27 October 2010

sungguh menyenangkan keje

Setiap tahun bila Oktober berakhir dan November bakal menjenguk, aku akan gelabah ayam. November adalah bulan kemuflisan. Ok..ok..tak lah sampai tahap muflis, tak baik kata gitu. Kufur nikmat tu namanya. Segala peruntukan untuk berlibur adalah dipotong 100% sebab smua peruntukan dah dibelanjakan ke insurans nyawa dan cukai untuk Vito bergerak sesuka hati atas jalan di Malaysia tanpa sebarang rasa gusar di hati.

Kalau raya jatuh awal bulan 11, memang lagi haru lah. Gigit kuku aku kalau tak siap sedia dari awal tahun. Tapi nak buat camne, nak berkereta kan, ginilah gayanya.

Dah 2 tahun aku gunakan perkhidmatan Myeg. Memang aku puas hati lah. Memang terbaik servis dia. Memang aku puji 100%. Kalau ada borang penilaian, memang aku bagi full scale lah. Segala urusan dibuat atas talian. Melalui telefon dan email. Tak payah bersusah-susah, nak ke hulu ke hilir. Tahu-tahu semua siap. Siapkan duit je. Bayaran pun atas talian je. Perrghhh!! Memang senang keje sungguh!

Dail nombor di atas, dan berboraklah dengan pegawai perhubungan pelanggan dia. Kemudian, tak sampai 5min, terimalah email dari mereka menghantar quotation.

bila dah dpt quotation, silalah buat pembayaran. kad kredit boleh, Maybank2u pun boleh. sgt mudah. tak payah penat-penat.

Kalau ada saman pun dia akan check dan akan call maklumkan kita.

Dan aku menjadi semakin kagum sebab petang ni, sedang aku asyik mengepam di dalam bilik ada orang ketuk pintu. Bila bukak ada budak pakai baju Myeg bawak envelope untuk aku. Hah? Dah siap ke? Cepatnya. Tahun lepas 2,3 hari gak aku menunggu. Pantas sungguh. Bagus. Perkhidmatan macam ni yang dialu-alukan. Maka, tahun depan memang aku gunapakai khidmat Myeg lagi lah jawabnya.

Aku kan suka segala benda yang memudahkan keje aku. Ada ke orang yang suka menyusahkan diri sendiri, lagi-lagi dah ada benda mudah depan mata.

*Petang ni boleh la gi Mydin shopping grocery naik Vito.

14 comments:

  1. kalo 11 bulan muflis, bulan biler lak bulan kaya? heee...

    ReplyDelete
  2. bagus...bagus...thank untuk info ni dayu...try for next year si biru

    ReplyDelete
  3. bulan kaya?? tiada
    mana ada bulan kaya, sbb keje gomen takde bonnus
    maka, pendapatan adalah sama setisp bulan, belanja kadang2 terlebih
    mcm mana tu

    ReplyDelete
  4. haha same ler,
    na tgh brsiap2 tuk bulan 1 neh,
    now kene prepare betol2 brg2 yg lain dh ckup stok coz bln 1 xley nk borong ape2 utk tempoh sbulan tu..
    ekekek :p

    owhh jakun jap na,
    ingat byr saman je bley ngn myeg tuh./
    huhu

    ReplyDelete
  5. hehe...sy pulak akan muflis bulan 12 nnti..hehe..and tahun ini, ingin mecuba prkhidmatan myeg jugak..thanks for the info..

    ReplyDelete
  6. teringin gak nak try pakai myeg ni..tp belum punya kesempatan..

    ReplyDelete
  7. bulan muflis ku JUN & JULY:(

    thanks for the info ;)

    ReplyDelete
  8. kt pon pengguna setia MYEG cuma taun ni jek delay dekat 2 mngu gara2 saman ekor y kunun2 keraajan kasi can byr smpi feb 2011 tp prosedur boleh tahap nyusahkan :)

    ReplyDelete
  9. salam ziarah

    kena cuba guna myeg la mcmni
    nmpk senang dan cepat... tak
    payah susah hati kalau terlambat
    bayar sebab takde kesempatan nak pergi buat ~

    ReplyDelete
  10. tp kalo myeg, hanya certain2 insurance je kan yg bole gune utk renew roadtax ni?

    ReplyDelete
  11. mmg memudahkan keje lah
    dulu mmg tak byk choice untuk insurans. kalau tak silap MAA je
    tp taun ni byk dah...
    gunakan lah kemudahan yg tersedia untuk kita

    ReplyDelete
  12. wahh sgt best rupenye myeg ni eyh :)
    huhu bulan muflis yer. samelah, ujung bln 11 la road tax abis hurmmm..

    ReplyDelete
  13. Sangat sokong. in fact, benda2 gini la yg memudahkan kerja2 PA mcm saya ni. hadoimak... bukan senang sikit. senang banyaaaak!

    ReplyDelete
  14. myeg secara online memang menyenangkan. tak payah nak beratur dah.

    ReplyDelete