27 February 2011

Percubaan Kali Pertama

Hari ini (iaitu tengahari tadi) Aku berjaya keluar memandu berdua dengan Eisya. Hoyay!! Walau hanya ke Mydin mencari shawl dan beli kasut Eisya *juga ibu* Aku anggap ini pencapaian terbaik bagi percubaan pertama.

Dan aku kagum ngan diri sendiri. Memandu kereta manual sebelah tangan, sebelah tangan pegang botol susukan anak. Hebat!! Memang hebat bila anak dah menjerit-jerit.

Aku silap pilih masa lah tadi. Kuar berdua time dia mengantuk, memang haru lah.

Tapi aku rasa Eisya memang tak suka kena ikat kat carseat tu. Sebab bila sampai je parking, bila aku angkat keluarkan dia dari carseat, elok je dia tersenyum. Melompat-lompat depan stereng. Bila dukung bawak masuk Mydin pun elok je dia. Siap mata buntang je tunjuk-tunjuk mintak ibu nak main kereta mickey mouse. Alah, yang kena masuk token tu. Pastu benda tu gerak-gerak tu. Panggil apa hah?? Layankan je lah. Dulu bila bagi main dia takut, kali ni siap tak nak turun la pulak.

Anak aku dah besar!!!

Time balik dia bertahan 2 minit je kot dalam carseat. Dan selebihnya dia menjerit je lah. Nak tak nak tadah je lah telinga dengar jerit pekik dia. Nasib baik Mydin ngan umah 5 minit je.

Secara keseluruhan, aku tak serik. Tapi rasa takde lah susah sangat. Aku tahu, bila keadaan dah memaksa aku mesti boleh.

*esok belajar buka tutup stroller (:

5 comments:

  1. Akhirnya,brjaya dh dayu,hehe tp kan sbenarnya kalu kuar br2 je ngn ank ni,bkn ms 1st kuar tu je,mmg tiap2 kali kuar neves dia mcm apa yg dayu rase tu la. Tp pndai2 r c0ntrol kn,haha btw tahniah ats pcubaan itu. Hehe

    ReplyDelete
  2. Haha! Rasanya 1st timer mommies akn rasa menda yg sama... handle anak seorg2 kt tmpt awam...sy pn xreti lg nk bukak n tutup stroller...kena blaja jgk nehs... asik harap en.somi je bila nk pandai n blaja berdikari pn xtaula...hihi...all the best!

    ReplyDelete
  3. hehe..tahniah!tahniah!

    sama mcm afni slalu la.bwk keta manual.bila time dani mengamuk nk susu, sblh pegang stereng, sblh susukan anak..hehe..lenkali dayu ltak je die dlm stroller. atleast kalo dia x nak duk dlm tu, dayu bole ltak brg kita shopim dlm tu.

    tapi bg kaum ibu yg anak baru la 2 bulan or habes pantang, xpayah la heret anak tu shopim berdua je tanpa hubby..masalah oo bila baby mengamuk. baru2 ni g shopim dgn dani, ada sorg minah bwk anak kecik baru abes pantang kot, anak melalak.dia pun muka ketat.

    tapi jeles oh! dayu da berjaya bwk cha pegi tgk movie. coming soon nk gamble bwk dani plak..hoho

    ReplyDelete
  4. nak cuba jugaklah drive dengan imaan je. :)

    ReplyDelete