Kalau dulu Eisya sangat tak suka kalau dibawa keluar rumah. Dia suka duduk diam-diam dalam rumah. Ok, tak diam mana lah sebenarnya, berbunyi sentiasa. Asyik je ajak ibu ngan abah berborak, kalau tak layan, dia menjerit menangis minta perhatian. Eisya tak tahan lama kalau kat luar. Sekejap je dia dah rimas, dah mula meragam. Kalau boleh cakap, mesti dah berkali-kali dia kata 'ibu!! abah!! jom balik!!' Sampai abah kata 'Cha ni, anti sosial lah'
Tapi bila umur dah nak mencecah 5 bulan ni, dia dah mula suka bila di bawa keluar. Masuk kereta mata melilau je memandang keluar. Perhati kereta-kereta kat luar. Bulat je mata. She is exploring her world!! Ibu pun ikut teruja Cha.
menunggang kuda laut.
ni camne nak main ni abah?? cepat lah bagi Cha try.
Eisya: seronoknya!! nak lagi ..
Ibu: sudah, kotor seluar tu, sekali cukup
Pengalaman pertama bawa Eisya ke playground adalah mengasyikkan. Biar mula-mula dia masam je, sebab menganggu waktu tido petang dia kan. Tapi lama-lama dia pulak makin seronok. Bila MakTeh cecahkan kaki ke air lagi lah seronok, melonjak-lonjak sampai basah seluar. Okay, next week kita ajak abah dtg lagi eh.. pape kita beli swimming suit dulu eh.. tak kan nak mandi pakai spender je, malu lah ...
Bila dah beranak kecil ni, lupakan lah nak ke extreme waterpark. Buat membazir je. Celah mana lah kau nak mengelungsur kat slide-slide tu smua. Dapat main kat pantai buatan pun dah cukup bertuah. Maka, waterpark free seperti di KLCC adalah memadai. Tapi bila aku kenangkan berapa budak-budak yang berendam dalam pool tu, memikirkan tahap kebersihan air tu, terus aku macam 'hhhmm.. tak payah la Cha, kita berendam kat umah je lah' Huhu, kesian anak aku. Tapi tu bila ibu dia teringat lah, ibu dia ni selalu terlupa. Bila dah buat baru nak teringat.
sangat seronok kalau dapat duduk atas bahu. luas sikit permandangan ye. tu yang ersengih-sengih. mula-mula dulu, gayat jugak. diam je atas tu. sekarang... kepala ke kiri, ke kanan..semua benda awak nak pandang.
-keluarga kecil kami-
abah(kurus), Cha(tembam), Ibu(mula mengembang)*kesan suntikan ke?*
maka, tak boleh panggil keluarga kecil lagi *geram*
Penutup: Keluar bersama-sama keluarga memang menyeronokkan. Bawa anak jalan-jalan. Memang terhibur hati. Lagi-lagi anak tak banyak kerenah gini. Kalau nanti dia mula buat aksi yang bukan-bukan, pikir banyak kali jugak nak keluar rumah :) Sekarang iye lah, semua benda adalah menerujakan.
current favorite!!
nasib awak la Cha dapat abah gini gaya. uihhh, tembamnya dia!!
*melayan kerenah Eisya adalah terapi masa kini
amboii..
ReplyDeletegmbar last tu seksi okehhh..
lidah tu ngape?
kekeke :p
memang lah budak2 ni tau suka berjalan.. kalau kat dalam kete tu tak pernah lah dengar dia menangis. cuba kalau letak jer kat atas katil.. mau meraung.. yelah budak2 besar eisya tu dah start mengexplore kan..
ReplyDeletegambar last comel :)
Tembam nye dia...:) pandai posing2 plak tue
ReplyDeletekamu kurus dayu. sila bag tips dayu :)
ReplyDeletegambar yg last tuh tak menahan betul.... nak je g gomoii cha cha nie kang.
ReplyDeletehihihi comelnye cha yg last tu... hihih
ReplyDeletecha dibuli oleh abah..
ReplyDeletedah mcm alien lak anak aku ;)
Seronoknye anak dara dayu outing kat klcc park.. Nia blum berkesempatan (read: Abahnye manjang bz! mencik!)
ReplyDeleteBeralbum2 laa jawabnye gamba si montel ni kan.. Dah pandai posing le katakan...
mmg layan anak terapi yg sgt syok
ReplyDeleteletih keje pn hilang
tak sabar nk balik umah every ptg nk tgk anak
hah.rasa nak picit pipi tu.geram!
ReplyDeletememang lah kan.itu penawar segala suka duka sekrang nie kan
:)
sekali sekala gi playground mmg syiok
ReplyDeletetp lepas ni takde la sekali sekala dah, harus berkali-kali
lagi2 bila dia reti memain nanti kan
uuihhh
aktiviti ibu abah kita lupaka sebentar
best kan p playground..;)
ReplyDeletewow ranggi nye cha hehehe....nampak dah besar cha...comel lah...
ReplyDeletecomelnya eisya.....sama cam Balqis...tak reti nk duduk diam....asik nk g jejalan aje....xmboh duk rmh.....dayu, ko dah pakai tudung jer? Kalu yer...Alhamdulillah kawan ku ini dah sampai serunya.....
ReplyDeletehaqq dah setahun pun kid masih rindukan masa di tempat kerja..
ReplyDeleteya anak memang terapi yang terbaik sekali kemudian baru abahnya.. :P