10 February 2011

Pengumuman: Club Med The Mines

Mintak perhatian!! Minta perhatian semua. Aku ada pengumuman nak buat. Sila bagi tumpuan. Fokus. Biar jangan sampai salah tafsir. Ini pasal aktiviti berjimba dan berlaga pipi di Splash Park, The Mines pada 13 FEBURARI 2011 iaitu Ahad ini.

3 minggu lepas, selepas kehangatan gathering pertama di Megakidz yang mengundang rasa cemburu ramai pihak sebab gagal untuk sama-sama mengomol anak orang. Nurul dan beberapa yang lain telah merancang 2nd gathering bagi mengubat rasa kecewa mereka-mereka yang tidak hadir pada perhimpunan kali pertama mommies blogger itu. Dan kita semua telah sepakat untuk bertemu di Splash Park pada 13.2.2011 jam 10 pagi kan.

Ingat tak?? Jangan buat-buat lupa.

Tapi disebabkan minggu lepas keadaan cuaca yang agak merundum, asyik hujan je. Beberapa pihak mencadangkan agar agenda ini ditundakan. Selain itu, bagi memberi laluan kepada mereka-mereka yang tidak dapat turut serta pada tarikh tersebut. Aku okay je. Mengikut kata majoriti. Wa no hal. Ikut je. Bila tiba-tiba aktiviti pada hari Sabtu bersama SnB juga ditangguhkan. Aku tiba-tiba terbayangkan hari minggu aku yang akan suram tanpa sebarang aktiviti. Mahu melanguk je aku duduk kat rumah. Ekwan memang la suka. Tapi aku kurang suka. Eisya pun mesti tak suka memerap je dalam rumah. Maka, aku amik keputusan akan pergi jugak ke Splash Park Ahad ni.

Bila aku baca beberapa status beberapa bloggers kat FB yang kata, derang jugak akan ke sana hujung minggu ni. Lagi la seronok. Tak dapat jumpa ramai-ramai bagai dirancang, dapat jumpa 2,3 orang pun jadik la. Lagipun dah lama sangat rancang. Kepala otak aku dah set, 13.2 Splash Park. Kang tak pegi, takut kempunan pulak. Dan semalam, setelah berbalas-balas komen macam masing-masing takde keje dah. Tinggal seminit, habis tertinggal keretapi.

Di sini, aku simpulkan keputusan yang telah dicapai:


Lokasi kejadian: Splash Park, The Mine
Masa berkumpul: Jam 2 petang

Disebabkan Splash Park tidak menyediakan karpet untuk kita duduk melepak berborak-borak dan tiada ruang untuk kita melepaskan anak-anak bersosial, so sape-sape yang ada tikar tu bawak la eh.. aku bawak sekeping.

Eh, Splash Park bleh bawak masuk makanan tak hah??

Untuk review Splash Park bleh tengok blog Elly, dia dah buat lawatan tapak minggu lepas.

Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir hari Ahad. Jangan risau. Jangan gundah gulana. Korang bleh pegi hari Sabtu. Nurul ngan Sharena ada hari Sabtu. Tak pasti lagi sape yang ada. Kalau tak free Sabtu, datang Ahad. Aku ada *eleh.. apa ke heran sgt kat kau dayu* Sape lagi yang datang, aku pun tak pasti. Tapi tak penting. Tak tahu lagi bagus. Barulah ada element of surprise di situ. Setuju??

Aku mungkin hanya akan berdua ngan Eisya. Ini akan jadik episod pertama keluar hanya berdua dengan dia. Maka, silalah perhatikan kekalutanku nanti. Dan sila juga ringankan tangan tolong aku jaga dia. Hahahaha...

*anak-anak dara pakai bikini.. anak bujang pepandai korang lah.

10 comments:

  1. dua2 tak dapat pergi.huhuuu...
    nanti tepek gambar bikini cha banyak2 ek.bikini je tau ;P

    ReplyDelete
  2. best dayu tempat tue...confirm eisya tak nak naik dari kolam tue...kayrul dah bawa haikal g sana bulan lepas

    ReplyDelete
  3. dayu,bayaran masok bape?tetibe rasa gatal nk pegi(padahal ade kenduri)

    ReplyDelete
  4. baik! akan cuba usahakan datang. sbb nak jumpa Dayu, Sha, siapa lagi? takpe takpe surprise lagi bagus.

    balik nnt kita add Dayu kat FB ok!

    office ni mengong blok FB. tak sosial betul.

    ReplyDelete
  5. ank laki pkai rompers pun dah sepsi pe :p

    ReplyDelete
  6. anak2 bujang pakai spender gambo spiderman...auww...seksi yuuu...hahaha...

    naurah pon da x sabo nk cuci mate =p

    hari sabtu pukul 4 petang yer =) kang ada yg dtg awal pastu x nmpk aku & nurul, kate kitorg tipu pulak..kekeke =p

    ReplyDelete
  7. YEAH ARI SABTU AHAD ADA. AHAD DI URUSKAN ASSISTANT KU DAYU DAN DAN SABTU DI URUSKAN OLEH KU DAN ASSISTANTKU RAIHAN. SABTU PUN RAMAI BLOGGER AHAD PUN RAMAI BLOGGER MARI2 HEHE

    ReplyDelete
  8. jangkakan kelambatan dr daku...(hopefully tak la lmbt sgt)...i akan bertolak dr segamat

    ReplyDelete
  9. dayuuuu.....jumpe kat sane tau....walopun diriku ini malu tetapi akan ku pegi jua...sgt tak sabar mau belaga pipi dgn yang lain....beshnyer.....

    ReplyDelete