Masih ingat tentang hadiah harijadi dari Nuffnang untuk aku?? Minggu lepas aku gi tuntut 4 keping complimetary passes tu. Merasa la jejak kaki ke pejabat Nuffnang kat Heritage House tu. Bila tgk kat list name tu, ramai sungguh yang dpt hadiah ni. Murah hati kan Nuffnang. Bagus. Suka aku.. Harap-harap lain kali dapat lagi.
dapat tengok wayang free
Dan minggu ni, kami sekeluarga keluar berjimba di Sunway Pyramid. Yang paling hampir dengan kediaman, dan yang parking nya murah. Itu penting agar tidak menyesakkan nafas sendiri. Seawal jam 11 kami sudah meninggalkan kediaman, sebab tidak mahu berpusing-pusing mencari tapak untuk meniggalkan kereta sementara kami berjimba nanti. Sampai pukul 11.15 pun parking dah penuh. Semua lampu merah. Pergghhh.. pukul berapa korang sampai ni??
Bila dah berjaya meletakkan kereta di tempat yang tidak dikhaskan, tapi tidak memudaratkan terus lah pergi memcari tiket. Hajat dihati nak tgk I am No 4. Tapi sekali complimetary pass adalah tidak layak. Tak bermanfaat sungguh la. Boleh guna untuk citer yang dah showing for 2 week. Chaaiitt...
Tapi tak mengapa lah. Kata percuma, jangan banyak soal. Maka, meh la kita layan Green Hornet. Apa-apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada Nuffnang dan juga TGV. Lain kali bagi lagi eh..
isi perut secara pantas sebelum menjamu mata tengok wayang free. gergasi kecil baru je terjaga dari lena. beriya ibu bawak bubur semangkuk, 5-6 sudu je dia makan.
Eisya sangat berkenan dengan uncle Mc'Donald.
Kali ke-2 Cik Eisya menonton wayang. Kali pertama, pergi time malam. Memang waktu tido dia. Maka, senang la keje. Bagi susu, tido lah dia. Kali ini, dia baru sahaja bangun tido. Dan silalah mendengar dia berceloteh dalam gelap itu. Huhu, dengan tak mahu duduknya, terloncat-loncat. Nasib belakang takde orang, tapi orang di depan dah menoleh-noleh 3,4 kali. Mintak maaf lah ye dik. Anak akak tengah teruja ni. Tapi syukur, tak lama dia begitu. Pastu menyandar baik je kat badan ibu. Layan habis dia tgh tv besar. Bagi susu, terus lena.
Nasib baik dia boleh tido ngan bising-bising gitu, tapi ibu dah peluk erat-erat pun ada gak tersentak sikit.
Eisya memang anak yang baik. Senang diuruskan. Upahnya, 3 helai baju baru. Ohh, aku adalah sangat gagal mengawal diri kalau masuk F.O.S Teens & Kids. Nasib 3 helai je aku sauk, ikut hati semua aku nak. Baby shirt dia sangat mengodalah. Takpelah, sebulan 3 helai. Hahaha, baru sedar, tiap bulan aku habiskan duit kat sana. Situ yang macam murah tapi lawa. Anak aku pakai baju murah-murah je. Ni baju hijau ni, baju F.O.S lah ni..
Ohhh, beginilah gergasi kecil saya kini. Tidak mahu duduk diam. Anak kalian begini jugak kah?
*lagi 2 keping kita guna next week ok. ke nak gi malam rabu ni?
syokknye boley bwk cha msuk pggung,
ReplyDeletena serius xbrani,
ishk mmg xboley la mamat tu..
kang abes semua org dia nkt egur,
dia nkg tarik baju..
eeeeee *seram*
fos tu mmg comel2!!!
dah la murah2, sayangkan kuantan xdek, tsk tsk :(
FOS mang berbaloi2...hehehe ala baby kan cepat membesar
ReplyDeletetakyah nak bazir duit...FOS baju baby sgt cantik n murah kan
okla cha nak gak dok dlm stroller..aqil jgn hrp..em kt penang dah ada FOS kid tu..so merasala den menghabiskan duit kt situ..hehe..
ReplyDeleteaqil haritu terkejut masuk wayang kuat sgt bunyi die..terus nangis...tp kejap je..seminit je kot..dpt upah peluk skit diam..pastu lena..hehe..
wahhh...cha sgt baek la....bestnyer die dpt tgok wyg ngan ibu, ayah...
ReplyDeleteerm...mmg FOS tu murah dan cantik2la dayu,
aku pon suke gi situ...paah la yg suggest..hiihihi..
dapat hadiah ni mmg selalu best kan..;)
ReplyDeletektorg pun suka bli baju dari FOS. yang best skang ni ada 3 for rm30 :p berpinar mata ibu adrianna ahaha
ReplyDeleteterasa jugak nak tgk movie sekeluarga.tapi harus kena halau lepas tu sbb mek kecik suke jerit2 time tgk tv ekeke
Wah Cha dah dua kali masuk panggung..igt nak try bawa ammar tgk wayang gak next week xtahu la camne hehe
ReplyDeleteSama la dayu, memang xtahu duduk diam pun, skrg ni g mana2 mmg xmau duduk lam stroller dah, bt bdn cam beluncas nak turun huhu
lama gila kot tak tengok wayang. since pregnant.
ReplyDeletetunggu lah bulan 6 nti.
kot2 dpt tiket free dr nuffnang ke kan. ada reason nk bwk alfiy tengok wayang sekali. heee
anak kayrul masa kecik bila bawa masuk wayng..behave jer...
ReplyDeletebila dah besar, gelap jer sikit kat wayang tue, dah menggelupor....huhuhuhu
dayu, sila byk kan koleksi tudung berwarna kuning.kerana warna itu membuatkan kamu glowing.ini pujian ikhlas setulus hati
ReplyDelete