31 October 2011

Custard Cream Puff

Waktu ini, iaitu 2,3 minggu ini hobi saya adalah menambah bil eletrik kat rumah. Kalau selalu dalam RM30+ je, tapi bulan ni tak tahu la berapa banyak TNB nak caj kami. Ngan air-cond.. anak aku dah la kalau tak buka aircond, nak tido tergolek sana, tergolek sini. Tapi kalau dapat aircond.. statik je dia tido, ngan tangan terdepang. Kaki terkangkang.. lena sungguh gayanya... Aku rasa bil elektrik akan bertambah 2 kali ganda kot, sekali ganda sebab aircond, seklali ganda lagi disebabkan penggunaan oven yang kerap.

Definisi kerap itu adalah: Digunakan 3,4 kali seminggu. Sekali guna dalam sejam. Okay, aku malas na kira bape watt dah aku guna.. tak rajin, tunggu je bil sampai, pastu bayar. Rasa banyak sangat, bayar 2 kali (:

Ye..ye.. hampir setiap hujung minggu aku mem'baking. Suka sungguh.. suka sebab dapat resipi-resepi yang simple dan mudah. Resipi yang kebanyakannya kawan-kawan dah cuba buat, dan hasilnya sungguh membanggakan. Dan jadik makin rajin nak cuba sebab mostly semua bahan dah ada, kos pun murah. Tu yang makin rajin tu. Lagi satu sebab sangat rajin nak membakar, sebab nak makan puas-puas. Kalau beli, dapat sikit je.. harga dah sama mcm kos beli brg..

Lagipun tak tahu mana nak beli pavlova. Pastu katanya, satu slice sampai RM16.. peerrrghh.. memang patut buat sendiri lah.

Tapi pavlova adalah aktiviti minggu lepas.. minggu ni giliran Custard Cream Puff  pulak. Last week dah cuba buat jugak tapi macam tak puas hati sebab guna plastik je picit adunan puff tu. Terus aku gi beli nozzle, dan hasilnya 'bolehlah' Aku macam masih tak puas hati dengan final output dia. Rupa masih tak mengiurkan. Tapi rasa adalah sangat mantop. Tapi bila aku google rupa cream puff ni.. takde lah lawa mana pun.. mengerutu je pun smua. Maka, aku terus meletak tepikan faktor rupa dalam penilaian hasil cream puff aku. Utamakan rasa.

Don't judge a puff from it's skin.. get it in your mouth first!!!

Rasa nak cuba? Nah resipi.

PUFF
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

- Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
- Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
- Tepung gandum di ayak
-Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
- Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
 -  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
 - Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cmPipe kan ke atas dulang. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
- Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar
selama 25 minit. Kalau
nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
6.                              -  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


1 adunan untuk puff ni dapat dalam belas-belas bijik je. Maka, aku cadangkan buat 2/3 bancuhan terus. Sebab custard tu akan jadik banyak jugak. Boleh buat untuk 2 adunan.

Memang patut cubalah, pastu kasik mahir. Nanti boleh buat as desert masa birthday party anak. Nak tempah mahal wehhh.. buat sendiri baru bape ringgit je modal dia.

*waktu aku draft entry ni, bau cheese cake adalah menusuk hidung.. tak sabar nak bedal. ye, achik membakar cream puff dan cheese cake weekend ni


10 comments:

  1. ko punye cream puff same cm aku bertanduk,
    hahahha ntah cmne nk ilangkan tanduk tu, tekan2 still naik gak muncung :p

    ReplyDelete
  2. haha..bila cakap pasal bil letrik, sure si hafiz pun geleng kepala. dia jugak kan yg paksa aku utilise oven yg dia beli. so kalo bil naik, dia jgn nak membebel..hehe

    ReplyDelete
  3. rajin sungguh cik dayu..betul lahhh pavlova i beli kat delicious tak sedap pun..=(

    ReplyDelete
  4. nak try ni... tp tunggu den beli oven dulu huhuu oven dulu dah bg kat mak

    ReplyDelete
  5. semakin advance skill memasak dayu nie..dah rasa macam masuk blog masakan la plak..hehehe

    ReplyDelete
  6. ahax! saya pun pernah cuba buat juga. dua kali buat awal2 tu LANGSUNG TAK JADIK. bab dia pnya crust tuuuu. uu seksa oiii. pastu dia nye custard plak. kali ketiga baru jadikk sedap cam hotel. :D hehe
    suka cream puff!

    ReplyDelete
  7. DAYU...aku nk rase cream puff ko ni...
    bile nk wat house warming kali ke2?ihims2..
    btw, harus la bil elektrik ko mencanak naik, sbb aku yg pakai aircond je pon almost rm100, uhuks2...

    ReplyDelete
  8. haha
    jgn risau dayu
    aku punya cream puff pun buruk juga rupanya

    ReplyDelete
  9. rajinnya dayu.. sy try pavlova tu pun lepas tgk blog dayu.. lepas ni leh try cream puff ni.. suka sgt mkn, klu ada kursus kat hotel, ini la yg diterkam dulu.. hehe..

    ReplyDelete