04 January 2012

Abah's Girl

Ekwan lebih manjakan Eisya berbanding aku. Aku adalah ibu yang garang, yang suka marah anak kalau dia tak dengar kata.Tak dengar kata takpe lagi kot, kalau dia asyik nak suruh aku ni ikut je kata dia. Kalau tak ikut dia meronta-ronta, menangis, hentak-hentak kaki, memang merasalah sedas kat peha tu. Bila dia kena marah ngan ibu 'garang' dia ni, nanti abah dia amik pujuk dia. Itupun kalau abah dia rajin. Kalau tak menangis lah awak situ. Last-last sendiri datang peluk ibu. Tak pasal-pasal ibu 'garang' ni pun jadik sayu.

Eisya.. Eisya, budak manja keledek ibu.. Eh, manja keledek abah (:

Eisya sekarang sangat mudah ikut dan tiru segala perlakuan orang sekeliling dia. Memang kena jaga tingkah laku, tutur kata semua sekarang ni. Kena bagi contoh terbaik kat dia. Kang sendiri pulak yang menyesal bila anak cakap dan buat yang bukan-bukan. Mana yang kita dalam kawalan kita, kita boleh control, pandai-pandai lah kita jaga. Alhamdullilah, setakat ni, dia masih belum tercemar (: Persekitaran di nursery pun agak memuaskan. Budak-budak besar tak bercampur sangat dengan toddler, maka susah sikitlah nak turunkan ilmu yang bukan-bukan. Tapi dari pemerhatian aku, kebanyakan 'abang' ngan 'kakak' Cha kat school semua molek-molek je perangai. Harap-harap budak-budak baru masuk tahun ni pun eloklah perangainya.

Senang kata, Eisya memang kuat meniru sekarang ni. Buat sekali je, terus dia ikut buat.

Ni weekend lepas masa kat kampung, tengok abah dia repair kete, dia pun nak sibuk sama. Sama-sama nak main screw driver. Anak abah sungguh.



aku tak perasan pun bila masa dia sibuk smik screw driver ni. bila ekwan tunjuk, rasa alahai anak ibu. ibu nak suruh awak involve dalam creative works area, technical-technical ni ibu tak berkenan lah sayang

5 comments:

  1. "Ekwan lebih manjakan Ekwan berbanding aku."

    Dayu, ayat pertama aku tak paham.. kehkehkehk

    ReplyDelete
  2. hihi kan..budak2 skang cepat meniru..isya pantang jumpa kunci..terus p pintu konon nak bukak.. bukan sampai pun

    ReplyDelete
  3. dayu.. anak engineer gini lah gamak nyer yer... :-)

    ReplyDelete
  4. ok cha awok blh geng ngn mika,
    tp anT fhm la mika nape jd gtu sbb ank pomen, awk ni? hehe

    ReplyDelete