  6. selalu bawak je baju spare dia
    tapi boleh pulak semalam tak bawak. time takde, time tu lah nak jadik kes
    seb baik ada member2
    nak pakai baju raina besar
    maka...baju laki pun layan la

    ReplyDelete
  7. bestnya.


    kita pulak sentiasa ada baju spare alia & maknya. sebab dah experienced bilamana kaisya poopoo sampai tembus seluar. haha. nasib baik dlm shopping mall so bole lari pegi beli baju baru.

    ReplyDelete
  8. woot woot Jiha pon tgh plan2 for bday Aqeef

    ReplyDelete
  9. sernoknya meeting lg ngn geng2 bloggers..
    tetiba nk pln sambut birthday husna jugk..haha

    oowh mmg comel aksi budk2 masuk mulut tu

    ReplyDelete
  10. uik ade jugak sipi2 muka aku dlm blog popular ni...

    *tukang jaga raina...fengsan

    ReplyDelete
  11. tula sape suruh jadik silent reader je kt blog ladynoe.sekali dia private kan blog terus langsung tak menahu dia dh ada ank dara huhuu..sowy ladynoe

    ReplyDelete
  12. kalau duduk area KL mesti boleh pergi party sana sini kan.. :)

    ReplyDelete