27 October 2010

komuniti servis

Pagi-pagi hari aku dihadapkan dengan maklumat yang super informative begini. Amat aku suka. Dah lah baru lepas ngadap boss kan. Walau banyak benda nak kena buat, tapi aku lebih excited nak share maklumat ni ngan kawan-kawan.

Teknik tepukan Bantu Masalah Batuk dan Kahak. -aku bagi link siap-siap lah, senang korang nak baca sendiri. tapi aku copy skit lah ye-

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Balik kang aku nak cuba kat Eisya. Selsema dia dah hilang tapi dia still batuk. Sometimes macam batuk tak berkahak, tapi pagi-pagi lepas bangun kalau batuk memang berkahak. Apa salahnya kita mencubakan, mana tahu berkesan. Tak payah angkut anak gi hospital. Kalau kena sedut kahak guna mesin tu, sadis ok tgk kerongkong anak kena jolok ngan tiub. Biar pun doktor kata takde apa, tapi hakikatnya kita mak ni mana bleh tgk anak kena buat gitu kan.

Selagi boleh guna natural way, kita cubalah. Jangan bergantung harap sangat dengan ubat-ubatan. Anak-anak kita tu kecik lagi. Kecik-kecik dah macam-macam jenis dadah masuk dalam badan.

*malam-malam tgk eisya tido, mcm tak sedar betapa dia dah membesar. how time flies

9 comments:

  1. mang berkesan dayu...masa aqeef selema hari tu Jiha buat camtu..kuar kahak die

    ReplyDelete
  2. hai dayu..
    betul guna cara nature..
    anak i dulu pun batuk berkahak n bile g klinik doktor pun suggest way cam tu..
    walaupun hazab tgk doc tepuk2 belakang bb tp sebenarnya bb lega cam tu

    ReplyDelete
  3. oho gud info..
    sy ada alat sedut hingus tu..
    mmg skali sedut baloi kua..
    kahak je la tatau cane nk kuakan..
    kdg2 dia batuk...pastu telan kahak..
    kua ikot popo..

    ReplyDelete
  4. Camne nak tahu kahak dia dah kuar dalam hasil kumuhan tu?
    hasil buangan tu nampak lain ke bentuknya??
    uuihh sgt curious ini ibu

    ReplyDelete
  5. poo poo tu berlendir sket compare tu biasa

    ReplyDelete
  6. betul tu dayu..masa bb kita batuk2 dan tido berbunyi..doktor pun suruh tepuk..tp kita tepuk pelan2..hahha dok ckp tepuk kuat sikit...x da apa2 pun..nnt kahak tu akan jatuh sendiri..tp bb kita ari tu kuar melalui bawah..bila dia yak yak nmpak mcm lendir coklat ..huhuhu..cuba la dayu..alhamdulilah wat masa ni x dgr pun dia tido berbunyi2..

    ReplyDelete
  7. boleh ek?
    nak buatlah kat kysha nanti
    selesema dah kurang.batuk lak sei kecil tu.

    ReplyDelete
  8. blh try..aqil pn dok batuk mcm ada kahak lg..sian die

    ReplyDelete
  9. ooohhh, kaedah ni mmg sudah selalu diamalkan ye
    dan berkesan nmpak gayanya
    balik ni akan dilaksankan ke eisya
    dan lain2 kali kalau dia batuk berkahak, siap sedia la belakang bdn nak kena tepuk2

    ReplyDelete