6 bulan yang lepas, waktu ni (jam 9.30 pagi) aku masih tersenyum-senyum melayan calldansms sambil berbaring tenang atas katil kat wad 5B Hospital Serdang. Rileks je. Yelah, tak rasa pape lagi kan.
Start pukul 2 ptg aku dah start berkerut-kerut. Rasa yang selama ini dinantikan telah muncul tiba. Mild contraction dah menjenguk. Tapi rileks je lagi. Masuk 4.30 aku dah mengelupur. Tergolek-golek atas katil hospital menahan sakit contraction. Habis segala besi yang ada aku genggam buat menahan sakit. Aircond dalam wad punyalah sejuk tapi aku berpeluh-peluh. Doktor datang 'menyeluk' tapi dia kata belum lagi. Tunggu sikit lagi baru boleh tolak aku masuklabor room. Maka berkerut-kerut lah muka aku atas katil tu. Pukul 6pm nurse tolak masuklabor room. Aku akan ingat camne mengigil aku waktu tu. Ngan contraction yang dah makin menjadi-jadi. Peergghh!! Kalau dikenang memang fobia. Tapi pengalaman tu memang terindah. Terasa complete sudah hidup ni. Dapat memeluk tubuh panas si kecik yang berlendir, berdarah tu.. Ya Allah, indahnya rasa!!
Pengalaman 6 bulan lepas mmg terindah!!
Eisya ketika berumur 1 hari. Baru pulang dari hospital.
akhirnya dia bukak mata. merenung abah dan ibu.
Kalau lah ada yang rakam segala kejadian 20 April 2010 tu, rakaman tu akan jadik rakaman termahal nilainya dalam hidup aku. Fasa-fasa perubahan. Detik-detik bergelar ibu. Indahnya!! Teruja dia tak sama bila 1st time dpt kete, perasaan bergelar isteri pun tak indah macam perasaan jadik mak. Serious. Itu yang aku rasa.
Membesarkan Eisya adalah mudah bagi aku. Dia seorang anak yang baik. Anak yang tak banyak ragamnya. Dia tak menyusahkan ibu ngan abah. Tak menangis sesuka hati. Kalau dia menangis, lapar lah tu tandanya. Bagi susu, diamlah dia. Malam hari pun dia tak mengganggu tido ibu dia ni. Dia bangun untuk menyusu semata, dpt susu tido. Jarang sekali dia menangis dan berjaga di waktu malam. Walaupun adakalanya dia mintak dimanja berlebihan, tak mahu diletak, nak berdukung sentiasa. Semampu boleh aku dan abah dia turutkan. Dia nak perhatian. Dah la 5 hari seminggu duduk dengan orang, hujung minggu je lah nak berkepit ngan ibu abah kan. Penuhilah keinginan dia.
Bila dia sakit, demam, selsema buat pertama kalinya masa umur 2 bulan, sungguh aku mmg haru. Memaksa dia makan ubat. Selagi dia tak baik, tak kembali ke keadaan biasa. Rasa nak je tukarkan sakit tu. Memang la, menjadi ibu kau akan berubah sepenuhnya. Berubah dari segala segi. Keperluan diri letak tepi. Semua anak. Apa-apa, mesti dulukan anak. Pengalaman menghuni hospital di kala Eisya 4 bulan, cukup mengajar bagi aku. Aku banyak amik mudah hal kesihatan anak sebelum tu. Aku lupa dia budak lagi. Manakan sama imunisasi dia dengan aku. Sejak tu, kalau boleh elak mmg aku elak. Takde lagi la aku nak bawak dia gi tempat yang penuh orang, mencari penyakit tu namanya. Bila dia membesar dengan sehat, mengikut perkembangan yang sepatutnya, aku sebagai ibu mmg berbunga-bunga. Mak mana yang tak suka. Melihat dia yang mula meniarap seawal umur 3 bulan, cukup menggembirakan. Bila dia galak berborak, tersengih-sengih ngan kita. Peergghh, tak tergambarlah perasaan suka tu.
Menjadi ibu memang menyeronokkan!!
Dan sungguh aku betul-betul syukur dengan nikmat dan kesempatan yang Allah berikan ni. Memberi aku peluang merasa smua ni. Kami tak perlu menunggu lama. 2 bulan selepas akad aku disahkan mengandung. Alhamdullilah, rezeki yang dinanti muncul sudah. Dan sekali lagi aku bersyukur, proses mengendong Eisya juga dipermudahkan. Aku tak alami alahan yang teruk, tiada sebarang komplikasi. Eisya sememangnya budak yang baik, sedari masih di dalam rahim hinggalah dia ke hari ni.
Hari ni Eisya berusia 6 bulan. Memang terasa sangat cepat masa berlalu. Macam tak percaya dah 6 bulan kami hidup bersama. Dah 6 bulan aku menghadap segala kerenah dia. Dari saat dia hanya tahu menangis, terbaring dan tido je sepanjang hari, hinggalah sekarang yang asyik nak berjaga. Nak bermain. Main sampai kadang-kadang tak mahu menyusu. Dah 6 bulan juga kena lupakan keinginan nak bangun lambat bila hujung minggu. Dah 6 bulan jadual hidup berubah sepenuhnya. Dah 6 bulan juga aku tidak lagi tidur lena sepanjang malam. Ada kewajiban perlu dilaksanakan. Bunyi mulut si kecil yang mencari-cari susu cukup untuk buata ku tersedar. Kalau dulu, orang dah pukul ngan bantal pun belum tentu aku bukak mata.
Itu lah keindahan menjadi mak. Kau akan berubah tanpa dipaksa.
Aku hanya harapkan Eisya akan terus membesar dengan sihat. Jauhkanlah segala jenis penyakit dari dia. Aku tak rasa aku sanggup nak melihat dia menanggung kesakitan. Dia terlalu kecil. Dia tak tahu apa. Biarlah dia rasa yang seronok-seronok je. Biar dia gembira sentiasa.
Eisya adalah segalanya!! Ibu sayang Eisya!
kasih anak hingga ke syurga
ReplyDeletesatu perasaan indah yg sukar nak digambarkan bila tengok muka si kecil tu kan.
ReplyDeleteada rasa rindu nk cium bau baby tak? dh tentu2 la eisya skrg xde bau baby dah..eh? eisya dh sunat ke blom?
ReplyDeletebila dah jadi ibu ni..
ReplyDeletesemua instinct tentang anak cepat je terasa..
mmg ajaib kan..
padahal kita bukannya dilatih pun.. :)
adoi terharu siot:)
ReplyDeleteyelah 6 bulan yang lepas eisya lahir.. dapat tarikh nabi kita pulak.. alhamdullilah.. semoga cha semakin cerdik, sehat walafiat amin amin ya rabbal alamin..
tgk gambar eisya yg no 2 tu, pkai sarung tgn kaler merah.. comelnyerr...
ReplyDelete