22 October 2010

kerna degil

2 hari ni tido malam Eisya tak lena. Tak tenteram dia. Asyik terjaga dan merengek, tak selesa. Dan haruslah ibu pun sama terjaga. Sedangkan dia batuk pun aku terjaga, inikan pulak dia bergolek-golek mendengus ketidakselesaan. Harus trus terbukak bijik mata. Terus duduk mengadap, memerhati apa yang tak kena pada boss kecik pujaan hati tu.

Hidung tersumbat. Kesian anak ibu, tak boleh tido ye.

Malam-malam aku membersihkan hidung anak. Korek hidung, kuarkan segala mukus yang ada. Dan merengeklah anak aku jan 2,3 pagi. Maaflah ye orang sebelah andai tangisan anak saya menganggu lena anda. Tak sengaja. Tapi harap-harap tak tembus lah ye bunyi suara tangisan anak saya ni. Tapi macam mustahil je, sebab suara anak orang kat tingkat 3 pun aku boleh dengar, inikan pulak yang duduk sebelah.

Aku dah mula curiga, kenapa lah anak aku boleh selsema ni? Abah dia dah mula nak tuduh ibu, kata ibu bukak kipas laju sangat. Tapi kalau slow sgt, Eisya lak yang berpeluh sakan. Dah lah anak aku ni mmg jenis kuat berpeluh kat kepala. Bantal ngan cadar tmpt dia landing kepala mmg selalu basah la. Maka, aku pasang kipas pada kelajuan pertengahan, no 3. Selalu dia ok je, letak selimut dia tendang letak tepi. Tapi aku rasa bukan kipas faktornya. Tapi diri aku sendiri. Ni mesti sebab aku balun makan honey dew yang baru keluar peti ais, yang sejuk maksima tu byk2. Pastu minum pulak cold water. Pastu gi expressed susu, pastu bekalkan ke Eisya. Memang terbaik!!

Aku selalu terlupa nak jaga makan minum. Aku selalu lupa yang breastfeeding mom kena jaga makan. Tak boleh nak ikut suka tekak je. Tapi aku selalu selamba kodok je makan pedas-pedas, makan benda2 sejuk, berangin.

Mungkin Eisya agak lasak perut dia. Kembung memang kembung tapi mungkin gak dia ni jenis, kalau setakat kembung skit2 dia rileks je. Tak meragam. Tu yang aku jadik makin lalai tu. Isi perut sesuka hati. Tapi bila Eisya dah selsema gini, sampai terganggu tido. Aku insaf. Mulai hari ni aku nak jaga makan sungguh-sungguh. Dan dah 2 hari kursus ni, seboleh-bolehnya aku tak nak pandang air sejuk tu. Tapi boleh pulak katerer ni tak sediakan air mineral... geram aku. Nasib baik air dia tak bape sejuk. Balun je lah.

Cepatlah selsema Eisya hilang, tak sanggup dah nak berjaga malam-malam bersihkan hidung dia. Kesian kat dia, tak lena tido pastu terjaga awal.

*Lepas ni masak asam pedas pun tak pedas lagi lah jawabnya.

13 comments:

  1. huhu..ntah2 Naurah flu skrg pon sbb kite mkn mcm2 kan? huk huk

    ReplyDelete
  2. lorrr ye ke? tatau pun kalau kite minum sejuk, baby bole jangkit thru breastfeed. sy ni dah aa makan pakai hentam suka hati je.

    btw, try nosefrida. sgt efektif utk buang hingus baby.

    http://www.onebabyworld.com/nosefrida-nasal-aspirator-p-685.html

    ReplyDelete
  3. lar kita pun main bedal jer.. makan pedas, air sejuk segala... patutlah baru2 ni marissa kena flu.. tapi memanglah time dorang kena selsema, serba tak kena dibuatnya.. nak dipangku sahaja..

    ReplyDelete
  4. hub as demm selsema sekrg ni.
    as pon arini dh tak selesa tekak.

    aduhhh riso nye...

    ReplyDelete
  5. hehe xsure la betul ke x,
    tp ms bulan pose hr tu,
    zarif demam n batuk teruk,
    mil mrh kaw2 na sbb hr2 duk belasah air batu..
    ye la..bukak pose xnikmat klu xde ais..huhuhu lps tu trus pantang smule :p

    ReplyDelete
  6. gmasa mun bf mirza mak de pesan jg mkn....sbb ape yg kite mkn akn effect pada baby.....tp alhamdullilah berkat dengar kata mak mirza sihat hingga ke hari ini.....

    ReplyDelete
  7. dayu,mmg pun kolo bb selsema tgh mlm..mmg sgt risau...kadang2 dgr dia batuk n bunyi hidung pun leh terjaga...yup..marilah kita jaga makan...kadang2 tgk orang makan pedas2 sedap plak..huhuhuh minum ice2 sedap plak..hehhe-evyn-

    ReplyDelete
  8. ye ke dayu?
    zuris nie iya2 je salahkan mr sharil sbb tido aircond aje sampai kysha selesema.rupanya mommy dia yg slh mkn eskrim cam minum air kosong.huhuu..

    ReplyDelete
  9. dayu..
    someone told me B4...mase auf selsema for the first time...
    sapu vicks kt tapak kaki.... then pakaikan socks....
    insyaallah.... :)

    ReplyDelete
  10. sepatutnye mmg kena jg makan, tp aku pun hentam gak ni. eisya pun peluh kt kepala jugak erk. same ah imaan. kepale je berpeluh.

    ReplyDelete
  11. ooo ais punca selesema pada bb ek?? xtau pn..ingat ka kena jg jgn mkn menda2 berangin je sbb takot kembung kn...tp tgk aisya cam ok je even ummi dia ari2 minum air sejuk..aiyooo

    ReplyDelete
  12. Semoga eisya cepat sembuh & mama dapat tido lena

    ReplyDelete
  13. hurm,kalao dah bersalin pun bila breastfeed kena jaga makan jugak kan, lambat lagilah nak tertunai hajat makan meggi nih..hehehhe

    ReplyDelete