17 October 2011

Yummylicious Pavlova

Sabtu Ahad lepas, keje aku adalah pukul telur ngan gula buat meringue, pastu ulang alik hadap oven.. Hahahaha.. ye, achik sakan buat PAVLOVA.. Rasanya seminggu ni mem'pavlova je lah. Selagi stok whipping cream masih ada, makin galak la aku buat pavlova.

Benda senang nak buat, pastu lazat. Lagilah bersemangat jadiknya kan. Bahan pun mudah dan murah. Whipping cream la kot mahal skit.

Pape kita tayang hasil tangan hari sabtu aritu eh..

rupa tak berapa menarik. rasa pun manis terlebih sebab salah baca resipi. so hasil percubaan pertama tak berapa mendapat sambutan. memang kena letak buah kaler merah + kuning la atas pavlova ni, baru lagi mengancam

dan ini hasil percubaan kedua. jamu mak, Pak Ngah ngan Mak Ngah Cha semalam. Yang ni dalam masa 5min selesai (:

Camne nak buat?? Sangat mudah okay.. Terima kasih kepada Puan NaNo yang sudi kongsikan resipi ni dengan aku, dia dah lama buat. Siap dah meniaga dah, aku baru nak cuba. Patut dari dulu lagi cuba..mudah sangat. Sungguh.. Ini dia resipi Pavlova, pastikan korang cuba. Mesti lepas tu kemaruk gak macam aku, nak buat lagi dan lagi.

PAVLOVA

Bahan-bahan Meringue:
3 biji putih telur
1 cawan gula icing
3,4 titik esen vanilla
3,4 titik cuka
1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan topping Cream
250ml whipping cream  (boleh jugak nak tambah gula ke, madu ke, nak bagi manis skit. tp meringue tu sendiri dah manis.. so tak perlu kot)

Cara-caranya: (sangat mudah)

1. Untuk buat meringue: Pukul 3 biji putih telur ngan gula icing, guna high speed terus. Pastikan tiada bercampur kuning telur. Bekas kena kering betul-betul. Tak boleh ada air langsung. Kalau tak memang tak jadiklah meringue ni. Putar dalam 15 min. Putar sampai bila kita terbalik kan mangkuk tu, tak meleleh.

2. Kemudian masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung. Gaul kasik sebati guna sudu.

3. Kemudian alas loyang guna baking paper.Panaskan oven sebelum masukkan meringue ni. Guna suhu 150.

Meringue siap sedia nak masuk oven.

4. Bakar selama 50min. Guna api bawah je. Suhu 120. Dalam masa sejam tu, meringue ni akan mengembang, dan merekah sikit. Jangan risau.. itu petanda molek. Tak perlu menangis depan oven. Selepas 50min, bakar pulak guna api atas bawah selama 10min.

Hasil selepas sejam duduk dalam oven. Rangup diluar dan bertekstur marshmallow di dalam.

ni gambar meringue yang 1st attempted. 
5. Bila dah siap bakar selama sejam. Biarkan meringue ni sejuk dalam oven. Jangan keluarkan. Jangan risau kalau dia mengecut.. takpe. Yang penting jangan kuarkan dari oven, nanti dia sudden drop. Biar dia drop slowly.

6. Sementara tunggu meringue tu sejuk, bolehlah putar whipping cream sampai dia kembang. Sementara tu boleh wrapped dan sejukkan dalam fridge. Bila meringue dah sejuk, bolehlah sapu whipping cream atas meringue. Dan hiaskan lah dengan buah-buahan pilihan. Tak sempat nak tunggu sejuk daslam fridge, selesai.

salut meringue dengan whipping cream secara meriah.

ini lah rupa pavlova tu bila dipotong. meringue tu seharusnya rangup diluar dan lembut mcm marshmallow kat dalam. as semua yang makan semalam kata sedap, aku berpuas hati lah.

Perrghh, kalau korang google image pavlova ni, memang semua buat terliur.. Garnish dia memang terbaik!! Dengan syrup dia.. Tapi achik punyer, walau rupa tak seberapa.. bila dah makan mesti nak tambah lagi, tapi kesian bila datang nak mintak lagi, dah habis.. hehehe..sian laki aku semalam, beriya hulur pinggan, sekali dah licin.. Malam ni orang buat lagi eh...makan la puas-puas

Rasa nak try buat mini pavlova lah.. boleh buat untuk desert birthday party ke, open house ke.. *jemput 5org mampu la nak buat.. 50 orang, merasa aku tido depan oven.. tapi kalau dapat oven 40liter boleh kot..



*peerghhh, aku bagi resipi mcm sgt profesional je kan.. hakikatnya...

24 comments:

  1. tgok pon dah tau sedap tp x berkesempatan nak try..:)

    ReplyDelete
  2. see, mmg pavlova ni berhantu lg bg sape2 yg baru buat,
    heheheh weh mcm byk je borong whip cream,
    brape kotak borong hr tu? hehe ke beli kotak bsr je trus??

    ReplyDelete
  3. tak penah makan pavvy ni..nyum nyum mcm sedap je ni

    ReplyDelete
  4. yeah...dayunya pav dah sejuk still membukitkan..evynnya mcm kecut je..hhaha tu r wat mini pavlova kan..best gak..leh jmu kwn2 opis

    ReplyDelete
  5. teringin nak buat tapi xde oven....bak mai pinjam oven..huhu

    ReplyDelete
  6. senangkan resepi dia ... kita pun dah byk kali buat =)

    ReplyDelete
  7. tgk mcm senang jek resepi tu
    tp kan org jual mahal kan

    ReplyDelete
  8. nak buat jugak...huhu jeles giler tgk

    ReplyDelete
  9. nakkkkkk...tapi malas buat..dayu buat laa lagi..post kat kita sket..

    ReplyDelete
  10. yeah caya lah dayu. malam ni aku nak buat lagi. hari tu buat x jd la meringue, itu yg terlebih crunchy..

    ReplyDelete
  11. adduhhh lagi blogger buat pavlova!!!
    nih buat nafsu bergelora nak buat juugaakk!!

    ReplyDelete
  12. terliurnya dayu tapi kemalasanya plak nak membuat...hehehhee

    ReplyDelete
  13. aku beli whipping cream size besar, 2 liter trus okay..
    tu yg sakan nak mem'pavlova je
    siyes..korang kena try buat
    simple je.. jgn malas
    pukul telur 15min je
    pastu biar je dia dalam oven..

    sedap..anak2 pun suka
    boleh lah kurangkan gula kalau tak nak manis sgt

    ReplyDelete
  14. sumpah sedappp! kite mkn kat kedai sepotong rm16 :(

    nak buat sendiri takde oven..

    ReplyDelete
  15. sungguh mengterujakan okay.... dah mengidam dah!!

    ReplyDelete
  16. ok, memang terliur dah ni. series teringin nak buat tapi bila mikirkan budak kecik yg bizi mengacau terus terbantut niat. huhu

    ReplyDelete
  17. sedapnyeee..nk try la nnt..thx letak resipi sekali.. ;)

    ReplyDelete
  18. kak dayu lmbt post larh . saye da buang da whipping cream yg lebh 1 kotak tu . tak tau nk wat pe mak buang jek . huhuhu . lau tak leyh try . lain kali saye try .

    ReplyDelete
  19. dayu, kayrul dah cuba resepi nie..memang terbaik la. First time cuba terus jadi. kecewa sikit coz takde buah jer..

    minta izin copy resepi dayu ye..

    http://sedetikilham.blogspot.com/2012/02/pavlova-tercapai-gak-impian-aku-nak.html

    ReplyDelete
  20. nice look lah pavlova ni...mcm nk try gak..tp x sempat laie...

    ReplyDelete