15 October 2010

Jangan ambil mudah

Pada mulanya aku berfikiran 'tak payah lah, takde pun takpe'

Ye, mcm tu lah aku fikir. Nama je keje dalam road safety, tapi sendiri tak praktik. pastu pang pung dok suruh orang jaga keselamatan. Sendiri tak kesah lagi ada hati nak suruh orang.

Tapi bila Eisya dah 5 bulan. Dah mula tak reti duduk diam dalam kereta. Dan lagi-lagi bila merasa pulang berhari raya, dari JB ke Pahang yang selalunya 3-4 jam, tapi sebab kereta yang melambak-lambak atas jalan, jadik lah 5 jam. Anak aku dah super rimas. Dia tak tenteram. Mesti badan dia penat kan, even tido berpangku. Harus tak selesa.

Maka, bergegas kami mencari carseat untuk boss kecik kami tu. Disebabkan lepas raya dan peruntukan adalah terhad. Beli yang memenuhi syarat semata. Takde nak fancy-fancy. Fungsi yang diutamakan. Pun takde lah murah mana pun. RM250 jugak. Ingat nak tunggu Parenthood Expo bulan 11 ni, tapi macam tak boleh tunggu je lagi. Ni keperluan mendesak dah ni. Lagipun adakalanya, salah seorang dari kami yang perlu amik Eisya dari nursery. Camne nak amik dia sorang-sorang kalau takde carseat??

pertama kali duduk bersendirian. alhamdullilah, dia tak meragam. rileks je duduk dalam tu..siap tertido-tido

tapi adakalanya merengek gak, merayu simpati minta ibu bukak ikatan di badan. tak boleh..tak boleh. duduk situ diam-diam.

Tak rugi melabur demi keselamatan anak sendiri. Tak kan nak tunggu sampai kerajaan wajibkan penggunaan carseat ni baru kita nak guna. Demi keselasaan bersama juga. Kalau kita pangku anak kita, jalan dekat-dekat larat lah. Sementara dia kecik ni, sementara dia ringan. Eisya ni memang aku dah hampir-hampir tak larat nak pangku kalau dia tido dalam kete. Berat beb, sekarang pun dah 7.2kg. Sebulan 2 lagi.. mau terlepas. Lengan ibu kan kecil molek je. Tu belum kalau jalan jauh. Masa balik beraya ke Pahang dari Johor tu, aku tertido, Eisya tido meniarap atas dada.. tahu-tahu kepala dia dah terlentok ke gear dah. Abah dia punya la kusyuk bawak kete kan, nasib baik perasan sebelum dia terlepas jatuh ke bawah.

Bahaya beb.. tu belum kes laki brek emergency. Mahu dia yang terhentak kat dashboard tu dulu.

Maka jangan jadik macam aku dulu. Konon tak penting, sedangkan tu lah perlu diutamakan. Stroller anak takde pun takpe kalau difikir-fikirkan secara rasional. Boleh je kalau dukung je baby tu. Tapi yelah, nanti susah lah nak shopping kan. Samalah mcm aku dulu. Benda yang tak penting gak yang dikejar-kejar kan.

Takde budget, takpe tunggu sale. Sweet Cheery punya dalam RM150++ pun ada. Tak perlu nak mahal-mahal asalkan keselamatan anak terjamin. Kalau memang ada duit lebih oklah nak angkut Recaro ke. Mahu mak bapak yang teringin nak duduk dalam, tak dalam punggung lentok kepala pun jadik :)

thanks you ibu!! tq abah bagi Cha tempat duduk khas ni.

15 comments:

  1. haa..penting tu carseat
    haritu beli yg baby punya.now nak kena tukar lain yg front facing lak.
    takpelah kan...nyawa anak kita lagi penting :)

    ReplyDelete
  2. luckily, skrg ramai yg dah sedar pentingnya carseat
    takpe berbelanja untuk anak
    tak membazir
    dari menyesal kemudian hari

    ReplyDelete
  3. suke eisya dpt carseat br..rm250 ok lar berbaloi cantik pun cantik..dayu beli kat mana..? brand apa sweet cherry ker..?

    ReplyDelete
  4. memang penting la dayu carseat dgn stroller ni!!rasenya awal2 lagi kot kena train anak2 dok dalam tue :)

    ReplyDelete
  5. oowhh bru beli,
    xpe la slame ni dayu xde hal kan kemana2,
    cm na dr awal2 lg dah penting,
    sbb kemana2 na sorg je yg usung dia,
    babah dia time london xsame ngn kiteorg..
    huhu

    ReplyDelete
  6. mya pon blom ada car seat lg.selama ni dok dlm rocker pink ajer.papa nya gigih nk tunggu ank bleh duduk sendiri br nk belikan car seat.terlalu mengikutkan nasihat kwn dia huhh.kata abg tu takut tulang belakang bb xkuat

    ReplyDelete
  7. setuju dgn dayu. tp tu la, hanie pun tak tersedia lagi, carseat dan stroller hehe. baby carier je ade, tp yela sampai bile kan? budak makin cepat membesar :) kene cari jgk ni nnt

    ReplyDelete
  8. seronok tgk baby dok dalam carseat
    syabas!!
    mmg itu sepatutnye demi anak
    xmo anak cedera

    ReplyDelete
  9. dayu, brand ape car seat eisya eh?

    memang nak survey neh.. bahaye la fahrin duduk dalam kete kene riba aje.. da la asek terlompat2

    ReplyDelete
  10. yeah setuju sgt penting carseat ni dayu. raina ada dua. ingat nak let go yg satu tu tp pap dia tak bg. nurul pun sanggup kear duit hampir RM1k utk beli car seat maxi cosi raina tu. w/pun mahal tp nurul rasa utk anak berbaloi mungkin. sbb raina pernah terhantuk di dashboard kereta. jd keselamatan anak sgt penting.

    ReplyDelete
  11. brand apa? murah2 je
    Looney tunes punya..beli kat mydin mall je
    tu yang terdekat
    nak balik pahang dah time tu
    beli, pasang trus letak eisya dalam tu. klau masih mencari
    tggu lah baby expo nanti
    mesti lagi byk discount dan pilihan pun byk

    ReplyDelete
  12. haaa..memang penting pon carseat nie dayu..sampai bile kite nak pegang jer anak tue....nanti dah reti berjalan sana -sini mahu tak duk diam dalam kete..mun pon dah beli ms sebelum raya tue....rasa senang nak berjalan ke sana sini....lagipun mirza lg selesa duduk salam car seat tue..masuk jee tido....kite pon senang...

    ReplyDelete
  13. betul la dayu....

    entry sayu nii menyedarkan sha.
    sha dah belikan carseat yg baby dr qaish 2bulan

    tp...........

    konsep sha salah!!!!sha hanye guna carseat utk sbgai meletakkan qaish masa sha drive hantar qaish ke rumah pengasuh.


    TANPA pakai secara lengkap safety belt tu.

    even jalan jauh pun....

    papa qaish kata dok la depan xyah bawak carseat..pegang jer.

    huh......

    rasa sgt bersalah bile baca entry dayu ni.

    so sha perlu sbar dan train semula qaish dok dalam carseat dengan betul.

    kene tahan hati la bile qaish rimas sekali pun.

    br weekend lepas kami g holiday melaka ke kuantan...sha pangku qaish....sekejung2 nye tangan sha.

    ReplyDelete
  14. aqil xmau duk dalam carseat/stroller..berdukung je..huhu..

    ReplyDelete