10 January 2011

mata tak berkenan

Hari ni tak masuk opis. Ada tugasan di tepi jalanraya. Hari ni pegi mengukur jalan untuk keselesaan bersama di masa hadapan. Tapi dari malam tadi, sambil melayan AJL25, kepala otak dah draft apa mahu kasik kamu smua baca pagi ni.

Anyway!!! Ana Raffali menang AJL25!! Tak sangka. Aku taruh harapan nak bagi RM35K tu kat Yuna. Tapi dah takde rezeki kan.. But Ana deserved it!! *tapi frust tu ada gak la.

Mode: Topic Change

Hari ni juga perlu restock barang mentah di dalam peti ais. Pegi petang siap-siap sebab malam mahu baring depan tv. Dan minta cuti masak malam ni. Sebab perut dah lapar dan nak baring depan tv tggu jam 9 malam. Maka, kita makan di gelanggang makanan saja lah ye en suami. Walau makanan di sana tidak sesedap makanan yang selalu saya sediakan, terima saja lah ye.

Hari ni tugas memesan makanan dilakukan oleh suami saya. Sebab anak perempuan saya asyik mahu berkepit sama ibu dia.

Sambil menunggu suami kembali ke meja bersama bahan pemakanan, sambil melayan anak ber 'ta ta ta' sambil tu lah saya memerhatikan pasangan yang duduk depan saya. Sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki, Mungkin sebaya Eisya, tak pun beza sebulan 2 je. Suami dia sedang memangku anak dia. Dia pulak pegi order makan. Bila makanan sampai, dia pegang anak dia dan suami dia bancuh susu anak dia. Pastu anak bertukar tgn, suami dia susukan anak dia dan dia makan.

Ketika saya menjadi pemerhati bebas ni, suami saya sedang makan dan saya sedang memberi anak saya makan roti. Tapi saya terus memerhati.

Bila tiba giliran saya makanan dan Eisya kini di bawah pengawasan abah dia. Saya tiba-tiba tengok suami perempuan di depan saya tiada dan dia sedang bergurau senda dengan anak dia. Saya pun isi lah perut sambil perhati suami saya bagi anak saya minum air lobak. Dan tiba-tiba suami perempuan itu muncul semula bersama lampin pakai buang. Dan dia amik anak dia bawak pegi tukar lampin. Dan perempuan tu duduk di situ bermain blackberry. Tak lama kemudia dia datang semula dengan anak dia dan kain tuala di bahu. Dan mereka pun berlalu pergi. Dan tamatlah keje pemerhatian saya.

Secara jujurnya, saya kurang berkenan dengan cara perempuan itu tadi.

Iye..iye akan ada yang kata 'bestnya dapat suami macam tu' Memang seronok, memang best kalau dapat suami yang ringan tangan macam tu, tapi kalau dah semua benda dia nak buat.. kau goyang kaki je. Macam tak elok je di pandangan mata orang tau. Dah la di khalayak ramai, kalau kat dalam rumah.. terserah kau la. Kat luar, tolong lah jaga sikit air muka suami tu. Dan pernah ada yang berpesan kat saya 'kalau depan family dia, kawan-kawan dia, jangan la di arah-arah suami tu' Dan aku sedaya upaya berusaha pastikan aku ingat pesanan ni. Selagi boleh, smua aku buat sendiri. Tak payah nak mintak-mintak tolong.

Bukan bermakna dia langsung lepas tangan. Mati kering la kalau smua benda aku nak buat sendiri kan. Tapi tengok keadaan dan situasi. Kalau hal-hal pengurusan anak, memang aku akui. Aku yang banyak bertanggungjawab. Tapi bukan bermaksud Eisya tak pernah dimandikan oleh abah dia, pagi-pagi selalu abah yang bersihkan bontot, uruskan sisa pembuangan. Aku pun tak kuasa nak benarkan abah dia lepas tangan, tu anak bersama beb. Kena lah jaga bersama.

Tapi, marilah sama-sama kita ingatkan diri. Jaga air muka suami kita. Jaga maruah dia.

Dahlah, tu je aku nak kata.

13 comments:

  1. kalau di luar outting bersama suami dan anak rasanya saling tolong menolong itu perlu. contoh time makan. bila si isteri makan si suami tolong tgkkan anak jika si suami makan si isteri tolong tgkkan anak pulak. bergilir2.

    tp bab tukarkan pampers anak di luar dpn org ramai rasanya mcm sesuai si isteri yg buat. kalau di rumah tak mengapalah. tak suka nampak si lelaki itu mcm penakut dan dayus terhadap si perempuan.

    p/s : si isteri main balckberry si suami yg urus semua? apakah itu? sian si suami kan? kalau nurul jadi dayu nurul tenung tajam ke arah si isteri itu.

    ReplyDelete
  2. dayu, kdg2 mmg ade org mcm tue. jenis laki rajin.

    mcm kite pon ade sbnrnya. bkn kite suruh tau. tp habi yg nak buat. kdg2 poneng gak kepala. tp dia mmg dah dididik oleh mak dia rajin mcm ppn. kalah kite yg mmg ppn nie.

    bayangkan la tugas memasak pon berebut dgn dia. semua dia nak buat. kemas rumah, basuh baju, lipat baju. pastu masak pon dia nak buat jgk.

    bab anak, cuma mandi & basuh uk uk Naurah je dia taknak buat. lain2 dia buat jgk. camno?

    berebut buat keje dgn suami. mcm kelakar =p

    ReplyDelete
  3. yer betul tu,
    tp na tetap jeles dgn pasangan lain,
    sbb ms kerja na ngn suami xsama,
    so na la monopoli semua tugas tu..huhuhu

    ReplyDelete
  4. malang suami pompuan tu..haihh kalo adik badek kita sendiri dh lama kena bambu dah kan betoi tak

    ReplyDelete
  5. agree...husband jiha pon dont mind nk uruskn anak, tp kalau luar dr umah,pndi2 la kan...takkan nk suruh suami lk... tlg sama2 ok lg..tp klu bulat2 ke dia aje, x manis aje

    ReplyDelete
  6. mungkin wife die tgh alami first trimester..haha...mcm maria..so anak akan di jaga oleh suami bila tatkalata perut ni buat hal nak termuntah dan sbgnya..

    ReplyDelete
  7. for me lah..situasi mcm ni..si isteri mmg sengaja menunjuk² yg si suami tu ringan tangan..buleh dsuruh²..kunun x mcm org lain..*rsa nk muntah dstu..

    adalah terjadi dgn sedara..anak lbh kurg sbya..tp ank dia x pndi jln lg..

    time rewang...sy potong bwg..ank jln2 smbil di awasi suami..suami mmg x buat kerja lain lah..dh isteri dia merewang..anak yak..patut lah kan suami amek alih utk bersihkan pembuangan semua..kang sy yg buat ada melalak bontot budak tu pedih bwg..

    sedara sy ni plak..x wat pape jaga anak dia..suami pn takde mende nk buat..sebab dorang bru smpai..anak yak..toleh kri kanan cari laki...dgn sore manja² katak "ni anak berak"...sian si suami tak pandang kiri kanan amik anak..yelah takan nk bertekak kt situ patutnya sapa yg kene bersihkan bontot anak kan...

    seee...u all rsa cmana...

    ReplyDelete
  8. ade jugak org gitu yer...xpatut tul buat hsbnd camtu...cam xde fungsi jer jadi isteri...

    ReplyDelete
  9. betul tu .. klu kat luar sila la jaga air muka suami .. walaupun bagi kita tak pe, ape kata org sekarang tak de halll la .. tapi klu org tua2 pandang memang tak manis

    ReplyDelete
  10. Haqq kalau ada abah dia..
    semua nak abah dia buatkan..
    bancuhkan susulah..
    mandilah,pakaikan bajulah...

    kalau macam tu kid kejam ke?
    maybe sebab abah dia jarang balik sebab tu Haqq nak bermanja kot..

    tapi bila abah dia takda depan mata dia..
    kid la yang buat..
    sebab tu kadang-kadang kid suruh abah dia sembunyi..
    hiks.. :P

    ReplyDelete
  11. hmm...kalau bini dok layan blackberry dan laki die yg dok uruskan suma,mmg tak patut lah kan.
    tp...tak boleh nak cakap gak kan.mebi laki die suka camtu.like mr sharil,kalau kat luar..memang dia lah yg suka uruskan hal kysha.
    lain org...lain caranya kot

    ReplyDelete
  12. hihi... manatau dah deal kat umah ke dayu.. kalah bet ke.. or mmg his 'turn' nak uruskan si kenit.. hiks hiks sometimes benda2 mcm ni boleh nak spice up marriage life..

    :)kita kawen bukan untuk setahun dua.... sebab nnt bila ada masa kita perlukan suami kita untuk membantu atleast dia tak kekok

    hihi - tapi ye lah mata tak berkenan ni lain2. saya tak berkenan tgk lelaki bawakkan handbag perempuan.. camtu agaknyer dayu rasa

    ReplyDelete