Dulu masa mula-mula keje, masa masih bujang. Di kala tiada suami di dalam kehidupan, dan paling penting tiada Eisya dalam diari hidup. Aku adalah sgt suka kalau kena out-station. Selain boleh meninggalkan pejabat paling kurang 2 hari, boleh claim pulak tu. Boleh tido hotel, tido atas tilam empuk, tido dalam air-cond. Yelah, masa tu dok umah bujang kan. Kau paham-paham je lah camne fasiliti dia. Maka, aku adalah teruja kalau dapat surat atau memo, nama aku naik kena gi kursus.. Kalau masuk-masuk keje tengok ada surat panggil meeting, boss minit 'hidayu, sila hadir' Dah lah dulu projek smua kat Kuantan kan, meeting harus kat tapak projek. Memang gembiralah aku.
Kalau kursus takat kat Port Dickson ke, kat Bagan Lalang, harus mencebik aku.. Tapi kalau kena gi meeting kat Terengganu ke, Penang ke.. uuiihh, seminggu lagi nak pegi aku dah packed bag. Setahun kena ada 7 hari kursus?? No hal.. Aku smpai berbelas-belas, pernah gak cecah 20++ Asal orang tak nak gi, aku lah yang mengganti. Apa tak melambak-lambak.
Tapi tu dulu lah. Time aku hidup sorang. Takde suami, takde anak nak dirisaukan. Suruh lah aku pegi mana je. Aku tak kesah. Suka pun iye jugak. Sambil keje, sambil berjalan kan. Tapi kalau sekarang, surat belum keluar lagi..aku dah huru-hara. Seboleh-bolehnya nak mengelak. Tapi nak elak gaya mana. Nak tak nak, kena pegi gak. Lagi-lagi kalau kursus tu dah specific khas untuk skop keje aku, tak nak pegi, sape nak ganti. Tu aritu masa kursus 3 hari kat Bangi, aku sanggup berulang alik walau bilik disediakan sorang satu.
Hujung minggu ni kena gi PD 3 hari. Arrgghhh!! Pastu 2nd week 3 hari lagi ke Batu Pahat. Mana aku nak letak Eisya?? Nape nak kena buat kursus jauh-jauh hah?? Buat kat HQ sudah. Kata nak berjimat. Lagi-lagi kalau setakat nak bincang hal fail meja, MPK smua. Buat membazir je buat nak ke PD tu. Ngan org claim mileage lagi.
Issskkk.. kalau aku bujang lagi macam dulu boleh lah.. Sambil kursus sambil berjimba.
Aku nak mengelat boleh?? Tapi celah mana nak ngelat
*MPK=Manual Prosidur Kerja
hehehe... sgt betol tu dayu... sy pn mcm tu jugak... dlu sgt la suka kalo travelling... esp kalo ke semenanjung (kl esp) dpt ler menyoppingkan diri... tp skrg kalo leh elak... elakkan... kalo leh balik hari, balik.. rela rushing nk kejar flight dpt stay... hihi
ReplyDeletekalau amy pun, amy mesti cari alasan nak ngelat. nasib lah keje swasta yg tak dek kursus2 nie. meeting or kursus pun still dlm bandar KL.
ReplyDeletetu lah kan... kalau lah boleh bawak cha tu kan senang...hotel patut sediakan khidmat nursery jugak lah kan
ReplyDeleteemm sabar je la cik dayu.. maybe this is the last event for this year ;p
ReplyDeletetuh ah bile dh ade family ni males rasa nak kursus merata2 kan. lg2 kalau ade anak kecik. xsmpi hati nak tinggai.
ReplyDeletebetul2 dayu...zamn dolu boleh la outstation...saya menurut perintah...tp kini sebolehnya nak ngelak...patut esok ada meting kat KL tp dpt ngelat.....hahahahahh...
ReplyDeletehihihih.. betul laa dayu.. saye yg belum ade anak pun rasa malas nak g outstation lepas2 kawen ni.. haha
ReplyDeletebetul tu dayu..sayan sangat tak suka o/station dia saat sudah bergelar emak orang dan isteri orang ni..Kalau boleh time keje nak masuk ngam kul 9 balik ngam2 530.
ReplyDeletekita serupa lah dayu...sejak ade c kecik ni sgt malas utk pergi kusus n akibatnya kusus taun ni baru jerk 4 hari attend. tu pon sbb kumpul g dgr ceramah/pembelajaran kendiri kat opis ni. aduhai bukan tak mo g jauh2 tapi bile g jauh2 mane nak letak c kecik tu kan...
ReplyDeletetak nak pegi!! tak nak pegi
ReplyDeletea'ah kan
nape hotel takde sediakan khidmat penjagaan kanak2 untuk sehari dua
untuk parents yg berkursus kan
kena bagi cadangan ni
xbest kan...kena outstation jauh..nak tinggal anak n laki...huks...
ReplyDeletedayu keje ngn JKR kan...JKR bnyk peruntukan,my opis pom kalau buat projek berkait ngn JKR,segala kleim mybe akan dibayar oleh JKr.kt opis nisa sorg diperuntukan 200 je.lebih pada itu tidak dibayar.lame tak dipanggil kusus.rindu kusus
ReplyDeleteni lah kes ujung2 taun
ReplyDeletesemua nak abiskan peruntukan, mcm2 kursus muncul
aku ni dah kumpul kursus 23 hari setkata ni
cukup2lah tu, tak mahu lagi
tapi kena gak
sebab kurusu khas untuk unit sendiri
org lain pegi takde guna
maka tinggal lah anak guwe 2 malam nanti. waargghh!!
dayu dpt bilik sorang kan? tak share ngan staff lain kan? so apa kata dayu suruh ekwan amik cuti..angkut sekali ngan eisha pi kursus tu..atau pon kalo ekwan xleh cuti dayu ajak la adik ke mak ke MIL ke.leh tolong jagakan eisha sementara dayu berkursus.
ReplyDeletesy ni ber 'gred' yg tak layak dpt bilik sorang.kalo le layak mmg dh lama wat cenggitu hihihi
mmg dpt bilik sorang
ReplyDeletetp ekwan jenis susah cuti.boss dia ngada2. bagi jelah org cuti
nak ajak mak, mak pun keje
nak ajak MIL...mahu kah??
adik2?? smua keje+blaja
bagaimana kah??
nape ah kat hotel takde servis jaga budak erk??