Ye, hari ni ulang tahun kelahiran saya yang ke-28.. Tetapi semalam juga adalah ulang bulan anak kesayangan, pujaan hati saya yang ke-10. Dan saya sebagai sorang ibu adalah lebih teruja mengenai ulang bulan anaknya berbanding diri yang semakin tua. Tapi sebenarnya teruja juga sebab The MEET bersama SnB malam Sabtu lepas sungguh menggembirakan.
Saya adalah akan mendahulukan ulang bulan anak saya berbanding ulang tahun saya.
Anak saya, Eisya Elyssa dah 10 bulan!! Seperti tidak percaya. Setiap hari memang begitu, lebih-lebih bila tatap dia yang sedang tido. Tidak sangka dia sudah memanjang begitu sekali. Sudah sangat bising. Ibu kini panggil dia 'Gergasi Kecil' Sebab dia sangat garang sekarang. Kalau bersuara sungguh lantang. Dia juga suka mengigit kini. Gigi baru 2 batang dah keje nak gigit kaki ibu je. Kaki abah tak mahu pulak.
gergasi kecil saya
Ibu dan abah kini sentiasa teruja setiap kali dia melepas tangan dan berdiri atas kaki sendiri. Biar sekadar 5 saat, bertalu-talu la ibu cium pipi tanda tahniah. Dan bila semalam ibu menjerit panggil abah 'yang, Cha panjat kerusi' Selamba abah jawab 'dah lama lah dia reti panjat' Hhhmmm... apa ni?? Ibu tertinggal progress Cha.. takpe..takpe.. Tak kesah. Asalkan ibu dah dapat tengok jadik lah.
Sekarang Cha sudah tidak mahu makan bubur tawar hebeh... she need some flavor. Kini bahan bubur adalah isi ikan/ayam goreng. Tawar-tawar dia tak layan.. Ohh, sibuk juga nak suap makanan sendiri, nak pegang sudu sendiri.. akibatnya, habis muka lantai semua bersepah. Cawan pun sibuk nak pegang sendiri.. She's growing!!!
Malam tadi bila sama-sama tengok balik gambar-gambar dan video lama Cha.. kami suami isteri sama teruja. Cha je buat tak layan. Dia sibuk gigit marker pen ;). Dulu dia sungguh tembam, muka bulat. Suara pun halus je. Tengok video pertama kali dia mengesot ke depan, pertama kali dia membebel.. Hhhmmm... aku rindu!!!
Tak sabar nak dia membesar, tapi mahukan dia sentiasa be my baby!!
Bila dia semakin pandai meniru segala apa yang kita buat. Ibu tepuk tangan, dia tepuk tapi bila tak bunyi, cara dia tengok belek tangan dia adalah sungguh mengasyikkan.
Adakalanya melayan dia yang semakin lasak memang meletihkan. Lagi-lagi layan ragam dia dalam kereta. Ya ampun, kereta sungguh bersepah dia kejekan. Segala button adalah item kegemaran terkini. Jangan la halang, meronta-ronta dia. Selalu berharap 'tido lah Cha, tak larat ibu nak layan awak' tapi bila dia dah lena sibuk pulak aku datang cium-cium kepala, pipi dia smua.
Ohhh, bakal tinggalkan dia 2 hari minggu ni. Nyampah aku. Asyik aku je tinggalkan dia. Abah dia selalu kata 'Cha sayang abah lebih kan, abah orang pertama Cha tgk, abah tak pernah tinggalkan Cha kan' Ye, kalau tak kira tempoh berpantang, Ekwan adalah sentiasa bersama Cha. Aku je yang asyik tinggalkan dia ber-2 ngan abah dia. Takpe... apa-apa pun Cha photostat muka aku ;)
2 bulan lagi setahun la dia.. Insya Allah, ada rezeki... adalah upacara meraikan genap umur Eisya setahun!!!
lg 2 bulan je lg!! :)
ReplyDeleteHappy 10mths cha.... dah besar n semakin ayu...
ReplyDeletehappy 10month dayuuuuu...
ReplyDeleteeh silap....eisya!!!
kejap je masa berlalu, anak makin membesar, kita makin tua. Oh!
cha dah 10 bln...cepat kan mase belalu...wah tak sabar nak g besday party cha..heheh...
ReplyDeletebeza 10ari je ngan ammar ni..
ReplyDeletenampak ayu cha pakai tudung tu.
yelahkn...lg 2bln je diorg nk setahun...tacing ni...
ReplyDeleteHappy 10mth cha..
ReplyDeleteSekejapan je kan masa berlalu..lg 2bln ank kite setahun..yey!~
haha comeyner cha posing pkai bju kurung..
ReplyDeleteerm btul, biler xtido berperang nk kasik tdo tp bila tdo cbuk plk dok tnung cium2 pp ank kn
alalala..
ReplyDeletegergasi kecil yang comel ni kena tinggalkan lagi ek..
takpe ek abah kan ada.. :P
selamat hari lahir dayu :)
hepi 10 mths cha....^_^
ReplyDeletesyukur Alhamdulilah dah 10 bulan anak dara
ReplyDeletesekejap je dah besarkan dayu. ayu je cha pki tudung. hihihi.
ReplyDeleteyeay cha lagi 2 bulan nak setahun..
ReplyDeletesemoga pnjg umo cha, sihat dan ceria k...jgn garang2 sgt tau, awak tu anak dara,e'hemm~~kena control ayu gitu...
ReplyDeletepe2 pon, cenyum2 selalu k..