07 October 2010

si kecik bersiram

Memandikan Eisya adalah sesuatu yang cukup mencabar buat masa kini. Dia dah tak boleh duduk diam dalam besen mandia tu. Asyik la nak tunduk, nak telan air. Kalau didirikan, sedaya upaya dia cuba melompat-lompat dalam air tu. Seronok agaknya dapat kocak-kocak air.

Memang tak reti duduk diam anak aku. Ada je akal dia. Tarik rambut ibu lah, pegang baju ibu kuat-kuat, tak nak lepas.

hoyay!! sedapnya main air!!

ibu, lengan cha jgn lupa gosok eh.. yang kat tmpt berlipat-lipat tu skali tau

Masa dalam pantang sehingga Eisya berumur 2 bulan, dia dimandikan dengan air suam. Tapi masa umur dia 2 bulan lebih, dia diperkenalkan dengan air sejuk. Mandi air pair sahaja. Kali pertama tu mmg menjerit mcm kena dera. Terkejut agaknya. Lepas tu ok je dah. Kat nursery pun mandi air paip je. Keje pun mcm senang sikit, tak payah nak masak-masak air bila nak mandikan dia. Umah takde water heater.. kena lah masak air dulu.

Tapi selepas dia kelua hospital aritu, aku terus mandikan dia dengan air suam semula. Takut dia tak tahan sejuk. Risau kena selsema. Guna air suam, boleh lah berendam lama-lama sikit. Seminggu berapa kali je dapat mandikan dia. Harapkan Sabtu Ahad je lah. Hari-hari lain smua orang nursery yang uruskan dia. Terkilan gak kadang-kadang. Nak buat camne.. keje kan.

boss kecik sedang berendam

*basuh poo-poo guna air paip je lah ye. senang dan lagi bersih kan
*tapi bila pagi-pagi awak membuang, mcm kesian je ibu nak basuh poo-poo awak kat sinki

7 comments:

  1. owwww chacha cekci la tayang tektek hehehehe..cuba dayu tanya dak2 nursery tu camne dia time mandi behave ke or galak gak.sbb nya mya ni lain perangai time mandi tau.kalo dpt mandi ngan momy kemain dia galak/gedik.tp time mandi ngan bb sitter sgt2 la behave..dok diamm je dlm bathtub.tak aci kann

    ReplyDelete
  2. hehe same ah.zara kdg2 kasi mandi air sejuk je kalo mls masak air. memula tu menangis dia..kesian je rs.ye la salu air suam tetiba sejuk. pas2 tu mandi air suam semula hehe. kdg2 je kasi air sejuk.

    basuh poopoo kt sinki tu same gk! haha.senang n bersihh.

    ReplyDelete
  3. sronok tgk si kecik tu mandi...naseb x takut air...

    ReplyDelete
  4. bersiram ram ram.. suri ram ram ram .. lagu sape ye ;p

    ReplyDelete
  5. budak2 ni mmg suka buli mak bapak kan
    ngan org rileks je
    behave je
    ngan mak bapak sendiri
    punyalah mcm2 perangai dia buat

    keletah anak2 mmg mencuit jiwa!!

    ReplyDelete
  6. amboi bukan main lagi dalam kolam ek..

    ReplyDelete