25 October 2010

Giveaway: Baby in Style

Actually aku dah lama pasang niat nak masukkan anak aku dalam Giveaway: Baby in Style ni. Biasalah, aktiviti menayang gambar anak kan adalah aktiviti kegemaran masa kini. Maka, bila Puan Fads umumkan dia bermurah hati Oktober ni nak membuat giveaway, aku mcm teruja nak memeriahkan acara. Tapi baru hari ni aku nak join, dah nak hampir-hampir tarikh tamat baru nak submit entry. Ni semua gara-gara konon nak mengayakan anak dengan mcm-mcm style. Tapi smpai ke sudah, hajat tinggal hajat semata.

Dan yang penting, aku memang tergoda dengan hadiah yang ditawarkan. Lumayanlah bagi aku yang dah lama tak bertukar handbag ni. Habis dah guit gaji semua dok buat beli brg anak je. Dah lah Eisya sudah mula menunjukkan sifat mudah bosan. Satu mainan dia suka kejap je, lepas tu pandang, sentuh-sentuh buat syarat sambil buat muka 'ibu, new toy please' Ohhh anak ibu..anak ibu.

Okay, setelah puas mengeledah handphone dan hard disk, ini adalah gambar head to toes Eisya yang dipertaruhkan. Dah habis lucu lah ni. Nak lagi lucu ada, tp tak bergaya la pulak. Pakai baju tido je. Kang tak pasal-pasal disqualified sebab tak mematuhi syarat. Ni giveaway Baby in Style bukan Baby in Pyjamas *hhmm, apa kata kau buat dayu?*

gentle reminder: sila abaikan abah Eisya di belakang. gambar adalah dirakam minggu lepas ketika membuat lawatan ke taman KLCC.

ye, inilah Cik Eisya Elyssa yang sedang bergaya sakan lah kononnya:
- t-shirt Poney, ibu beli masa warehouse sale Sogo *baju longgok-longgok dalam rak je*
- seluar jeans Baby Kiko pertamanya *dah amik size 6-12 months pun sendat kat peha*
-pre-walk shoes mothercare *online..online*
-dan tak lupa, ribbon sejambak di kepala dari Bribbon

Extra marks kalau jadik follower blog Wonder Wife ni *alah Fads, walaupun aku baru je klik butang follow tu, tp hakikatnya dr dulu aku selalu follow blog kau ni. lagi2 Eisya ngan Imaan beza 6 hari je*-ni ayat bodek ke apa ni?-

Okay, sudah..sudah. Orang suruh buat entry pasal giveaway tapi aku merapu lebih-lebih. Bukan apa, kalau buat giveaway entry semata-mata mcm tak seronok lah. Tu yang kena melalut skit tu. Bila menyelit entry gini kat personal blog mmg kurang sesuaikan, tu yang kena buat ala-ala entry biasa. Pape pun, untuk keterangan lanjut, silalah lawati blog ibu Imaan yang berpeha gebu tu ye. Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. haha. detail betul. bagos2. aku xbyk kire, tepek gamba je sudah.

    ReplyDelete
  2. rasuah imaan gula2,mesti ibu dia kasi menang punya.hahaa..

    style lah eisya.
    gd luck!

    ReplyDelete
  3. dayu, jom masuk contest...ada banyak lagi....visit www.bluepinkbaby.blogspot.com, cepat calonkan eisya yg comel tu...

    ReplyDelete
  4. salam dayu,

    saya peminat tegar blog dayu, hehehe...

    semalam try hantar emel kat sukiyaki_0708 tu tapi ada delivery error..

    boleh dayu share emel kat saya?

    fizazmi@yahoo.com

    p/s: link me sekali ye! kiss kiss for eisya! ;)

    ReplyDelete